Penutupan TUDM Sungai Besi & kebodohan PAS

on Tuesday, October 9, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Apabila isu penutupan TUDM Sungai Besi dimainkan pembangkang terutama PAS di haprak daily kononnya negara kehilangan lokasi strategik keselamatan di dalam bandar KL ,  mereka jelas tidak mengetahui  akan hal sebenar mengenai pengkalan udara itu  .

Pergi la mana-mana pengkalan udara TUDM yang lain seperti di Butterworth , ada ke kita boleh lihat aktiviti di dalang pengkalang itu ?  Di Sungai Besi, semua boleh dilihatjelas dan ia cukup merbahaya kerana muda terdedah kepada unsur  sabotaj .

Ikuti penerangan mengenai TUDM Sg Besi ini dari blog MOM




9. Ia merupakan sebuah pengkalan tentera udara yang agak strategik kerana terletak hampir dengan Kuala Lumpur. Selain Sungai Besi, ibunegara juga dihimpit dengan lapangan terbang tentera di kawasan Kampung Melayu, Subang.


 10. Saya pasti salah satu dari landasan udara ini mesti dikekalkan kerana dalam peperangan atau bencana, ia akan menjadi “life line” kepada penduduk warga ibukota sebagaimana sejarah pernah mencatatkan kepungan Berlin oleh Soviet di mana tentera bersekutu seperti Amerika Syarikat dan Britain terpaksa menghantar bekalan keperluan harian kepada penduduk Berlin melalui udara (anda boleh semak mengenai operasi ini di internet, Berlin Blockade).

 11.Walaupun ia strategik pada satu ketika dahulu tetapi kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan lebuh raya dan ibunegara bakal membenarkan macam-macam perkara untuk berlaku seperti sabotaj dan hal-hal kecemasan lain yang mungkin membahayakan kedudukan penempatan disekitarnya.

 12.Sejarah sendiri sudah membuktikan bahawa lapangan tersebut pernah disabotaj tetapi ceritanya saya tidak ingat bagaimana (rasa-rasa ada kaitan dengan komunis).

 13.Kedudukan lapangan terbang yang terbuka, hampir dengan masyarakat am serta laluan utama negara membolehkan sebarang aktiviti pemantauan terhadap lapangan terbang tersebut dibuat dengan mudah. 

14.Dipercayai terdapat bunker atau terowong bawah tanah yang menghubungkan Istana Negara dengan pengkalan udara tersebut.

 KEPENTINGAN LABU 

 15.Pada masa sekarang pengkalan TUDM di Sungai Besi hanya tinggal sebagai tempat operasi helikopter dan pengkalan itu berkongsi landasan dengan Unit Udara Polis DiRaja Malaysia serta beberapa kelab penerbangan persendirian.

 16.Apa rahsia yang boleh disimpan di pengkalan TUDM Sungai Besi kerana umum boleh melihat dengan jelas aktiviti di pengkalan udara tersebut.

 17.Sebuah pengkalan tentera udara merupakan satu kawasan yang sulit dan penuh rahsia, jadi tidak wajar Sungai Besi dikekalkan.

 18.Ini boleh dilihat melalui pengkalan TUDM Subang, di mana aktiviti penerbangan sukar dilihat oleh masyarakat luar walaupun pengkalan itu berkongsi landasan dengan pihak awam.

 19.Jadi bagaimana ada sesetengan pihak yang mengatakan lapangan terbang TUDM Sungai Besi masih relevan pada hari ini? Jika ratusan atau ribuan mata boleh melihat segala pergerakan pesawat dan aktiviti tentera di dalam apron pengkalan, bayangkan dalam masa peperangan nanti??? Macam mana nak sorok rahsia pergerakkan tentera dan pesawat.

 PERANCANGAN DI LABU 

 20.Saya tidak tahu apa yang akan dirancang jika TUDM mempunyai pengkalan tentera udaranya yang baru, mungkin kita akan menyaksikan lebih banyak tempat penyimpanan pesawat yang lebih baik dan kalis letupan seperti yang ada di Gong Kedak.

 21.Mungkin di Labu, fasiliti pengkalan TUDM yang baru ini akan mampu menampung pendaratan yang lebih selamat oleh pesawat yang besar seperti A400M, Hercules C130 atau pun jet pejuang Sukhoi. 

22.Saya berpendapat, TUDM memerlukan pengkalan baru dan kemudahan ini mesti disesuaikan dengan kemasukkan pesawat-pesawat bersifat strategik yang bakal memasuki inventori TUDM iaitu Airbus A400M. 23.Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang bakal mempunyai pesawat pengangkut bersifat strategik.

 24.Kebanyakkan negara di rantau ini masih lagi menggunakan pesawat Hercules C130 yang berada di bawah kategori pesawat pengangkut taktikal.


 25.Besarlah harapan rakyat Negeri Sembilan untuk melihat sebuah pengkalan TUDM didirikan di Labu, lagi pun negeri ini menampung sebilangan penempatan ketenteraan yang strategik untuk pertahanan negara seperti Kem Syed Sirajuddin di Gemas dan juga Port Dickson.

 26.Jika pengkalan TUDM Labu membolehkan A400M berfungsi, mudahlah Angkatan Tentera Malaysia mengerakkan aset-aset beratnya dengan menggunakan pengkalan udara tersebut kerana A400M berkemampuan membawa beban yang lebih banyak dari yang mampu dibawa oleh Hercules tanpa dilihat dengan jelas oleh pihak luar.

 KEHILANGAN KEM DALAM BANDAR 

 27.Apalah yang ramai orang dok merapu…yang hilang adalah pengkalan TUDM Sungai Besi tetapi ada cadangan untuk mengekalkan landasan pendaratan untuk kemudahan helikopter dan juga pesawat kecil. 

28.Kem Sungai Besi yang menempatkan pasukan tentera masih lagi dikekalkan, apa mereka ini tidak tahukah bahawa pengkalan TUDM Sungai Besi dan Kem Sungai Besi adalah dua entiti yang berbeza, jadi tidak perlulah “SPIN” atau politikkan cerita-cerita sebegini. - MOM


3 Responses

  1. el halim says:

    yang saya tahu kem itu dipindahkan berhampiran dengan lapangan terbang subang

  2. Anonymous says:

    Ini pun 1 sengal jugak .. dah tau aktiviti kat pengkalan tu terbuka nape tak ubah suai agar tidak nampak ..

  3. 2017 skrg...Betul la Pas ckp...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.