DAP & Dong Zhong malu besar Malaysia negara iktiraf pendidikan Cina

on Wednesday, October 17, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pergi la cari mana-mana negara dalam dunia di luar negara China yang mengiktiraf pendidikan Cina . Hanya negara Malaysia yang  ditadbir oleh pemimpin Melayu  mengiktiraf pendidikan kaum yang bukan majoriti rakyat negara .

Tak perlu pergi jauh , tengok di Singapura, yang majoriti Cina serta Indonesia  ..ada ke dapat pengiktirafan seperti Malaysia ?

Itu pun juak-juak chauvinis seperti DAP dan Dong Zhong tak reti  bersyukur lagi. Mereka  menghasut &  membakar semangat kaum Cina bahawa kerajaan Malaysia tidak adil terhadap pendidikan bangsanya .


Semasa sidang Parlimen baru-baru ini juga,  mereka menyerahkan memorandum kepada PM mengenai tuntutan mereka kononnya menyelamatkan pendidikan orang Cina . Dalang nya sudah tentu parti chauvinis DAP yang mana kita tahu sentiasa memainkan  isu pendidikan Cina .

Hari semasa PM ditemubual radio Cina , beliau seperti mengajak masyarakat kaum Cina ini agar kembali ingat   apa yang dibuat kerajaan Malaysia  selama ini  yang mana telah mengiktiraf pendidikan Cina berbanding negara lain di luar China .




Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri yang menggambarkan ia sebagai kepentingan besar, berkata tiada satu pun negara di rantau ini, sebagai contoh, mengiktiraf pendidikan Cina.

 "Kita adalah satu-satunya negara di luar China yang mempunyai pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Kita telah mengiktiraf pendidikan Cina di Malaysia, dan saya fikir ia adalah besar, mempunyai kepentingan yang besar.

 "Sila lihat dalam konteks itu, dalam perspektif bahawa kita telah mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem (pendidikan) kebangsaan, katanya semasa sejam diwawancara oleh penyampai radio Melody FM, stesen radio Astro berbahasa Cina kedua, di sini hari ini.

 Najib merupakan tetamu stesen radio itu untuk segmen 'Melody FM Morning Boss' bersama penyampai Chui Ling dan Jentzen Lim. Perdana menteri menjawab soalan yang diajukan oleh seorang daripada penyampai radio itu berhubung usaha Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia atau lebih dikenali sebagai Dong Zong tentang pendidikan Cina. 

 Najib menjelaskan bahawa ketika beliau memegang jawatan menteri pelajaran, beliau telah menggugurkan Seksyen 21(2) Akta Pendidikan 1961 yang membenarkan menteri untuk menukar sekolah rendah jenis kebangsaan menjadi sekolah rendah kebangsaan.

 Ini, katanya, menunjukkan kerajaan ikhlas dalam mengiktiraf pendidikan Cina. Beliau juga berkata kerajaan mengiktiraf kewujudan 60 sekolah persendirian Cina. "Selebihnya ialah sekolah akuran. Dalam lain perkataan, mereka mengambil peperiksaan kebangsaan," katanya. 

 Najib juga berkata kerajaan menggunakan penyelesaian yang kreatif berhubung permintaan komuniti Cina di Kuantan untuk mewujudkan sekolah Cina, baru-baru ini. "Kami kata, anda boleh wujudkan sekolah, dengan syarat anda (pelajar) mengambil (peperiksaan) SPM tetapi jika anda mahu mengambil Unified Examination Certificate (UEC), terpulang kepada anda. 

 "Jadi mereka membuat keputusan untuk menerima tawaran itu. Oleh itu ia akan menjadi sebuah sekolah menengah, pelajar harus mengambil SPM tetapi mereka juga mengambil UEC, sebagai tambahan kepada SPM. Jadi ia adalah situasi sama menang," katanya. 

 Menjawab soalan daripada pendengar, Najib berkata beliau telah mengumumkan RM100 juta peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara dalam Belanjawan 2013. Beliau juga berkata 50 pelajar terbaik daripada sekolah menengah persendirian Cina juga diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. 

 Berhubung kekurangan guru di sekolah rendah Cina, Najib berkata pelan lapan perkara untuk mengatasi isu sekolah Cina sedang dilaksanakan sekarang. 

 "Ia di bawah skop timbalan menteri pelajaran dan beliau sedang memastikan ia dapat dilaksanakan," katanya. Najib juga berkata sekolah vernakular atau bahasa sendiri, termasuk sekolah Cina, akan menjadi sebahagian daripada pelaksanaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di bawah Rangka Tindakan Pendidikan Kebangsaan. 

 "Saya percaya kita tidak mempunyai apa-apa stigma. Anak saya, Ashman, sendiri fasih bertutur bahasa Mandarin. "Saya percaya adalah baik untuk orang Melayu belajar bahasa Mandarin seperti mana pentingnya bagi rakyat Cina Malaysia untuk fasih berbahasa Melayu yang tentunya bahasa kebangsaan kita," katanya. - Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.