Guruh dan halilintar di mesyuarat Exco Pemuda UMNO bagi tahun 2010

on Friday, January 29, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Ikut ceritanya timbul ‘ guruh dan halilintar ‘ semasa mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia di ibupejabat UMNO di PWTC petang Khamis.


Kalangan Exco Pemuda dikatakan panas berdebat tentang prestasi kepimpinan pergerakan itu dan hala tujunya selama ini yang dianggap oleh sesetengah pihak agak lesu. Malah ada seorang Exco yang naik angin sampai mencabar kepimpinan Khairy.

“Suasana mesyuarat semalam memang panas sikit” kata satu sumber yang layak dipercayai kepada Agendadaily pagi Jumaat bila ditanya desas desus yang berlegar tentang hal itu.

Difahamkan suasana panas itu timbul semasa mereka menilai prestasi Pemuda UMNO setakat ini.
Sebelum ini memang sudah terdengar desas desus ada kalangan Exco yang tidak puashati segala macam.

Dalam pada itu Khairy dikatakan menghadapi suasana sukar ekoran ada sebahagian dalam barisan Exconya terdiri dari penyokong Datuk Seri Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. Namun semasa sidang akhbar berlangsung selepas mesyuarat tiga jam berkenaan suasana nampak macam tenang-tenang saja.


Khairy serius berbincang dengan Naibnya Datuk Razali Ibrahim


Beliau memulakan sidang media dengan memberitahu perancangan pemuda untuk kempen menambah jumlah keahlian sebanyak dua kali ganda dari jumlah tahun.

Menurut Khairy, bukan sekadar penambahan ahli, namun dua syarat penting keahlian telah dapat dipenuhi iaitu pertama, kualiti yang melalui proses latihan dan kedua, kuantiti ahli.Beliau lebih menekankan soal kualiti ahli yang perlu melalui proses latihan, program politik dan program lain yang boleh mengisi semangat perjuangan untuk ahli baru pergerakan pemuda UMNO.


“Ianya akan menjadi penanda aras (KPI) terhadap pencapaian Pergerakan Pemuda.” Tegas beliau.

Persoalannya, bolehkah Pemuda mencapai dua kali ganda penambahan keahlian sedangkan pemuda itu sendiri telah dilihat tiada penyatuan dan bermasalah.Bagi menjawab hal itu, Khairy tidak menafikan ada tanggapan itu namun beliau positif bahawa dalam keadaan begitu pun Pemuda mampu memperolehi 25,000 ahli mengatasi sayap-sayap lain maka dengan usaha pemantapan gerak kerja yakin akan dapat melipat kali ganda jumlah tersebut.

Ketika diminta mengulas kedudukan Pergerakan Pemuda UMNO hari ini terutama dikalangan barisan kepimpinan, Khairy jelas membayangkan suasana dalam mesyuarat itu agak ‘panas’ bila beliau berkata, banyak bincang soal gerakan, program, kelemahan dan apa yang perlu diperbaiki.

“Saya amat berpuashati dengan perbincangan hari ini, kita dapat banyak pandangan dan juga imput kepada menambahbaik pengurusan pentadbiran dan gerakan pergerakan pemuda. Saya yakin tahun ini setelah kita merancang beberapa aktiviti dan program yang kita umumkan pada masa akan datang, gerakan pemuda itu akan nampak lebih jelas dan kemas.Banyak perkara kita dapat bincang secara terbuka hari ini dikalangan exco,” tambah Khairy.

Menyentuh sokongan di kalangan Exco-Exco Pemuda yang dikatakan menyesakkan beliau dalam mengurus insititusi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy menjelaskan bahawa beliau telah meminta supaya merapatkan barisan di peringkat kepimpinan tertinggi pemuda.

“Saya melihat walaupun ada beberapa pandangan dan teguran namun komitmen kita untuk bersatu memang amat tinggi.” Katanya.

Ditanya komitmen dikalangan Exco untuk memantapkan Pemuda, Khairy berkata, “semua dalam Exco Pemuda termasuk saya sendiri, pucuk pimpinan pemuda umno dan ketua-ketua Pemuda negeri perlu penambahbaikkan dari segi kerja kita. Kalau kita sudah rasa selesa maka kita takkan dapat buat apa yang mahu kita buat iaitu untuk memastikan generasi muda bersama dengan kita.”

