KEHEBATAN 13 KOMANDO YANG TERSELAMAT DIPUKUL OMBAK LAUT !!

on Monday, December 9, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Berpantang maut sebelum ajal ...syukur alhamdulillah   semua 13 komando ATM terselamat selepas bot mereka karam dilanda ombak . 

Kemahiran , ketahanan fizikal  & ilmu ketenteraan diajar dalam latihan  ternyata berjaya menyelamatkan mereka walaupun dibadai ombak lautan . 

Khidmat mereka masih lagi diperlukan negara  ...




 11  pelatih komando, 2 jurulatih berjaya berenang dari Pulau Upeh ke Pantai Puteri

Melaka: Seramai 13 anggota tentera termasuk 11 pelatih komando yang dilaporkan hilang selepas bot mereka karam dilanda ombak di perairan Selat Melaka, berhampiran Klebang, dekat sini malam kelmarin, ditemui selamat selepas berjaya berenang ke Pantai Puteri, awal pagi ini. 

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka berkata, mereka ditemui orang awam dalam keadaan selamat di Pantai Puteri jam 1.19 pagi. 



SISTEM LATIHAN KOMANDO BERJAYA SELAMATKAN 13 ANGGOTA TENTERA

MELAKA 9 Dis. - Keberkesanan sistem latihan komando yang dijalani telah membantu dua jurulatih dan 11 pelatih menyelamatkan diri selepas bot dinaiki mereka karam dipukul ribut di perairan Selat Melaka berdekatan Pulau Upih malam kelmarin.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, pengalaman dua jurulatih dibantu semangat kental 11 pelatih yang mengikuti kursus asas komando peringkat akhir di Kem Sungai Udang digunakan sebaik mungkin apabila mereka tidak berputus asa dan berjaya menghadapi situasi meruncing untuk menyelamatkan diri.

Beliau berkata, berbekalkan latihan komando yang dijalani kesemua mangsa menggunakan pelbagai cara untuk mencari jalan menyelamatkan diri walaupun hanyut di lautan lebih 24 jam sehingga bot mereka dibawa arus sehingga ke perairan antarabangsa.

"Saya puji semangat kental kesemua pelatih dan jurulatih ini. Mereka berjuang untuk hidup menggunakan apa sahaja kaedah yang diajar bila berdepan situasi cemas sebegini dan akhirnya selamat sampai di Pantai Puteri kira-kira pukul 12.50 tengah malam tadi.

"Lebih membanggakan kesemua 11 pelatih yang akan menamatkan kursus asas komando begitu bersemangat dan menyuarakan hasrat untuk terus berkhidmat walaupun mengharungi detik paling pahit dalam hidup mereka.

"Kesemua pelatih ini akan dianugerahkan Beret Hijau pada satu majlis yang akan diadakan pada 28 Disember ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kesemua mangsa di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Abdul Rahim berkata, latihan mendayung yang dijalani oleh kesemua mangsa yang terlibat adalah merupakan latihan biasa dilaksanakan untuk kursus tersebut di kawasan perairan yang sering digunakan.
Menurutnya, sewaktu kejadian kesemua mangsa adalah antara 10 jurulatih dan 35 pelatih yang mengikuti kursus asas komando sedang menjalani latihan mendayung menggunakan empat buah bot bermula dari Kem Sungai Udang menuju ke Pulau Nangka.

"Sewaktu empat bot menghampiri Pulau Upih, berlaku kejadian ribut menyebabkan tiga daripada bot tersebut hampir karam tetapi berjaya diselamatkan oleh bot keselamatan yang mengiringi sepanjang latihan," ujarnya.

Beliau menambah, selepas satu bot berjaya diselamatkan, satu bot lagi berjaya ditarik ke pantai Klebang, satu lagi ke Pulau Upih tetapi gagal menemui bot yang keempat.

Berikutan itu, gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan oleh Markas Tentera Darat yang turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Bomba dan Penyelamat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


6 Responses

  1. Unknown says:

    Komando Malaysia..alhamdulillah. Segagah Menterinya. Sewaktu terlantar di hospital, masih memberi arahan arahan kepada tentera untuk membantu mansa banjir ! Tahniah...

  2. Anonymous says:

    Alhamdullilah. semua selamat kebanyakkan kita yakin mereka akan selamat ..memang terbaik....

  3. Unknown says:

    Agi Idup Agi Gelaban...

  4. Anonymous says:

    Alhamdulillah. Ini lah perwira Negara. Berpantang maut sebelum ajal. Ini juga sebagai satu ujian survival yang sebenar. Syabas kepada 13 komando yang selamat. Sesungguhnya ALLAH berkati usaha anda semua dan makbulkan doa dan harapan ibu bapa, isteri dan juga anak-anak.

  5. Anonymous says:

    Baru budak basic.. bukan anggota komando lagi.. tapi insha Allah penilaian ke atas mereka.. mungkin semua 13 budak basic ni dianugerahkan bere hijau.. Ameen.

  6. Anonymous says:

    kes ini menjadi buah mulut bila kerajaan Negeri Melaka mahu beri anugerah tetapi ada cerita lain..Dengar cerita ada setengah mereka telah buat laporan Polis kerana kena dera dan sampai sekarang cerita tersebut senyap sepi.
    Kenapa bila ada penyalahankuasa semua di 'SENYAP'kan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.