Joker PAS pulak tunjuk hero dalam isu kalimah Allah , yang bantah dan berdemo dituduh penjahat

on Saturday, January 16, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



HaprakDaily melaporkan segolongan pengadai nama Allah dari parti PAS mengadakan pertemuan dengan pihak gereja kononnya untuk berdialog.Walhal perkara ini sepatutnya dilakukan sebelum timbulnya isu pengunaan nama Allah di adili di makamah.Mereka juga sepatutnya berfikir dan bermuzakarah baik buruknya sebelum membuat sebarang keputusan. klik sini dan sini

"Sebenarnya isu ini bukan isu sensasi tapi sengaja disensasaikan oleh pihak tertentu untuk menjaga kepentingan politik sempit mereka. Bagi PAS berdialog adalah cara terbaik untuk masyarakat bukan Islam" -mujahid rawa

Siapakah yang bersungguh sungguh benarkan pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune?Perlakuan dan tindak tanduk PAS seolah olah mengambarkan mereka langsung tidak terlibat dalam perselingkuhan haram bersama PKR untuk membuat kerja kufur.Mereka mahu mengkambing hitamkan golongan yang membuat demo membantah pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune.


mujahid patut mencontohi Ustaz Hafiz Nordin
Mantan KP PAS Pulau Pinang yang turun berdemo
membantah penggunaan kalimah Allah oleh gereja




Nama Allah sudah menjadi nilai komersial buat PAS,boleh digadai beli demi politikal mileage bersifat gampangan .

Pisau tidak mempertikaikan untuk mengadakan dialog,dan ia adalah amat baik demi mencapai persetujuan secara bersama atas rasa saling hormat menghormati,tetapi mengapa harus sekarang membuat dialog setelah PAS sendiri membuat keputusan tanpa memikirkan kesan baik atau pun buruknya.

Mereka seolah olah mahu menunjukkan keterbukaan yang liberal walhal dalam masa yang sama berpendirian seperti acuh tak acuh,mereka adalah manusia munafik dan jelas sekali sifat sifat mereka dipertontonkan kepada rakyat Malaysia betapa sifat jalang tidak dapat di sorok sorok lagi.

Sikap baling batu sembunyi tangan PAS dipertontonkan dengan membuat kenyataan mengutuk perbuatan membakar gereja,dan ya Pisau tidak nafikan perbuatan membakar rumah ibadat penganut agama lain adalah perbuatan bacul dan amat dilarang oleh Islam. Perlakuan PAS seolah olah mengambarkan golongan yang membuat demo bantahan terhadap pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune tidak rasional , jahat dan tidak bertolenransi.Walhal demo bantahan diadakan secara aman dan tidak berlakunya keganasan. Kerja jahat dan ganas setahu Pisau yang mahir hanyalah PAS dan PKR.Mana mungkin Umno terlibat.

Adakah tindakan PAS membuat keputusan menyokong pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune mewakili umat Islam Malaysia? Mengikut pemahaman Pisau,mana mungkin jalang seperti PAS menjadi suara umat Islam ,quran dan nama allah tidak ada nilai langsung pada mereka.Ia hanyalah bersifat value added dalam pasaran politik mereka,maka PAS sememangnya tidak berkelayakan langsung.

PAS cuba nak jadi hero dalam isu ini,walhal diri sendiri bacul untuk berdepan DAP dengan permasaalahan prinsip hudud dan qisas didalam 'dasar' Pakatan Rakyat.Banyak lagi perkara PAS sememangnya tidak berani angkat muka pada DAP.

Kesimpulannya, yang membenarkan guna nama Allah jadi hero dan juara,yang membantah guna nama allah jadi bangsat dan tidak rasional.

Apa kata kita terbalikkan senario isu ini. katakanlah KDN di bawah kerajaan BN membenarkan pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune dan di sokong pula oleh UMNO. agaknya siapa yang paling cepat buat demo besar besaran di jalan raya tuduh Umno kufur dan pengadai nama Allah?


Realitinya melayu Islam takkan bersatu,dan jangan harap akan bersatu, Isu nama Allah pun tidak dapat bersatu,apatah lagi jika membabitkan isu isu lain. Melayu Islam akan hancur.Jika ini berterusan kaum majoriti bakal diperintah dan dijerut oleh minoriti. Selepas itu kita sama sama tepuk tangan ucapkan tahniah antara satu sama lain..Bravo!


One Response

  1. hanizam says:

    begitulah bila sudah bersama DAP & PKR....PAS yang dulunya nampak parti yang memperjuangkan ISLAM, hancur di BONTOTKAN & di LACURKAN oleh DAP, PKR....

    hancur..hancur...patutlah jadi PARTI AJARAN SESAT...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.