WAHID OMAR DEDAH KENAIKAN TARIF ELEKTRIK AKAN MENINGKATKAN INFLASI @NajibRazak @khairulryzal

on Tuesday, December 3, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kalau Pak Menteri daripada bekas CEO GLC sendiri dedahkan kesan daripada kenaikan tarif elektrik ini , maka memang tepat BN ( Barang Naik ) selepas ini . 

Terima kasih kepada semua Penasihat Ekonomi PM DS Najib Razak yang bertaraf Tan Sri / Dato Seri di Jabatan Perdana Menteri termasuk PEMANDU . Memang pemanduan anda mantap ke arah semua harga  barang naik di Malaysia  . 

Kalau begini lah cara Najib uruskan ekonomi negara , bungkuih la  BN di PRU14 .


nurkilan sahabat GPB  kpd PM 


Kenaikan kadar baharu tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Labuan dijangka memberi kesan kepada ekonomi negara dengan peningkatan kadar inflasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kadar inflasi itu dijangka meningkat berdasarkan pemerhatian terhadap kesan peningkatan harga barangan sebelum ini.

"Peningkatan inflasi akan ada setiap kali peningkatan harga barang seperti sebelum ini apabila harga subsidi minyak dikurangkan sebanyak 20 sen kadarnya meningkat kepada 2.6 peratus.

"Kadar keuntungan siling (CPR) pada bulan Oktober juga meningkat pada tahap 2.8 peratus, walau bagaimanapun, kadar ini masih rendah iaitu di bawah tiga peratus," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia di sini hari ini.

Abdul Wahid mengulas pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili di Parlimen hari ini mengenai kadar baharu tarif elektrik yang akan dinaikkan secara purata di Semenanjung sebanyak 4.99 sen setiap kilowat sejam (kWj) atau 14.89 peratus daripada kadar semasa, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Bagi Sabah dan Labuan, kadar tarif dinaikkan sebanyak lima sen bagi setiap kWj.
Walau bagaimanapun, Abdul Wahid ketika diminta mengulas kesan kenaikan itu, enggan memberi komen lanjut sebelum mendapat maklumat lengkap berhubung kenaikan tarif tersebut.

"Saya tidak pasti (kesan kenaikan) sebab belum lihat laporan terperinci, jadi saya akan komen kemudian.

"Kita perlu lihat nanti apa impaknya keputusan meningkatkan tarif elektrik dan dalam masa sama akan pastikan golongan memerlukan bantuan tidak berasa kesan yang terlalu tinggi," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, lebihan akaun semasa negara meningkat kepada RM9.8 bilion pada suku ketiga tahun ini bersamaan 4.1 peratus pendapatan negara kasar (GNI) berbanding suku kedua yang mencatatkan jumlah sebanyak RM2.6 bilion atau 1.1 peratus GNI.
Katanya, keseluruhan bagi baki pembayaran direkodkan mempunyai lebihan terbesar iaitu sebanyak RM11.8 bilion pada suku ketiga berbanding RM1.5 bilion pada suku kedua.
"Perkara ini akan memastikan negara tidak mengalami defisit berkembar, dalam masa sama, ekonomi negara juga berada dalam keadaan kukuh dan tindakan yang sepatutnya telah diambil bagi meningkatkan kedudukan fiskal negara," katany


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.