Kilang solar : DAP salahguna kuasa luluskan kilang solar tanpa lesen

on Sunday, March 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Parti Cinta Malaysia (PCM) mempersoalkan bagaimana projek loji pengeluaran panel solar yang akan dibina di Batu Kawan diluluskan oleh kerajaan negeri sedangkan belum mendapat lesen operasi atau kebenaran daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).


Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan berkata, lesen operasi AELB atau kelulusan merupakan prasyarat wajib bagi mana-mana kilang atau kilang yang menghasilkan bahan-bahan radioaktif sebagai produk atau sisa. Katanya, sebuah portal berita semalam memetik Ketua Pengarah AELB, Raja Abdul Aziz Raja Adnan sebagai berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan berhubung pembinaan kilang berkenaan.


"Apa yang PCM persoalkan, bagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang boleh meluluskan pembinaannya sedangkan lesen atau kebenaran daripada AELB belum pun dipohon?,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Portal berita berkenaan turut melaporkan Raja Abdul Aziz berkata, projek itu akan dinilai dan diluluskan oleh pihaknya walaupun Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi kelulusan.


, jika kilang itu tidak mendapat kelulusan dari AELB, mereka tidak boleh beroperasi kerana kilang panel solar akan menghasilkan bahan radioaktif dan pihaknya perlu menilai tahap radioaktif yang dihasilkan.— BERNAMA


One Response

  1. Anonymous says:

    Agaknya dia orang tu kebal kot ,tak lut redioaktif tu yang boleh buat kat penang. tapi yang tak bahaya tak boleh bena kat Kuantan, apa punya dungulah ketua menteri ni. Inilah pemimpin bodoh bangang.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.