Ketuanan Melayu Perak sudah tergugat .

on Monday, April 28, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



DAP sekali lagi berjaya menguasai Perak apabila Adun Tronoh (DAP) V Sivakumar a/l Varatharaju dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan, sementara Adun Jelapang (DAP) Hee Yit Foong (DAP) dipilih menjadi timbalannya.

Kenapa kedua-dua jawatan penting ini diberikan kepada kafir harbi? Sekurang-kurangnya salah satu jawatan ini patut disandang oleh seorang Melayu Islam sebagai “check and balance”.

Setelah semua portfolio penting exco kerajaan negeri Perak dibolot oleh DAP, mereka sekali lagi berjaya membolot jawatan penting ini. Nampaknya, mereka telah berjaya menguasai Perak sepenuhnya tanpa perlu memegang jawatan Menteri Besar kerana mereka sudah mempunyai boneka yang cukup senang untuk dicucuk hidungnya.
Apabila DAP kafir harbi menjadi Yang Dipertua Dewan maka senanglah mereka memastikan hanya agenda-agenda politik mereka sahaja mendapat tempat. Isu-isu yang menyentuh hak kepentingan Melayu Perak sudah pasti disisihkan dan mereka akan lebih seronok membahaskan perkara yang akan menguntungkan puak pro kafir harbi.

Kekecewaan saya melihat MB Nizar menjadi anjing suruhan DAP amat menyedihkan dan memalukan saya sebagai umat Islam dan bangsa Melayu. Ternyata MB Nizar lebih sayangkan jawatan politik daripada memperjuangkan agama dan bangsa.
Saya doakan umat Islam Melayu di Perak akan mendapat pembelaan sewajarnya kerana DAP pasti akan cuba menyisihkan mereka dengan menggunakan MB Nizar sebagai boneka.

MB ini hanya melakukan tugasan seperti yang diarahkan oleh kafir harbi dan tidak mempunyai pegangan sendiri. Saya lihat setiap keputusan yang dibuat oleh MB boneka ini hanya menguntungkan puak kafir harbi DAP sahaja. Contoh terdekat ialah pemberian tanah bernilai RM500 juta kepada penyokong pro-DAP dang kelulusan tanah bernilai jutaan RM kepada sebuah kilang yang membiayai DAP kafir harbi semasa PRU 12.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.