Katanya, “usaha ke arah penambahbaikkan kerja kita sendiri maka itu amat positif. Saya rasa semua exco pun ada ketetapan dan menyatakan komitmen akan turun ke bawah, akan turun ke bahagian dan bahagian angkat masing-masing. Saya telah memberi komitmen pada biro dan sebagainya, saya rasa kita melihat ke depan dan tidak lagi toleh ke belakang selepas ini.”


Menjawab soalan 10 bulan selaku Ketua Pemuda dan kekangan yang dilaluinya, Khairy memandang perkara itu bukan kekangan tetapi dilihat dari sudut tanggungjawab politik kerana tahun lepas banyak masa dihabiskan untuk membantu gerak kerja pilihan raya kecil, perhimpunan dua kali tahun lepas dan kursus, ianya lebih kepada asas tanggungjawab kita.

Menurut Khairy, pada 2010 ini, dengan pelancaran Juara Rakyat, parti induk pun baru nak bergerak dari segi kesan parti untuk mendekati rakyat dan saya harap pemuda akan dapat bersama dengan Presiden parti untuk pastikan Juara Rakyat ini ada kesan dan juga penglibatan pemuda tapi bukan melepaskan batuk ditangga tetapi penglibatan yang betul-betul dirasai.

Mengenai tanggapan Pemuda UMNO semakin lesu dan lemah, Khairy berkata, “ini bukan soal makin lesu dan lemah tapi soal tanggapan dan soal penyusunan strategi yang memerlukan masa, inilah untuk kita mula bergerak.

“Saya harap selepas ini dapat dilihat Pergerakan Pemuda sejauhmana kita dapat bantu Presiden kearah penambahan ahli dan penambahan sokongan orang muda terhadap Pergerakan Pemuda.” ujarnya.-29/1/2010


sumber : agenda daily

Link

Exco minta Khairy lepaskan jawatan KP UMNO - mykmu.net


3 Responses

  1. bungaraya says:

    Tidak bolehkan Khairy mengembeling tenaga muda dalam UMNO kepada satu program yang dirancang dan diujudkan oleh dirinya sendiri selaku ketua pemuda UMNO Malaysia. Jangan harap kepada rencana dan program yang telah diujudkan oleh UMNO induk. Itu namanya bukan pemuda perkasa. Khairy harus kreatif dan harus bisa mengujudkan programnya sendiri yang lebih tangkas dan gagah berani mengharungi suasana kekecohan politkik masa kini. Khairy umpamanya harus ingat di Menara Gading sana masih majoriti mahasiswa anti establishment. Apakah ada rancangan beliau untuk memberikan kesedaran kepada mereka. Jangan terlalu berharap kepada Naib beliau sahaja. Beliau harus gagah dan berjaya mencerminkan kepada masyarakat bahawa selama ini kenaikan beliau bukan kerana bapak mertuanya.

  2. Anonymous says:

    bdk yeob ( kini exco pemuda msia ) pernah bertugas sebagai pencari fail shj di bernama...lama2 pandai lah buat surat dan bercakap2 psl politik.( mungkin dia dgr2 org sembang2 dkt kantin masa time lunch kot2).pastu menempik2 tepi siku tgku adnan ..maka di lantik lah sebagai setiausaha akhbar di kem perlancongan.bukan ada apa pun keja dia cuma pg2 buka utusan malaysia tgk2 cerita2 kot2 ada pasal tgku adnan je......sejak kerja d c2 dia dh buka dada lah kena org2 politi di seluruh malaysia..maka bertanding lah dia membawa dr khir joyo..utk menjadi kp msia.dia pula menang tanding exco msia xtau lah perwakilan mn yg sokong dia walahhualam..mungkin dia org xkenal dia ne sgt jdi undi lah dia je exco..

  3. Anonymous says:

    jd lennon,
    susah untuk berdiri diatas kaki sendiri......... dulu takpe, pak lah ada.... buktikan diri kamu seorang pemimpin yang iklas dalam perjuangan parti.. kepimpinan pemuda lebih banyak menyepi... kita lihat bagaimana menghadapi isu-isu nasional, nampaknya pemuda pas lebih ke depan drpd umno... adakah sindrom lesu yang pernah lahir drpd kepimpinan hishamudin akan diteruskan.... apa pun syabas saya ucapkan kerana saudara berani tampil sebagai panel dalam forum pas tidak sebagaimana hishamuddin...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.