apakah perjuangan PAS sekarang?

on Wednesday, April 2, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Setelah PAS menyertai Pakatan Rakyat yang langsung tidak menyebut pembentukan Negara Islam atau pun akan melaksanakan Hudud, saya terpanggil untuk bertanya, apakah perjuangan PAS sekarang?
Kalau perjuangan PAS setakat nak merampas kuasa dari BN, ini bereti tiada bezanya antara PAS dan UMNO. Bahkan, UMNO dikira lebih baik daripada PAS kerana memperjuangkan kepentingan Melayu melalui DEB. Sekarang barulah saya faham kenapa Arab yang ramai gagal mengalahkan negeri Yahudi. Jawabnya, kerana orang Islam tidak mempunyai perjuangan lagi, tidak tahu apa yang hendak diperjuangkan, kecuali untuk berkuasa!

apakah perjuangan PAS sekarang?

Saya cabar pemuda pemudi dalam PAS untuk mengajukan soalan-soalan di atas kepada pemimpin-pemimpin parti anda.

Dalam UMNO, kami akan sanggah mana-mana pemimpin yang salah. Lihat sahajalah dalam forum mykmu.net,kpmu .apa yang pemimpin umno buat kita sanggah .

Dalam PAS, adakah anda mempunyai mekanisme check and balance yang sama? Tidak bukan? PAS ,PKR,DAP asyik dok nak check & blance umno saja

Bolehkah orang Melayu berharap kepada PAS sekarang?

Jawapannya tidak sebab PAS sudah melupakan perjuangan sebenarnnya. PAS sudah jadi sekular. Perjuangan PAS ialah perjuangan BARISAN RAKYAT iaitu menolak pembentukan negara ISLAM dan Hudud. Kalau saya jadi pemimpin PAS, saya akan berpegang teguh kepada prinsip dan perjuangan saya. Apa jadi pun saya takkan masuk dalam BARISAN RAKYAT kerana sudah jelas BARISAN RAKYAT bertentang dengan perjuangan dan prinsip PAS. Kalau PAS sanggup buat begini, InshaAllah PRU13 nanti, PAS akan menang lebih banyak kerusi sebab semua orang respect PAS sebab perjuangan PAS ada kredibility!
Tapi kalau macam sekarang, apa yang orang lihat hanyalah keinginan PAS untuk menghapuskan musuh seagamanya dengan memihak kepada musuh ISLAM demi kuasa dan pangkat sahaja. Sebab itulah PAS senyap 100000000 bahasa bila kapir menghina Quraan melalui filem FITNA. Kalau dulu, sudah pasti akan kedengaran suara takbir bergema depan kedutaan Belanda. Bahkan, sudah pun kedengaran dikalangan balaci PAS berkata TIDAK APA BERKAWAN DENGAN YAHUDI semata-mata kerana YAHUDI itu bapa angkat PKR. Kalau dulu PAS sanggup merusuh kerana pemain krikit Israil datang bermain di Malaysia, sekarang tidak lagi. Apa sebenarnya perjuangan PAS ya?????

PAS berjuang untuk:

* Menjatuhkan musuh seagamanya UMNO. PAS lebih benci UMNO
daripada Yahudi atau pun pengamal seks sejenis

* PAS berjuang bukan kerana Allah tetapi kerana hendakkan jawatan
MB, exco dan KUASA, tapi bukan kuasa untuk membangunkan umah
dan ISLAM tapi kuasa untuk menjadi Pak turut kepada DAP dan PKR
yang memang bukan berjuang untuk MELAYU dan islam

* Nik Aziz bersembahyang Hajat pada 8 March, memohon Allah
melindungi orang Kelantan daripada UMNO bukan melindungi orang
Kelantan daripada balaci dan musuh yang lebih besar iaitu pembenci-
pembenci Islam. Sekarang Allah sudah makbulkan permintaan Nik
Aziz. Bersekongkolah engkau dengan DAP dan PKR untuk menjadi
anak didik Yahudi, nasrani dan pembenci-pembenci Islam

* PAS berjuang semata untuk menjadi pengikut setia Anwar

MB PAS boneka DAP

Dari peringkat pemilihan parti mana yang bertanding jelas membuktikan PAS tidak berwibawa dalam bersuara untuk memperbanyakkan jumlah wakilnya di negeri Perak. Jadi, jangan salahkan Melayu yang risau PAS tidak akan berjaya merperjuangkan ketuanan Melayu di Perak. Kemudian, Nizar dipersoalkan pula sebagai MB. DAP lebih rela seorang bekas posman, dari PKR menjadi MB. Sekali lagi, jangan salahkan Melayu yang risau PAS tidak akan berjaya merperjuangkan ketuanan Melayu di Perak. Walaupun pada akhirnya persetujuan dicapai, bilangan exco pula yang menjadi isu. Hinggakan wakil DAP hendak letak jawatan kerana seorang sahaja wakil India yang menjadi exco? Ini drama Tamil mana ni? Kata Malaysian’s Malaysia? Sudah terbukti dalam hati MP ini, dia sedar, warna kulitnya dan asal usulnya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.