Tiada siapa dipaksa hadir kenduri anak Ketua Menteri Melaka

on Wednesday, October 3, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menolak dakwaan jamuan perkahwinan anak lelakinya diadakan secara mewah. Ketika dihubungi, Mohd Ali yang sedang dalam lawatan kerja ke Indonesia berkata beliau tidak boros.

 “Adakah murah untuk menganjurkan majlis? Majlis perkahwinan itu dilihat gah kerana jumlah mereka yang hadir adalah ramai,” katanya.

 Sementara itu, pegawai khas kepada Mohd Ali, Datuk S. Mahadevan berkata orang ramai hadir pada majlis itu kerana mereka mahu memberikan ucapan tahniah kepada pengantin lelaki, Mohd Ridhwan, 26 dan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, 26.

 “Tiada siapa dipaksa untuk menghadiri majlis tersebut, termasuk kakitangan kerajaan negeri,” kata Mahadevan pada Selasa. Majlis perkahwinan itu diadakan di Dewan Tun Ali Bukit Katil di sini, pada Ahad. Sebelum ini, pemimpin pembangkang menggesa Mohd Ali mendedahkan kos yang dibelanjakan pada majlis perkahwinan anaknya dan daripada mana sumber kewangan tersebut diperolehi.

 “Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya.

 “Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan,” kata Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan membantu dalam majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.

 Majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka itu heboh selepas dilaporkan memecahkan rekod ‘Malaysian Book of Records’ dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam. “Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut,” katanya. Beliau turut menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Mohd Ali itu turut diperolehi secara percuma. – MStar


4 Responses

  1. Anonymous says:

    pelik la puak pembangkang nie...kalo majlis di buat tertutup pastu jemput vip je dikatekan lak xmesra rakyat, sombong la n mcm2 yg buruk2...bile majlis open to public dikate kn lak boros....mcm mne la puak2 nie nnt kalo jd pemerintah...huru hara pentadbiran...ckp belit2...

  2. anwar says:

    Puak pembangkang nie beng0ng..minx ja0h la puak pmbangkang nie perintah negara..

  3. Anonymous says:

    Benar apa yg dikatakan oleh Datuk S.Mahadevan,aku salah seorang sukarelawan pada ari tu,Kami tidak dipaksa oleh sesiapa pun dan kami tidak dibayar satu sen pun kerja yg kami lakukan.Pembangkang ni taktau nak bezakan yg mana politik yg mana majlis kenduri kahwin ke?Kenduri kahwin semua orang buat gotongroyong,dimana saja dikampung2 pun ramai yg hadir,itu dikampung2,apalagi yg buat kenduri tu Ketua Menteri lagilah ramai orang datang,rakyat pun nak tengok wajah pemimpin secara live.Taktaulah pembangkang buat kenduri semua kena bayar kot?Hangpa tak mai tu hangpa punya pasai,aku tau seboleh2nya hangpa nak tengok majlis ni gagal(tak ramai orang hadir)Ini majlis dirikan masjid,dirikan masjid ni Allah suka,taktaulah pulak hangpa tak suka kuttt.....Sekali lagi wahai yg cakap tak serupa bikin.KAMI TIDAK DIPAKSA DAN TIDAK DIBAYAR,KAMI BUAT DGN SUKARELA PADA MAJLIS PERKAHWINAN ANAK DATUK ALI.KAMI TAKMAU BERBOHONG,KLU BERBOHONG DAPAT PAHALA,ARI2 AKU NAK BERBOHONG,NI DAPAT DOSA NAK BUAT APA.Buka sikit minda tu jgn nak hentam orang aje.lu bikin hati petugas2 panassss.....

  4. Anonymous says:

    Kenapa pembangkang bising? Pemimpin seperti Ali Rustam patut jadi contoh kerana beliau tidak sombong terhadap rakyat jelata. Walaupun terserempak di meja makan warung ikan bakar beliau datang menyapa bertanya khabar walaupun tidak kenal. Berbeza dengan sikapTimbalan Presiden PAS yang tinggal di Seksyen 19 Shah Alam yang tak nampak batang hidung semasa jiran berdekatan buat kenduri kendara. Ramai penduduk di Seksyen 19 Shah Alam yang berjiran dengan Mad Sabu kurang senang perangai Mad Sabu yang sombong tidak menegur sapa jiran yang datang ke majlis perkahwinan anak perempuannya. Sudahlah majlis itu bising beberapa hari dipenuhi orang PAS membuat persediaan majlis kahwin anaknya dulu. Jiran pula kebanyakan tidak dijemput melalui kad hanya disampaikan melalui pengumuman di masjid saja. Tapi sebagai jiran kita orang pergi jugalah, sayang sekali muka Mad Sabu serius tak mahu senyum pun dengan jiran-jiran yang hadir pada hari itu. Kali kedua dia kahwinkan anak lelaki di dewan MBSA Seksyen 19 barulah ada jemputan dihantar melalui kad kosong yang tidak ada nama dimasukkan dalam peti surat jiran-jiran. Ada yang pergi beri tahu tidak ramai jiran yang pergi kahwin anak lelaki Mad Sabu di dewan MBSA. Majlis pun tidak ceria. Bila majlis perkahwinan pemimpin BN pandai pulak pemimpin PAS bising sebab begitu meriah. Yang salah adalah mereka sendiri yang hanya pandai mencari kesalahan pihak lain.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.