Penangan maut amoi Vietnam terhadap suami orang dalam kapal terbang !

on Tuesday, March 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pertengkaran mulut antara seorang awek Vietnam dengan dua orang lelaki warga Singapura dalam sebuah pesawat baru-baru ini bertukar kecoh bila dia memukul salah seorang daripada mereka sebaik sahaja hendak keluar daripada kapal terbang itu.

Segalanya bermula apabila wanita itu mendakwa lelaki itu menendang kerusinya daripada belakang.

Ketika itu kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Singapura daripada Vietnam menggunakan pesawat Tiger Airways.

Lelaki itu yang menafikan berbuat demikian kemudiannya memberitahu wanita itu supaya bertenang dan melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa jika tidak berpuas hati dengannya.

Berang dengan kata-kata itu, wanita berkenaan menghayunkan begnya ke arah lelaki tersebut sewaktu mereka sedang beratur untuk keluar daripada pesawat.

Berdarah jugalah dahi mamat tu!

Difahamkan wanita Vietnam tersebut merupakan salah seorang penuntut universiti di republik tersebut.

Menariknya, sebahagian daripada insiden ini berjaya dirakamkan isteri mangsa menggunakan telefon bimbitnya…haiiyyyyaaaaaa!!! - Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.