Tanah di Perak tergadai

on Thursday, April 3, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


60,000 penduduk kampung baru dapat geran tanah

IPOH 2 April – Lebih 60,000 penduduk kampung baru di negeri ini akan memperoleh geran pemilikan kekal ke atas tanah yang didiami apabila kerajaan negeri membuat keputusan membenarkan mereka memiliki tanah tersebut.

Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, selain penduduk kampung baru, peluang tersebut turut diberikan kepada mereka yang mendiami kampung tersusun sebagai ‘hadiah’ daripada kerajaan negeri terhadap rakyat yang mengundi ketiga-tiga parti membentuk kerajaan campuran itu pada pilihan raya lalu.

Ini adalah tawaran terbesar kami kepada rakyat di atas sokongan mereka terhadap kami pada pilihan raya lepas, apatah lagi peluang ini memang ditunggu-tunggu oleh mereka yang sudah lama mendiami tanah tersebut.

‘‘Selama ini, mereka begitu bersabar menduduki tanah terbabit menggunakan geran tanah pemilikan sementara (tol) walaupun sudah tinggal di situ sejak 1948 iaitu sebelum merdeka lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat daripada ketua-ketua jabatan di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurut Mohammad Nizar, keseluruhannya terdapat 134 kampung baru di Perak dengan setiap kampung mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 500 orang terdiri daripada 15 peratus Melayu dan India manakala selebihnya Cina. Beliau berkata, pemberian geran berkenaan bagaimanapun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan di bawah Peraturan Tanah Negeri Perak dan Kanun Tanah Negara.

Selain geran pemilikan tanah kekal, Mohammad Nizar memberitahu, kerajaan negeri turut membatalkan semua saman yang dikeluarkan untuk kesalahan meletak kereta dan menjaja yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sehingga 17 Mac lalu.

“Orang ramai yang dikenakan saman oleh PBT kerana kesalahan meletak kereta dan menjaja sehingga 17 Mac lalu tidak perlu membayar saman tersebut kerana ia sudah dibatalkan.

“Notis saman tersebut boleh disimpan atau dikembalikan kepada PBT. Lagipun, saman letak kereta misalnya kadang-kadang bukan kesalahan pemandu tetapi kerajaan yang gagal menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi sehingga memaksa orang ramai meletak kereta mereka merata-rata,” katanya.

Mengulas mengenai peletakan jawatan 776 ketua kampung di Perak, semalam, Mohammad Nizar mengesahkan beliau sudah menerima surat rasmi berhubung perletakan jawatan itu daripada Pengerusi Persatuan Ketua-Ketua Kampung Perak.

Katanya, peletakan jawatan tersebut dibuat secara sukarela oleh ketua kampung terbabit dan kerajaan negeri menghormati keputusan mereka.

“Buat masa ini, kita akan memberi panduan kepada penghulu untuk melaksanakan pemilihan semula ketua kampung yang baru berpandukan peraturan Jawatankuasa Keselamatan dan Kerja Kampung (JKKK) yang sedia ada.

“Mana-mana kampung yang tiada ketua kampung, kita akan lantik pemangku ketua kampung yang akan bertanggungjawab melaksanakan proses pemilihan ketua kampung baru dan kita beri hak kepada orang kampung untuk membuat pilihan,” katanya yang menjangkakan proses pemilihan itu akan mengambil masa tiga bulan.

Last edited by ketuk_sikit on Thu Apr 03, 2008 1:42 pm; edited 1 time in total


15 % Melayu & India? He..he.. memang dah tergadai...
NIZAR bagi geran kekal kat org CINA! Exco kat perak 6 or cina, skrg bagi tanah kat cina. Sikit hari lagi perak tukar nama TONG SAN la..

Cina awal awal kejar tanah dulu oiiiiiiii .....
Kg-Kg baru tu semua penempatan semula orang orang cina masa komunis ... dulu ..... naik DAP ... cepat cepat dia kejar geran tanah dulu ......

INilah akibatnyer kalau org Melayu menjadi boneka kaum lain......Adakah kita akan kembali kezaman penjajahan...sedarlah wahai saudara2 ku


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.