Beliau berkata, walaupun terdapat pengunjung yang sudah berumur, semangat mereka demi perjuangan UMNO tidak pernah luntur.

“Saya tersentuh melihat begitu ramai berkumpul untuk sama-sama menghadiri dan mendengar usul serta perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

“Ada yang dah berumur, datang dari jauh nun pedalaman berkampung di PWTC. Walaupun mungkin kudrat mereka dari segi fizikal sudah kurang berupaya, semangat mereka demi perjuangan UMNO tidak pernah luntur walau sedikit pun,” katanya menerusi laman Facebook milik beliau hari in