Perjuangan & sumbangan @drnovandri diiktiraf Pemuda Umno @khairykj

on Wednesday, December 4, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KUALA LUMPUR 4 Dis - Pemuda UMNO hari ini memberi anugerah khas kepada dua tokoh bagi menghargai sumbangan mereka dalam sayap itu.

Anugerah berkenaan ialah Anugerah Setia Bakti 2013 yang diberi kepada bekas Setiausahanya Datuk Megat Firdaus Megat Junid dan Anugerah Khas Pemuda 2013 kepada Dr Novandri Hasan Basri.

Megat Firdaus dihargai atas jasanya kepada pergerakan itu dan UMNO amnya, terutama sejak dilantik sebagai setiausaha pergerakan pada April 2009, manakala Dr Novandri pula atas kapasiti beliau sebagai sukarelawan Pemuda dalam membantu masyarakat, selain perjuangan menerusi alam siber sebagai blogger Dr MiM.

Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2013 di sini pagi tadi. - Rakyat News


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.