Ucapan Ketua Pemuda DAP di Ipoh -tersuratnya

on Friday, April 18, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Baru-baru ini di Stadium Perak, Ipoh berlangsung satu perhimpunan besar-besaran yang dipanggil Black 14, dihadiri oleh ahli PAS, PKR dan DAP. Kita hayati antara kandungan ucapan Nga Hor Ming, Ketua Pemuda DAP Perak di dalam tulisan yang dihitamkan:-

“Kerajaan Perak akan memberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada penduduk kampung baru di negeri Perak. Nilainya dianggarkan sebanyak RM500 juta. Ini akan menyebabkan nilai hartanah di negeri Perak akan melambung tinggi dan meningkatkan keyakinan pelabur”

Cuba kita singkap maksud sebenar daripada pernyataan beliau. Kampung-kampung baru akan lebih banyak dibuka. Siapakah bakal penghuni-penghuni baru di kampung baru tersebut? Adakah orang melayu yang akan dapat untung? Sudah tentulah kawasan-kawasan tersebut bakal didiami oleh orang-orang bukan melayu dan dengan hak milik tanah yang begitu lama, akan dapat mengekalkan hak milik tanah itu kepada orang bukan melayu. Hasilnya, pada masa depan, orang melayu di Perak akan sukar untuk membeli tanah kerana semuanya telah dimiliki dan dengan harga yang bakal melambung, orang melayu Perak tidak mampu untuk membeli tanah tersebut. Anehnya, kenyataan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada orang-orang melayu yang hadir!

30% jawatan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan akan dibuka kepada anak-anak Perak yang berkelayakan, berkaliber dan berdedikasi”

Jika dahulu, Ahli-Ahli Majlis Kerajaan tempatan ini dimonopoli oleh orang melayu. Jadi sekarang siapakah golongan anak-anak Perak yang berdedikasi yang dimaksudkan oleh Nga Hor Ming? Apakah tujuan beliau mengubah sistem pentadbiran Kerajaan Tempatan ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memudahkan lagi cita-cita politik DAP untuk menguasai negeri Perak.


Politik perkauman sudah tidak relevan lagi di zaman moden ini….”
Benarkah politik perkauman sudah tidak relevan lagi?

Prinsip DAP sudah diketahui umum adalah untuk menjaga kebajikan kaum cina. Tidak perkaumankah DAP?

“Kita tidak lagi akan mengutamakan kebajikan satu kaum sahaja. Bagi kita, masalah orang melayu adalah masalah negara, masalah orang cina adalah masalah negara dan masalah orang india juga adalah masalah negara…”


Adakah kita orang melayu cukup bersedia untuk sama-sama memikirkan tentang masalah orang cina dan india tatkala bangsa kita sendiri pun masih belum berjaya? Masih ramai orang melayu yang miskin yang perlukan perhatian. Masalah orang melayu perlulah diberikan keutamaan sesuai dengan kedudukan bangsa kita yang menjadi penduduk pribumi negara ini. Inilah yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita dahulu hingga mereka sanggup mengorbankan nyawa. Tepukan gemuruh hadirin melayu kepada kenyataan Nga Hor Ming ini jelas menunjukkan yang orang-orang melayu sudah mula melupakan jasa-jasa pejuang melayu terdahulu hanya kerana terlalu percaya kepada tipu helah DAP.

“Sudah tidak ada lagi ketuanan melayu, ketuanan cina atau ketuanan india. Yang penting adalah ketuanan rakyat!”


Wah, lihatlah betapa kurang ajarnya DAP menafikan ketuanan melayu yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. DAP masih lagi memperjuangkan dasar Malaysian Malaysianya yang suatu ketika dahulu ditentang hebat oleh nenek moyang kita. Melayu semua! Tidak pernahkah kalian terfikir di manakah agaknya kedudukan kita hari ini jika tidak bernaung atas nama ketuanan melayu? Adakah kita cukup hebat untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain? Lihat sajalah di universiti-universiti awam, jika tidak kerana adanya program matrikulasi untuk orang-orang melayu, sudah tentulah orang melayu adalah penuntut yang paling sedikit di universiti. Tapi sekali lagi, orang-orang melayu yang hadir memberikan tepukan yang gemuruh untuk Nga Hor Ming.

Kesimpulannya, janganlah kita mudah terpedaya dengan tipu-tipu helah DAP ini. Mungkin gagasan Malaysian Malaysia ini akan jadi jadi relevan suatu hari nanti tapi bukan sekarang. Melayu masih banyak ketinggalan. Ini bukan masa yang sesuai untuk kita membuang masa melayan karenah jahat DAP yang sudah semestinya akan merugikan kita. Jangan bila dah terhantuk baru nak terngadah! Hari ini mungkin kita memberikan tepukan gemuruh kepada DAP kerana ucapan mereka tetapi tidak mustahil satu hari nanti mereka pula yang bertepuk tangan apabila melihat kita mengemis di negara sendiri.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.