'Lebih baik saya letak jawatan' Ketua Kg kecewa dengan MB puppet DAP

on Sunday, April 13, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


MOHAMAD TARMUDI menunjukkan salah sebuah bangsal menternak babi di Kampung Tumbuk, Sepang semalam

'Lebih baik saya letak jawatan'

Oleh SAIFUL AFFENDY
SAPRAN

SEPANG - "Buat apa mengetuai sebuah kampung yang ada ladang ternakan babi, lebih baik saya letak jawatan kalau projek itu dilaksanakan."

Demikian tegas Ketua Kampung Tumbuk, Mohamad Tarmudi Tushiran yang benar-benar kesal dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor meneruskan projek ternakan ladang babi moden di kampungnya sehingga sanggup meletakkan jawatan.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau tidak mahu masyarakat luar memanggilnya sebagai ketua kampung yang bagaikan menyokong keputusan kerajaan negeri sedangkan beliau sendiri menentang sekeras-kerasnya projek itu.

"Saya tak nak nanti bila projek ini dah siap orang ramai gelar saya sebagai 'ketua kampung babi', lebih baik saya berundur (meletak jawatan) dulu," jelasnya.

Malah beliau turut kesal dengan Kerajaan Negeri Selangor yang baru berusia sebulan itu untuk meneruskan projek tersebut kerana katanya, keputusan itu dibuat tanpa perbincangan dengan penduduk kampung.

"Mereka (kerajaan negeri) memanglah beritahu projek ternakan babi ini dilakukan secara moden dan selamat, tapi pernahkah wakil kerajaan negeri meninjau kawasan kampung ini sebelum buat keputusan itu? Tidak ada pun.

"Saya harap ada di kalangan wakil kerajaan negeri melawat kampung ini kerana tapak ternakan babi itu memang berhampiran dengan penduduk selain tapak perkuburan islam," katanya.

Jelas beliau lagi, berdasarkan pengalamannya melawat ladang penternakan babi di Jerman tahun lalu, ia jauh berbeza dengan situasi yang berlaku di kampungnya.

"Untuk pergi ke ladang babi di sana (Jerman), ia memakan masa selama lima jam dan sepanjang perjalanan tak ada satu pun rumah, tapi kalau projek di sini terlaksana, lima minit perjalanan dah jumpa ladang babi," katanya.

Baru-baru ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tetap akan meneruskan cadangan membina ladang ternakan babi moden bernilai RM100 juta menggunakan teknologi dari Jerman di Kampung Tumbuk.

Namun, bantahan demi bantahan telah diterima terutamanya dari penduduk di kampung itu selain beberapa kampung lain antaranya seperti Kampung Tanjung Sepat, dan Kampung Batu Laut.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad di beberapa buah kampung di kawasan tersebut mendapati, kawasan penternakan babi yang diusahakan sebelum ini begitu banyak sehingga menyebabkan sungai telah tercemar.

Ketua Kampung Batu Laut, Bajuri Abdullah Fakeh memberitahu, jika projek ternakan babi di Kampung Tumbuk diteruskan, pencemaran tetap akan berlaku.

"Lihat saja kampung saya yang hampir kebanyakan sungai telah tercemar akibat aktiviti ternakan babi yang berleluasa di sini dan ia mungkin bakal berlaku di Kampung Tumbuk," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.