Selamat jalan Anwarinas Kadiaq ...UMNO tak heran pun hang keluar parti !!

on Monday, March 19, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 12 Comments




Lepas sapu dan kenyang bersama UMNO , hari ini Kadiaq  buat keputusan paling keluar dari parti UMNO . Kita jangan terkejut lepas ini Kadiaq kemungkinan akan sertai  parti baru seperti pemimpin2 sebelum ini seperti Zaid Ibrahim .

Cuma yang GPB lihat beza antara Hassan Ali yang dipecat partinya dengan Kadiaq yang umum hari ini keluar parti . Hassan Ali disanjung ke mana beliau pergi tapi Kadiaq keluar parti pulak macam tak dipedulikan pulak ..hahaha

Kini yang masih tinggal dalam UMNO yang meneruskan perjuangan  dari  keluarga  Kadiaq adalah adiknya iaitu Musa Sheikh Fadzir dan  Aziz Sheik Fadzir .





Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.

"Saya baru saja menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno, peletakan jawatan selaku ahli Umno akan berkuat kuasa hari ini (Isnin)," kata Abdul Kadir dalam satu kenyataan.

Beliau turut memberitahu telah meletak jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu pada minggu lalu.Abdul Kadir merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan menteri kabinet di bawah Barisan Nasional.

Pada minggu lalu, beliau dicabar untuk meletak jawatan ekoran dakwaannya berhubung budaya rasuah di dalam parti.Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.

Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.


12 Responses

  1. Anonymous says:

    dah tua dah ......
    sape le kisah

  2. Anonymous says:

    Dah byk ISTANA dia bina... elok la merambus...

  3. Anonymous says:

    GOOD RIDDENS TO BAD RUBBISH AGREED TO ANON 4.15PM.UNGRATEFUL CREATURE JADI AHLI UMNO UNTUK KEPENTINGAN DIRI AJE.

  4. rakab says:

    hahahahaaaa....kesiannyaaaa tok Kadir ni..

    Apa lagi laaa yang tak cukup agaknya ??

    Kalau nak bagi impak pada Umno pun, patut keluar parti masa masih jadi menteri dan MKT duluuuu...

    bukan setelah lama bersara dari kerajaan dan hanya sebagai bendahari bahagian jer [jawatan dilantik pun].

    Selepas berkoyan-koyan mengutuk UMNO, menyakitkan hati orang UMNO, tiba-tiba umum keluar parti...agak-agaknya ada ahli UMNO yang sebak ke, der...??

    Piiraahhh mabukkk..!!!

    Sebaliknya UMNO makin kuat sebab duri dalam daging dah tercabut keluaq !!

    hahahahaaaa....Kadir GILA !!!

  5. Anonymous says:

    Masa jadi menteri penerangan, dia balun PKR dan anuar depan belakang. Sekarang, anuar pakatan rakyat dia sokong.....apa jenis pemimpin macam ni...

  6. Anonymous says:

    rumah kata pi...kuboq kata mai, mai,mai dah...
    Masih tak sedaq diri,
    sekarang pun takda sapa yang pakai BOHTAI kecuali dia..
    Pirah..pi la parti mana hang nak pi, ada pun buat menambah bencana, lebih baik takdak dan tak merugikan sesapa. SELAMAT JALAN ROMEO BOHTAI

  7. Anonymous says:

    Tahniah kepada Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang telah sedar. Biar lambat asalkan tidak melakukannya langsung.

    UMNO merupakan parti yang merosakkan orang melayu dengan menjual kepentingan melayu selama 54 tahun dan akan terus melakukannya selagi berkuasa.

    JOM HANCURKAN UMNO YANG SEMAKIN MEMBUSUK.

  8. Anonymous says:

    Biarkan luncai terjun dgn labu2nya,simpan pun dok menyusahkan x de guna juga,lagi pun pengaruh dia x seberapa.

  9. Anonymous says:

    Ayat gila pangkat..sepatutnya,SAYA BARU MRNGHANTAR SURAT MOHON BERHENTI DARI MENJADI AHLI UMNO,bukan meletak "jawatan senagai ahli"

  10. Anonymous says:

    Rupanya dah tua dah tetapi rambut masih kemas hitam tak ada uban sehelai pun. Bagus Kadiaq ni jaga penampilan diri,rambut tu pakai sah ke sembahyangnya,sebab kebanyakan rambut palsu tu dibawa dari India yang telah di refurbish...tetapi perangainya tak elok sikit bila berpolitik.Bila tak masuuukkk keluar parti.Keluarlah Kadir oooii orang tua mana ada pengaruh
    dah pi lah bersengkongkol dengan Ku Li. Ku Li tu harap pada nama saja,orang dah tak heran dengan Tengku222 ni ,berak busuk juga.

  11. Anonymous says:

    hahahaha...kaki ni pucuk muda ja yg dia makan...tragedi langkawi with love...hahaha

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.