Guan Eng tidak tahu tadbir negeri dan tiada idea majukan ekonomi negeri

on Friday, December 4, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


mereka tiada idea majukan ekonomi PP tetapi sudah 27 lawatan ke luar negara dengan jumlah perbelanjaan RM 500,000 Mana hasilnya yand dicapai ??


PULAU PINANG 2 Dis. - Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) menyelar kerajaan negeri pakatan pembangkang kerana tidak mempunyai perancangan menyeluruh untuk memajukan ekonomi di Pulau Pinang terutamanya sektor hartanah yang menjanjikan keuntungan.

Beliau berkata, perkara itu jelas dalam ucapan Bajet 2010 oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng sambil menegaskan sektor tersebut sepatutnya diberi keutamaan kerana ia mampu bergerak cergas sekali gus menyumbangkan pendapatan yang tinggi kepada Pulau Pinang.

''Sektor hartanah boleh memainkan peranan penting untuk memacu ekonomi negeri ini dan ia berbeza dengan negeri lain kerana sektor ini tetap berdaya maju dan mempunyai daya saing walaupun berlaku kemelesetan ekonomi dunia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2010 pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya banyak projek perumahan dan komersial dilaksanakan di Pulau Pinang, maka kadar cukai tanah akan meningkat dan ia dapat menjana cukai taksiran serta hasil bayaran perkhidmatan yang tinggi.

Namun, katanya, daripada pengamatan beliau, kadar pembangunan hartanah di negeri ini didapati jauh ketinggalan berbanding Kedah, Perak dan Perlis.

''Inilah padahnya apabila mempunyai sebuah kerajaan negeri yang tidak kompeten, tidak telus dan tidak bertanggungjawab tetapi hanya asyik tahu beretorik dengan gagasan international city yang nampak gah tetapi hakikatnya pencapaian kosong," katanya.

Sementara itu, Datuk Jamsin Mohamed (BN-Sungai Dua) menyifatkan ucapan bajet Ketua Menteri itu seperti 'masuk bakul angkat sendiri' kerana Guan Eng hanya tahu memuji dirinya sendiri sedangkan kejayaan yang dicapai boleh dikira dengan jari.

Pada masa sama, beliau juga menafikan dakwaan Guan Eng kononnya kerajaan negeri tidak mendapat kerjasama dan bantuan sepatutnya daripada Kerajaan Persekutuan.

''Itu tidak benar sama sekali kerana Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan projek bernilai RM7.6 billion kepada Pulau Pinang tetapi apa yang menjadi masalah ialah apabila ada projek tidak dapat dilaksanakan kerana tiada kerjasama kerajaan negeri," sindirnya.

Beliau turut membidas sikap Ketua Menteri yang suka mencari gaduh dengan Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan di Pulau Pinang berhubung isu penyediaan tempat duduk pada satu majlis di Bukit Bendera dan isu pembangunan projek Taman Botani.

''Mengapa beliau mahu bergaduh dengan pegawai Kerajaan Persekutuan, itu semua buang masa sahaja. Kerajaan negeri sepatutnya memberi kerjasama supaya projek-projek itu dapat dilaksanakan dengan segera," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.