Laporan polis untuk ceramah menghasut Nizar bangsat !!

on Saturday, May 1, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

3 Kaum Melayu utama negara Malayu , Cina dan India membuat laporan polis
mendakwa Nizar menyampaikan ucapan berbaur hasutan dan boleh memecahbelahkan
perpaduan kaum ketika kempen di PRK HS


SHAH ALAM 30 April - Tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Bekas Menteri Besar Perak itu didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet.
Laporan ke atas Mohammad Nizar itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada pukul 1.15 tengah hari tadi oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M.Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh.
Zulkarnain berkata perbuatan menghasut orang Cina di penempatan Cina adalah perbuatan politik yang melampau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Nizar itu berniat jahat.
"Kalau nak menang pun jangan ganggu keharmonian antara kaum di Hulu Selangor. Orang luar bawa kebencian boleh membangkitkan masalah antara masyarakat,” katanya kepada pemberita.
Ramesh pula berkata beliau tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Mohammad Nizar pada ceramah itu kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.
Chan pula berkata kenyataan Mohammad Nizar boleh mengeruhkan hubungan antara kaum dan kerajaan mesti mengambil tindakan tegas. - Bernama


2 Responses

  1. Anonymous says:

    kalau dah bersahabat dengan dap kafir makan babi, tonggang arak hari-hari, inilah jadinaya.

    lagipun dalam pas mana ada perlembagaan nak tubuh negara Islam, nak laksana hukum hudud.

    Itu sebab nizar sekarang menyalak nak jadi hero dap. Jangan tak tau, nizat ni memang ada keturunan cina yang makan babi.

  2. Anonymous says:

    PB- chingaykah atau wayang nampak pelek sangat.baru habis baca kuthbahkah?.melayu baru yang diperkenalkan zaman TGNA.cantiklah tu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.