Suami tangkap isteri berkhalwat dalam kedai pakaian...

on Wednesday, October 17, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




GOMBAK: Temberang seorang lelaki yang pura-pura bersolat bagi mengelak daripada dicekup berkhalwat dalam sebuah bilik di kedai menjual pakaian milik pasangannya di Selayang, dekat sini, kelmarin, tidak berhasil apabila dia tersalah arah kiblat.

 Lelaki 46 tahun itu dan pasangannya yang berusia 37 tahun, dicekup suami wanita berkenaan selepas curiga dengan kehadiran lelaki terbabit dalam kedai isterinya yang ketika itu tertutup.

 Menurut sumber, sebelum kejadian si suami yang berusia 37 tahun mahu menjemput isterinya keluar makan pada jam 12 tengah hari, namun berasa pelik apabila mendapati kedai isterinya tertutup seolah-olah tidak beroperasi.

 “Mengesyaki ada sesuatu tak kena, si suami masuk dalam kedai, tetapi masih tidak menemui isterinya. Dia kemudian ke sebuah bilik di bahagian belakang dan menemui kasut isterinya diletakkan di tepi pintu.

 “Lelaki itu memanggil isterinya dan mengajaknya keluar makan tengah hari, namun wanita itu enggan, malah memberitahu dia akan pergi sendirian kerana ada urusan perlu diselesaikan,” katanya.- HMETRO


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.