Hartanah di negara penjajah sudah dibeli oleh bangsa Melayu !

on Sunday, March 11, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


-  Selepas bangunan Milton and Shire House di Silk Street dibeli dengan harga RM 1.6 Bilion ,  terbaru bangunan yang dikatakan terbesar di Kota London iaitu  Woodgate Exchange telah dibeli oleh syarikat pelaburan Malaysia iaitu PNB ( Pemodalan Nasional Berhad )  .

- Dulu Britain datang ke tanah Melayu menjajah negara ini serta menguasai tanah-tanah milik penduduk asalnya . Hari ini  siapa sangka bangsa yang dijajah ini telah mampu membeli hartanah milik negara  penjajah !


- Siapa yang tubuhkan syarikat pelaburan ini   ? Kerajaan BN yang tubuhkan pada 1978 hasil dari pengenalan dan roh  Dasar Ekonomi Baru ( DEB)  untuk meningkatkan ekonomi Bumiputra serta rakyat Malaysia amnya .

- Siapa yang menguruskan syarikat PNB ini ?  Hanya bangsa Melayu yang bijak , mempunyai visi , amanah dan beranggungjawab saja boleh berjaya menguruskan syarikat ini dengan hebat .

-Jika PNB beli hartanah di London di luar negara , bukan hanya nama negara dan PNB  dibawa tetapi juga bangsa Melayu  .  Orang asing tentu kagum dengan pengurusan cekap dan mempunyai kewangan hebat mampu membeli aset di negara mereka.



- Ada seorang ejen ASB ini pernah beritahu GPB bahawa jika dividen ASB /ASNB sikit , maka kerajaan BN ada berdepan masalah kerana kemungkin rakyat akan marah .Itu yang dividen sentiasa tinggi dan buktinya dividen untuk   tahun 2011 .




-
- Kalau Anwar Ibrahim dan Kit Siang -Guan Eng memerintah negara ini , sudah tentu la syarikat hasil titik peluh dan keringat idea kerajaan BN akan dirobek  dan tak mustahil bukan Melayu  akan bertapak dalam gambar ini .

- Bangsa Melayu sebenarnya sudah lama membina empayar dan  menguruskan  ekonomi yang hebat hingga samapi ke Eropah . Kini ia sudah kembali  bangkit semula kerajaan Melayu Islam ....


2 Responses

  1. Anonymous says:

    bagus...

    mau dok beli banyak lagi hartanah di luar negara...

    pejuang hamas...

  2. Anonymous says:

    Mat salleh dulu ambil tanah kita percuma saja...tapi kita berbayor...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.