BPR bawah parlimen. 'perjuangan saya tidak sia-sia' - ezam.

on Wednesday, April 23, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) menyokong sepenuhnya langkah kerajaan menstruktur semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi menjadikannya satu suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.


Pengerusinya, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, tindakan tersebut dilihat sebagai satu komitmen kerajaan untuk memerangi rasuah secara bersungguh-sungguh di negara ini.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memulakan sesuatu yang amat berani."Secara peribadi gerakan memerangi rasuah merupakan sesuatu yang amat bermakna dalam perjuangan saya. Sejak menerajui Angkatan Muda Keadilan (PKR) dan kemudian mengasaskan Gerak inilah asas perjuangan saya.

"Asas perjuangan ini jugalah telah menyebabkan saya ditahan di penjara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Hari ini saya merasakan perjuangan saya tidak sia-sia," katanya.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan distruktur semula bagi menjadikannya satu suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia. Penstrukturan semula itu merupakan satu daripada empat inisiatif kerajaan untuk memerangi gejala rasuah di negara ini.Mohamad Ezam berkata, langkah paling signifikan untuk membebaskan negara ini daripada rasuah ialah memastikan BPR menjadi sebuah badan bebas dan hanya bertanggungjawab kepada Parlimen.

Sementara itu, beliau mengajak semua rakyat memberi sokongan dan kerjasama yang sewajarnya dalam usaha merealisasikan rancangan tersebut.Katanya, Gerak mengajak seluruh lapisan masyarakat melihat secara positif terhadap keputusan ini. "Rakyat diminta memberi sokongan dan kerjasama yang wajar kepada Perdana Menteri untuk melaksanakan cita-cita murni tetapi penuh cabaran .


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.