Ahli Parlimen BN dedahkan AES untuk kaut keuntungan !

on Thursday, October 18, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PENGGUNAAN Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sekali lagi menghangatkan Dewan Rakyat apabila Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bertegas mahukan sistem itu dikaji semula bagi mengelak kemarahan rakyat. Malah beliau menyifatkan pelaksanaannya tidak lebih kepada mencari keuntungan semata-mata, sedangkan matlamat AES mengurangkan kemalangan.

 “Saya lihat ada kawasan tidak sesuai (dipasang AES)... laluan dengan had laju 110 kilometer sejam (kmj), turun kepada 80 kmj dan tiba-tiba turun dari kawasan bukit, sudah tentu kena saman.

 “Papan tanda yang dipasang pun tidak sesuai, sebagai contoh ada kawasan yang dipasang papan tanda ‘awas lembu’, tetapi kawasan itu tidak ada lembu pun,” katanya ketika mencelah sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, membabitkan Kementerian Kerja Raya yang dibacakan oleh menterinya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, semalam.

 Mohamad pada masa sama mencadangkan antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuk lokasi pemasangan kamera, papan tanda selain menaikan kadar had laju daripada 110 kilometer sejam (kmj) kepada 130kmj di lebuh raya.

 Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, beliau bersetuju untuk mengkaji semula perkara itu dan akan membawanya kepada Jemaah Menteri. “Untuk makluman Dewan, tujuan AES kerana sayangkan rakyat, tetapi ada perkara yang boleh diperbaiki seperti kawasan yang orang tidak tahu di situ cuma boleh bawa 80kmj.

 “Jadi saya tidak keberatan bawa perkara ini kepada Jemaah Menteri mengenai rungutan rakyat,” katanya. Terdahulu Shaziman ketika menggulung perbahasan itu bagi kementeriannya berkata, penentuan had laju sama ada di jalan raya atau lebuh raya ditentukan oleh faktor seperti reka bentuk jalan, kepadatan aliran trafik dan risiko kemalangan.

 “Justeru, sememangnya terdapat lokasi tertentu apabila kadar had laju terpaksa dikurangkan berbanding kadar had laju kebangsaan iaitu 110 kmj bagi lebuh raya dan 90 kmj, Jalan Persekutuan.

 “Manakala isu saman perangkap had laju membabitkan AES, perkara ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan,” katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.