2 pelancong dirogol & diliwat di Kelantan...

on Monday, May 14, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments

gambar hiasan..





KOTA BHARU - Percutian dua warga Switzerland bertukar tragedi apabila mereka dirogol dua lelaki tempatan yang berpura-pura membantu mendapatkan perkhidmatan di sebuah agensi pelancongan, di sini, Rabu lalu. Mangsa, Mirjam Tuena, 25 dan Mechele@ Weber 25, dipercayai tiba dari Pulau Perhentian, Terengganu kira-kira jam 2.20 petang, sebelum menyelesaikan urusan visa untuk ke Bangkok di kedutaan Thailand di sini.

 Selepas selesai urusan terbabit, Mirjam dan Mechele berjalan pulang ke hotel penginapan mereka di Jalan Pintu Pong, di sini sebelum ditegur oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assistan Komisioner Azham Othman berkata, lelaki terbabit kemudiannya bersetuju membantu dua wanita itu untuk dibawa ke agensi pelancongan bagi menguruskan perjalanan mereka ke Bangkok, Thailand.

 “Lelaki tersebut mengarahkan dua wanita itu menunggu di hadapan kuarters Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi menunggu rakannya untuk mendapatkan kereta. “Selepas hampir dua jam menunggu, sebuah kereta hitam tiba dan dua lelaki yang salah seorangnya yang dikenali sebagai Harry memaksa dua wanita itu masuk ke dalam kereta dan mereka dibawa ke sebuah banglo yang mengambil masa perjalanan hampir setengah jam,” katanya.

 Azham berkata, setibanya di rumah terbabit, Mechele diarahkan naik ke bilik tingkat atas serta menanggalkan pakaian dan dipaksa melalukan seks di luar tabii. 

 Sementara itu, Mirjam pula diugut oleh abang suspek supaya menanggalkan pakaian dan dirogol bergilir-gilir oleh Harry dan abangnya.

 Namun tindakan mereka terhenti, apabila ibu suspek pulang dan terkejut melihat dua wanita itu berada di rumah dan bertindak memarahi suspek sebelum menghantar kedua-dua mangsa ke hotel penginapan mereka semula. 

 Ekoran tindakan itu, kedua-dua mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Chepa bagi mengesan kesemua suspek yang melakukan tindakan tidak bermoral terhadap mereka. “Kita masih mengenal pasti dua suspek berkenaan selain dua lagi rakan mereka yang turut terlibat dalam kes ini. Perbuatan ini merupakan kesalahan jenayah tidak bermoral malah ia boleh menjejaskan hubungan antarabangsa malah imej negara,” katanya. Beliau berkata, pihaknya mengharapkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini, boleh salurkan kepada balai-balai polis terdekat atau boleh menghubungi pegawai Penyiasat Inspektor Wan Nazifah 013-9207970.



** melancong di negeri ditadbir BN iaitu Terengganu ok je ..masuk je negeri Tok Guru terus kena kenduri oleh 2 adik beradik gila seks dan kaki liwat ini .. Dah jemu ayam siam , nak try pulak  cari ayam orang putih ....





6 Responses

  1. Anonymous says:

    Apa nak Jadi lah orang jenis macam ni. Busuk kan Nama Malaysia, Habis la Nama malaysia dekat Switzerland. Mesti dah tak Ada nak datang Malaysia. Pelik sungguh. Kerajaan kelantan ni buat kerja ke tak. Haih.... Bahaya la.

  2. Anonymous says:

    Memalukan saya sebagai orang kelantan.retorik saja Islam di Kelantan lebih baik dari negeri lain...lebih baik konon!.banyak perkara kerajaan negeri ni buat tangkap muat saja.tak payah pergi jauh,masalah gangguan bekalan air kat daerah saya wakaf bharu tak pernah selesai.paip saluran ke kawasan tertentu sentiasa pecah sana-sini.sini bukannya penduduk padat macam KL atau selangor.kalau makin maju,penduduk makin padat...makin hancur jadinya!!.tu belum lagi masalah jenayah,kecurian dan pecah rumah,merempit perkara biasa je kat kampung saya.budak-budak entah apa punya perangai..itu semua anak-anak org UMNO dan BN ke?!!...majoriti penduduk kampung saya penyokong PAS!

  3. Anonymous says:

    Orang jahat tak kira UMNO ke PAS...yang penting pemimpin (kepala) dia tu kita kene tengok...kalau mana yang merompak duit rakyat jangan la sokong...itu simple punya kira kalau tak pandai jugak memang buta karat la namanya...bereh deh...

  4. Anonymous says:

    Yolo doh..buke nok wi pitih rakyat supo najib wat..nie dop pitih kito pulok dio mintok suruh dermo ko dio..penuh tabung parti pitih g mano dok tau..berat2..

  5. Anonymous says:

    Bn dan umno yg kontrol media, yg rosakkan muda mudi..

  6. Anonymous says:

    jgn politikkan isu ini.. semua benda nk kena politik kerr???.. kalau sembahyang tungging terbalik pon.. kalau dah x boleh jaga mulut... ke neraka jugalah jawabnya.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.