SEKITAR HARI PERTAMA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013 #PAU2013 @dzainalabidin

on Thursday, December 5, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Siang tadi bermula lah Perhimpunan Agong UMNO 2013  . Ucapan dasar Presiden oleh DS Najib Tun Razak memang ditunggu-tunggu memandangkan ucapan dasar pertama selepas PRU13 .

Pagi tadi  GPB & rakan2  sempat snap beberapa gambar semasa ucapan dasar Presiden oleh DS Najib Tun Razak di dalam Dewan Merdeka sebelum dihalau keluar.

Cuma yang GPB kesal  dengan sikap  urusetia UMNO diketuai Datuk Raof ialah  walaupun kami telah menunjukkan pas media rasmi media cyber dikeluarkan UMNO tapi oleh kerana tiada bit media dihalau keluar.



Menariknya ucapan dasar Presiden ialah Najib mendedahkan bukti Anwar membohongi isu pengundi Bangla 40 ribu dibawa BN semasa PRU13.



Video yang memaparkan Ketua Pembangkang mendakwa kononnya Barisan Nasional (BN) membawa masuk lebih 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas ditayangkan kepada anggota perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2013 hari ini.

Rakaman yang dipetik daripada portal berita Malaysian Gazette itu menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan itu pada dua majlis iaitu semasa sidang akhbar dan dalam satu ceramah politik.

Sedutan video itu yang diselitkan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar sebagai Presiden UMNO menyebabkan kira-kira 3,000 perwakilan dari 191 Bahagian UMNO di seluruh negara bertindak bersorak mengejek ketua pembangkang berkenaan.

Antara dakwaan yang dibuat Anwar dalam sedutan video itu ialah BN menaja 16 penerbangan khas setiap hari bagi membawa warga Bangladesh dan Indonesia masuk ke negara ini untuk menjadi pengundi pada PRU-13.

Penasihat PKR itu juga mendakwa BN tidak mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya berkenaan sehingga terpaksa membawa masuk warga asing sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan mereka.

Tayangan video itu dibuat ketika ucapan Najib menyentuh mengenai dakwaan Anwar itu.
Tayangan itu dibuat susulan selama ini Anwar mendakwa kononnya beliau tidak pernah menyatakan perkara itu sebaliknya menuduh kononnya blogger-blogger UMNO yang mengada-adakan dakwaan berkenaan.

Najib ketika menyentuh perkara itu melempar sindiran: "Sejak bila Malaysia mempunyai suku kaum Bangladesh".

Beliau juga memaklumkan anggota perwakilan bahawa momokan pembangkang itu menyebabkan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina terkejut dan menafikannya apabila perkara itu dimaklumkan kepada beliau sempena lawatan kerja Perdana Menteri ke negara berkenaan bulan lepas.- BERNAMA












Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.