Mat Sabu tak tahu Mat Indera mengaku anggota Komunis !

on Wednesday, October 10, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Penyunting buku "Berdialog Bersama Chin Peng", yang diterbitkan pada 2004, Dr Karl Hack memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bahawa Mohamad (Ahmad) Indera atau Mat Indera mengaku dirinya adalah anggota komunis. Hack, yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah di Universiti Terbuka United Kingdom, berkata demikian selepas merujuk kenyataan Mat Indera ketika ditahan pada Oktober 1952 selepas mengetuai serangan terhadap polis di Balai Polis Bukit kepong, Johor pada 23 Feb 1950.

 Beliau berkata penangkapan Mat Indera pada 14 Okt 1952 di Kampung Seri Medan, Batu Pahat adalah dengan kerjasama rakan lelaki itu yang bernama Mat Tukyo dan pihak polis.

 Hack berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang mewakili Mohamad Sabu, pada perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden Pas itu terhadap Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan). Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu, menamakan Utusan Melayu dan Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Aziz Ishak sebagai defendan.

 Dalam penyataan tuntutan, Mat Sabu mendakwa defendan dengan niat jahat telah menerbitkan tiga artikel berbaur fitnah berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong. 

 Mat Sabu mendakwa penyiaran artikel itu secara tidak langsung menggambarkan beliau penyokong komunis kerana mengiktiraf Mat Indera dan telah keluar daripada ajaran Islam.

 Terdahulu, ketika menyambung keterangannya, Mat Sabu berkata beliau tidak pasti matlamat sebenar Parti Komunis Malaya (PKM), yang mula bertapak di Tanah Melayu sebelum merdeka.

 Pada prosiding hari ini, mahkamah menerima dua fail mengandungi dokumen berkaitan kenyataan Mat Indera, yang direkod dan disahkan oleh polis, sebagai bahan bukti. Perbicaraan di depan Hakim Datuk Seri Zakaria Sam ditangguhkan sehingga 2 Januari 2013. - BERNAMA


 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.