PAS membangun bersama DAP

on Tuesday, January 19, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kewujudan budaya 'cah keting' dalam Pas membuktikan parti tersebut tidak mempraktikkan ajaran Islam sebenar, malah lebih teruk daripada UMNO yang dicemuh selama ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia nyata serius sehingga memaksa Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa khusus memohon perlindungan Allah agar menjauhkan parti berkenaan daripada amalan tersebut.

Katanya, amalan itu turut membuktikan Pas bukan sahaja sama seperti parti lain, malah lebih teruk daripada itu.

"Lebih baik jika Nik Abdul Aziz berdoa untuk diri sendiri, keluarga dan menantunya agar tidak menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyelewengan daripada berdoa untuk 'cah keting'," katanya selepas merasmikan Perkasa Negeri Johor di sini semalam.

Menurutnya, jika 20 tahun dahulu Nik Abdul Aziz sering berdoa untuk kesejahteraan rakyat Kelantan tetapi kini beliau terpaksa berdoa untuk 'cah keting' agar amalan itu tidak terus berleluasa dalam parti.

"Ini semua kerana Pas tidak lagi membangun bersama Islam, tetapi membangun bersama DAP," katanya.



Komen PB

Inilah akibatnya apabila Islam dipinggirkan oleh PAS dan memilih membangun bersama DAP , kini rahsia berlakunya cas keting dalam parti mereka selama 20 tahun ditutup telah terbongkar . Siapa yang dok cas keting Nik Aziz ini ?? Adakah dari team Erdogan dan pro muzakarah ?? atau Nik Aziz sendiri yang takut kuasanya tergugat di Kelantan .

Kenapa Nik Aziz takut sangat dengan cas keting ?? Mungkin cas keting pada pemimpin lain Pok Nik tak ambik kisah tetapi cas keting ini menuju ke kerusi beliau sendiri .. haha


One Response

  1. Pas tak sunyi daripada masalah - Nik Aziz

    KUALA LUMPUR 18 Jan. - Isu 'cah keting' atau cantas-mencantas yang ditimbulkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin merupakan satu bentuk peringatan bahawa Pas tidak sunyi daripada menghadapi masalah seperti itu.

    Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, sebagai sebuah parti Islam, tidak bermakna masalah tersebut tidak boleh berlaku di dalam Pas.

    Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak di dalam parti itu, sama ada di peringkat kepemimpinan atau ahli agar kembali kepada perjuangan asal iaitu menegakkan syiar Islam di negara ini.

    "Secara peribadi saya tidak hairan masalah ini boleh berlaku dalam Pas kerana keadaan yang sama juga pernah berlaku ketika zaman Sahabat Rasulullah iaitu Saidina Ali.

    "Pada zaman itu berlaku kekacauan. Kemudian ada seseorang bertanyakan kepada Saidina Ali mengapa kekacauan ini boleh berlaku lalu Saidina Ali berkata ini disebabkan aku mempunyai pengikut seperti kamu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau mengulas pengakuan terbuka Nik Abdul Aziz bahawa wujud budaya 'cah keting' dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

    Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ketika memberi reaksi berhubung isu tersebut turut mengesahkan kewujudan amalan itu di dalam parti berkenaan.

    Menurut Salahuddin, perbuatan tersebut tidak dapat dielakkan kerana ahli-ahli Pas juga merupakan manusia biasa yang mempunyai kekurangan.

    Dalam pada itu, Roslan meminta semua pihak lebih bertanggungjawab dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan serta menjejaskan nama baik parti.

    ''Inilah cabaran yang terpaksa kita hadapi. Saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan semua agar lebih istiqamah dengan perjuangan agar kita tidak menjadikan manfaat keduniaan sebagai matlamat,'' katanya lagi.

    10SBH - Ayat2 sebegini yang mengelirukan rakyat. Adakalanya, apabila tersepit dlm satu2 isu,Nik Aziz slalu gunakan kisah nabi atau ayat quran lalu menampakkan PAS ini Islam hakiki yang sntiasa BENAR dlm setiap tindakannya. Tapi apabila berkait isu ISLAM dalam UMNO, tidak pula dia gunakan kaedah gini,malah dihentam lalu didoanya pula Pemimpin UMNO jd CILAKO.

    RAKYAT KELIRU!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.