Persamaan antara Dr Maza & Anwar Ibrahim...

on Monday, October 1, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




1. Anwar Ibrahim orang Pulau Pinang, Maza juga orang Pulau Pinang..

 2. Anwar Ibrahim lahir dan membesar dalam keluarga UMNO, bapanya seorang Ahli Parlimen UMNO dan ibunya, Ketua Wanita UMNO di Pulau Pinang sebelum nampak seperti Pro-PAS sewaktu di kampus dan zaman ABIM. MAZA pula adalah proksi PAS di Kolej Islam Kelang (KIK) sewaktu di asrama sekolah menengah dan juga ketika mengambil ijazah di Jordan sebelum nampak seperti Pro-UMNO sewaktu memegang jawatan Mufti.

 3. Anwar Ibrahim rapat dengan Dato' Asri Muda sewaktu Pro-PAS dan sebelum Anwar isytihar masuk UMNO sehinggakan Asri Muda offer jawatan Presiden PAS pada Anwar. MAZA pula rapat dengan Shahidan Kassim dan UMNO Perlis sewaktu nampak Pro-UMNO sehingga dapat jawatan Mufti Perlis dan title Dato'.

 4. Anwar dulu antara pengasas awal Badan Revolusi Ugama di MCKK dan ABIM, MAZA pengasas PAS di KIK dan Jordan. MAZA juga tubuh dan asaskan Ilmuwan Muda UMNO (ILMU).

 5. Anwar Ibrahim cipta masalah kepada UMNO dengan demonstrasi dan kebangkitan Islam, MAZA cipta masalah kepada PAS dengan idea taat kepada pemerintah walaupun zalim sewaktu jadi Mufti sehingga digelar Bapak Setan oleh Dr Badrul Amin.

 6. Anwar Ibrahim jadi hero kepada UMNO lawan idea kebangkitan Islam yang dulu dia mulakan sewaktu pimpin ABIM guna penerapan nilai-nilai Islam, MAZA jadi hero sekarang ini kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk lawan ulamak muda UMNO pasal idea taat pemerintah walaupun zalim, (sebelum dia jadi Mufti, ustaz mana pun tak pernah sebut benda ni, MAZA yang mula promote taat pemerintah zalim di Utusan dalam kolum Minda Mufti sekarang dia pulak konon tunjuk hero tak setuju fahaman ni).

 7. Anwar Ibrahim hantar kawan-kawannya seperti Tuan Haji Mohamad Sabu, Arwah Ust. Fadzil Noor dan Haji Hadi dalam ABIM masuk PAS, MAZA hantar Fatul Bari dan Fazlan Osman masuk UMNO melalui ILMU.

 8. Anwar Ibrahim hantar orang sahaja masuk PAS, tapi dia sendiri pun tak masuk PAS, MAZA hantar orang saja masuk UMNO tapi dia sendiri pun tak masuk UMNO.

 9. Anwar Ibrahim tak rujuk ulamak ABIM untuk tidak masuk PAS dan lepas tu masuk UMNO, MAZA tak rujuk ulamak Wahabi untuk tidak masuk UMNO, dan kemungkinan besar tidak rujuk ulamak Wahabi jika mau masuk PAS.

 10. Anwar Ibrahim mula-mula nampak Islamik, selepas itu nampak pro-Amerika Syaitan Besar dan pro-Barat bila dah berkuasa. MAZA mula-mula nampak Islamik dan sekarang mula cenderung kepada Barat bila dah popular.

 Inilah 10 persamaan antara Anwar Ibrahim dan MAZA.

Seharusnya, pencinta ahlul bayt, pendokong UMNO dan juga penyokong PAS mesti berwaspada. Penyokong PAS boleh berasa gembira kejap, tapi mereka mesti lihat huru-hara dicetuskan oleh Anwar kepada UMNO bila Anwar tidak dapat apa yang dia nak dan mencantas siapa-siapa yang menghalang kenaikan pantasnya dalam UMNO. Sebelum datang bahaya, perlu dicantas dulu apa yang patut.

 Ali Reza Ahmed Askari

sumber : GAP


One Response

  1. Anonymous says:

    yang tulih ni syiah

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.