Kerana DAP, industri urut semakin pesat berkembang di Selangor !

on Monday, March 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Agak mengejutkan sekali bila melihat  angka peratusan besar  peningkatan pertumbuhan rumah urut di Selangor sejak kerajaaan Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

Kalau FDI sebanyak 85 %  masuk ke negeri  memang hebat lah kerajaan itu menarik pelaburan . Tapi itu buka pelaburan sebaliknya industri rumah urut !

Macam sudah menjadi satu cabar baru  sektor perlancongan di Selangor dan ini sudah tentu hasil usaha dan kebijaksanaan seorang Exco iaitu Ronnie Liu yang nampak peluang baik ini .

Di P.Pinang pun banyak juga rumah-rumah urut baru dibuka kerana peluang keemasa diberikan kerajaan Pakatan untuk memang suka industri ini berkembang .

Kalau Pakatan perintah Putrajaya , bagaimana la agaknya nanti ??  ...Polis pun mungkin dah  tak ganggu lagi pusat2 urut   seperti di bawah ini ....



Tukang Urut Warga Asing Ditahan Dalam Dua Serbuan Di Kota Damansara

PETALING JAYA: Polis menahan 16 tukang urut warga asing yang tidak mempunyai permit serta menyalahgunakan pas lawatan sosial dandua lelaki tempatan dalam serbuan berasingan di Kota Damansara di sini, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kedua-duaserbuan dijalankan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu PejabatPolis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Beliau berkata dalam serbuan pertama ke atas sebuah pusat refleksilogi pada pukul 8.30 malam, enam wanita warga China dan empat wanita warga Thailand ditahan kerana tidak memiliki permit.

Beliau berkata seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis itu ditahan manakala kesemua wanita warga asing yang ditahan itu berumur dalam lingkungan 28 hingga 40-an didapati tidak mempunyai permit kerja serta menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Katanya premis itu yang beroperasi sejak lebih tiga bulan lalu pernah diserbu sebelum ini bukan sahaja memberi perkhidmatan urutan biasa malahan dipercayai menawarkan khidmat seks tetapi hanya kepada pelanggan tetapsahaja.

"Kesemua tukang urut wanita yang ditahan itu dipercayai baru bekerja 10 hari yang lepas dan dibayar RM20 sejam sementara bagi urutan batin atau khidmat seks, pelanggan akan dikenakan bayaran bermula dari RM100 hingga RM150," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Arjunaidi berkata dalam serbuan ke atas premis kedua, seoranglelaki tempatan yang merupakan premis berkenaan serta lima wanita dan seoranglelaki warga China yang berusia dalam lingkungan 27 hingga 30-an ditahankerana menyalahgunakan pas lawatan sosial masing-masing.

"Premis itu yang beroperasi sejak tiga bulan lepas hanya menawarkan urutanbiasa dan tidak menawarkan sebarang khidmat seks bagaimanapun premis berkenaantidak mempunyai lesen perniagaan sah," katanya.

Katanya operasi itu berakhir kira-kira 10.30 malam dan kesemua warga asingberkenaan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk siasatan.-BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.