Lesen Terbesar Babi- Hukum PAS yang berbeza-beza.

on Sunday, April 13, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas, begitu bersungguh- sungguh menguar-uarkan konsep perjuangan mereka yang bertunjangkan negara kebajikan.
Di Selangor, keputusan kerajaan negeri yang segera meluluskan projek ladang ternakan babi moden di Ladang Tumbuk, Mukim Batu di Kuala Langat, merupakan hadiah negara kebajikan yang melukakan hati rakyat.
Sebelum ini, PKR dan Pas menjaja ke seluruh negara membelasah BN yang mencadangkan projek itu. Malah, pendu- duk kawasan sekitar Kuala Langat dan Sepang, pasti masih mengingati risalah yang diedarkan Pas menjelang pilihan raya umum lalu mengenai projek itu.

‘Teknologi dari Jerman, yang terbesar di Asia. Bersih, bau tak ada, katanya. Tapi babi tetap najis! Buat apa ternak kat sini. Tempat lain tak ada? Yang tak ada orang duduk. Sementara ada peluang sekarang, gunakanlah. Memang bagi orang Islam, babi merupakan perkara paling sensitif sekali. Tidak ada orang Islam sanggup menyentuh haiwan itu.’

Tapi kini Dato' Hassan Ali selaku Exco Agama Islam berkata " Dengan menggunakan teknologi dari Jerman, masalah pencemaran yang disebabkan oleh babi sebelum ini dapat dihapuskan dan tidak akan timbul lagi,''
PAS adalah parti yang cakap tidak serupa bikin dan bermuka-muka untuk kepentingan jawatan sahaja. Mengapa PAS hebohkan isu kerajaan Melaka tidak berjaya tutup kandang babi di Melaka sedangkan sekarag PAS berkuasa di Selangor dan Perak tetap sanggup mengalah dengan DAP dalam kes kandang terbesar di selangor.
Berapa jenis hukum Islam yang PAS pakai? untuk UMNO dan BN lain dan PAS lain ke?. Kalau bawah BN, PAS eksploitasikan dan buat isu. Adakah lain parti lain hukumnya?Agama Islam mana yang PAS amalkan?. BN kalau benarkan kandang babi dikatakan salah dan PAS buat tak apa. Allah dah tunjukkan kepada PAS bahawa jangan cakap je mengenai Islam dan bukan senang jadi pemerintah. SEkarang PAS dan PKR terkena


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.