PKR menuju kehancuran , 1700 ahli PKR Pdg Serai keluar parti

on Monday, May 10, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

panglima PKR kesayangan Anwar kini ditolak ahli PKR Pdg Serai


gobala sibuk bela Anwar saja bukannya rakyat di kawasannya sendiri

KULIM 10 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila kira-kira 1,700 ahlinya di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu malam tadi mengisytiharkan keluar parti kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan mereka khususnya Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Diketuai pemimpin PKR Padang Serai, K. Letchumanan, mereka menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah di Paya Besar, Lunas, dekat sini.

Hadir sama pada majlis ialah setiausaha BN Kedah Datuk Paduka Rodzai Sufian, Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew, setiausaha Umno Kedah Datuk Ir Nawawi Ahmad dan pengerusi MIC Kedah S. Ananthan.

Letchumanan, pengusaha bas ekspres berkata mereka mengambil keputusan keluar parti kerana bosan dengan janji kosong pemimpin PKR terutama anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang disifatkan "cakap tak serupa bikin."

Katanya mereka yang keluar parti itu ialah dari 10 cawangan iaitu Jalan Kuta Raja (Paya Besar), Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara (Sungai Kob), Taman Sungai Kob, Taman Ria, Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai dan cawangan Padang Buluh dan Dublin Pusat di kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu.

Ahmad Bashah mendakwa ramai lagi penyokong dan anggota PKR dan PAS di Kedah dijangka keluar parti untuk menyertai BN tidak lama lagi.

Ananthan yang juga Ketua MIC Kulim/Bandar Baharu berkata perkembangan itu menunjukkan masyarakat India di Kedah telah sedar kesilapan mereka menyokong pakatan pembangkang.

Katanya Pusat Khidmat Masyarakat MIC DUN Lunas di Taman Cekur Manis telah menyelesaikan lebih 2,000 masalah yang dihadapi penduduk.



Komen PB

Pastinya PKR akan menyatakan tindakan mereka yang keluar ini tidak menjejaskan parti PKR di kawasan itu . haha ini ayat longkang yang selalu dimainkan PKR bila ada ja ahli mereka yang keluar parti.

Lihat lah bagaimana tindakan ahli mereka yang keluar di Hulu Selangor seperti Dr Halili sehinggakan Zaid Ibrahim tumbang kepada Kamalanathan . Cakap cakap besar sangat Parti kelentong rakyat .. rakyat kini sudah sedar PKR tidak membela nasib rakyat pun tetapi hanya la untuk kepentingan politik dan Anwar Ibrahim .


One Response

  1. Anonymous says:

    sungguh pun ada penghijrahan ahli pkr sebanyak tersebut itu pada mic namun dun lunas masih belum selesa untuk bn.ini kerana dalam parlimen padang serai ada berita tak bangus.umno padang serai bergaduh sesama sendiri.mca ada gaduh juga dan kumpulan yang wujud sekian lama.mic pun kalut juga.gerakan lena dalam mimpi/macam tak ada je.ppp lagi kesian dianak tiri dalam bn.harap ipf yang berdikari.majlis hari itu pun yang pasang bendera ahli ipf lah.mic dan ppp tak ambil tahu.umno cari nama sahaja.fikirlah dun lunas.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.