Apa hal Pemuda UMNO cari anjing BERSIH ini ?

on Friday, May 18, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





 Pergerakan Pemuda Umno pada Jumaat mencabar individu yang mengganggu majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di London untuk berdebat.
Exco Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, Pemuda Umno mencabar individu itu berdebat bagi menyampaikan informasi yang betul dan terkini mengenai Malaysia terutamanya melibatkan pilihan raya dan isu Bersih.
"Mungkin beliau (individu berkenaan) tidak berapa faham kerana kurang informasi, saya mahu debat dengan dia hendak bagi dia faham. Beliau seorang yang keliru tetapi memilih untuk 'tunjuk pandai' pada hari tersebut.
"Saya akan mewakili Pemuda Umno dalam debat terbuka ini dan saya harap debat secara intelektual ini akan berlangsung secara harmoni dan terbuka," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Selasa lepas, semasa sesi "Sepetang Bersama Perdana Menteri" dihadiri 1,500 orang sempena lawatan kerja dua hari Najib ke United Kingdom, antara dua dan tiga orang muncul pada majlis itu dan berbuat bising sambil melaungkan perkataan 'Bersih'.
Muhammad Khairun berkata, jentera Umno di luar negara telah mengenal pasti individu itu yang merupakan seorang warganegara Malaysia 'agak senior' dalam komuniti Malaysia di sana dan bekerja di Reading, United Kingdom.
"Kami memilih individu itu untuk berdebat kerana beliau 'the loudest' (paling lantang) dan 'the most enthusiastic' (paling bersemangat) antara mereka yang membuat kacau pada majlis itu.
"Jentera Umno di sana telah menyampaikan hasrat (berdebat) secara umum kepada individu itu dan surat rasmi akan diberikan kepadanya hari ini. Kami beri masa tujuh hari untuk beliau beri jawapan," katanya.
Beliau berkata, sekiranya individu itu tidak menyahut cabaran untuk berdebat,rakyat boleh menilai sendiri 'individu penakut yang bagaimana' menyokongpergerakan Bersih itu.



Muhammad Khairun mengalu-alukan sekiranya ada wakil daripada pembangkang yang mahu menyertai debat itu, namun menegaskan individu itu perlu mewakili dirinya sendiri.
"Bila disertai pembangkang, kita ada tiga pihak jadi masa itu sudah jadi forum, tetapi jika pembangkang mahu mewakili individu itu, tidak boleh sama sekali kerana itu tindakan penakut dan berniat jahat.
"Individu itu perlu bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan dan kita beri dia platform untuk dia menjelaskan mengapa dia buat begitu," katanya.
Muhammad Khairun berkata, Pemuda Umno mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kumpulan yang mengganggu Najib pada majlis itu dan menyifatkan tindakan itu sebagai biadap dan kurang ajar.
"Kita bercakap mengenai Perdana Menteri Malaysia yang sedang berucap kepada audiens seluruh dunia, sebagai seorang warganegara Malaysia kita perlu menghormati beliau.
"Tindakan itu menggambarkan rakyat Malaysia ini buruk budi pekerti dan tidak ada sopan santun hinggakan sanggup buat begitu kepada Perdana Menteri sendiri," katanya. 


One Response

  1. Cadangan yg cukup bertamadun...syabas!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.