Penanti Bangkit telah talqinkan PKR di Penanti

on Sunday, January 10, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Dulu PKR dan PAS selalu cakap nak talqinkan UMNO, tetapi
kini ahli PKR sendiri yang talqinkan terus PKR



Ini lah bekas Ketua AMK PKR Mohd Ezam Mohd Noor yang
kini sudah kembali bersama UMNO . Geng zaman reformasi
kini sudah ramai kembali kepada parti UMNO . anda bila lagi ??

Gerakan Penanti Bangkit telah tawan Kg Guar Jering



Bekas Ketua AMK Kg Guar Jering menyertai
UMNO


Di negeri wali selipar saja minggu ini sebantak 106 orang
telah masuk UMNO .
UMNO Juara Rakyattelah diterima
rakyat kini .



1 Malaysia kami sokong !!

Apabila PB menulis artikel Ramai ahli PKR dan PAS keluar parti besar-besaran di Permatang Pauh , ramai orang Pakatan ketawakan malah menuduh PB menipu . Yang menyokong dan memberi semangat pun ada dan diucapkan terima kasih .

Kepada puak2 PAS dan PKR di Pematang Pauh , ini buktinya dan PB sertakan wajah-wajah Generasi Pejuang Bangsa yang baru untuk berjuang dalam UMNO - Juara Rakyat dan 1 Malaysia . Jangan la ada pulak lepas ni komen ini bukan ahli AMK PKR @ ahli PAS seperti pemimpin anda di atas sana . hehe

Mereka ini adalah orang kuat AMK Ranting Kg Guar Jering iaitu kubu kuat Pakatan di dalam kawasaan Penanti . Untuk makluman , PKR di Guar Jering ditubuhkan semasa zaman reformasi lagi dan kebanyakkan ahli -ahli mereka dianggotai oleh golongan muda. Selepas Sdr Zafar dari PAS masuk ke UMNO , kini sdr Hesyabuddin Md Isa yang juga Ketua AMK di Kg Guar Jering membuat tindakan drastik masuk ke UMNO kerana berasa tertipu dengan pembohongan pihak tertinggi parti mereka dan juga YB Dr Mansor , Adun Penanti yang langsung tidak turun padang ke kampung mereka sejak menang pilihanraya kecil dulu . Malah anak jati kampung mereka sendiri yang menjadi S/Sulit TKM 1 pun tidak pernah turun padang melihat masalah penduduk di situ .

Menurutnya lagi, hanya UMNO di situ melalui Ketua Cawangannya iaitu Sdr Saiful yang banyak membantu penduduk kampung di situ . Selain itu , antara sebab utama beliau keluar parti adalah tindak -tanduk Anwar yang sudah banyak kali melengahkan perbicaraan kes liwatnya sejak tahun lepas lagi .

Dengan kemasukan ketua AMK di Kampung itu ,maka semua ahli PKR hampir 100 % di situ juga mengikut jejak langkah ketua mereka . Borang keahlian UMNO di Kg Guar Jering ibarat seperti pisang goreng kerana mendapat sambutan menggalakan anak muda di situ untuk menyertai parti keramat UMNO . Ini menunjukkan kempen penambahan ahli UMNO Kg Guar Jering telah berjaya dan menguburkan terus PKR di Kg Guar Jering setelah 12 tahun bertapak .Insyaallah selepas ini akan diadakan majlis rasmi penyerahan borang masuk UMNO bersama kepimpinan UMNO Bahagian Prmtg Pauh .

Rakyat di Penanti sudah bangkit !! Mereka sudah sedar bahawa PAS dan PKR tidak lagi mempejuangkan lagi nasib bangsa Melayu dan Islam . Dalam isu kalimah Allah , PAS dan PKR sama-sama naik melacurkan agama Islam dan kalimah Allah kepada gereja demi menjaga hati pengundi bukan Islam . Malah mereka menduduh UMNO pulak yang memainkan isu ini sebagai isu politik walhal ini adalah isu akidah dan sebagai umat Islam kita wajib pertahankan nama Allah daripada digunakan oleh agama lain .


Pejuang Bangsa











One Response

  1. Anonymous says:

    tahniah di atas usaha gigih umno bahagian penanti. semoga bangsa melayu terus bersatu di bawah payung umno

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.