Datuk Musa beri amaran Presiden & Timbalan henti berkelahi #Umno2015 #PAU2015

on Friday, December 11, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



KUALA LUMPUR - Perwakilan Umno Pulau Pinang hari ini memberi amaran kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar segera berbaik serta berhenti berkelahi sekiranya tidak mahu digantikan.

Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perwakilan Umno serius dalam memberi ingatan itu kerana mereka sayangkan kedua pemimpin dan parti itu.

"Hari ini, kami di bawah nak beri nasihat kepada yang di atas ini. Ini bukan main-main. Kalau tak boleh buat, dok berkelahi lagi, kami di bawah ambil alih di atas ini.

"Jangan main-main dengan kami. Pegang jawatan, buat elok-elok. Tolong presiden. Biar presiden buat keputusan, yang lain ikut. Timbalan presiden, naib presiden bantu presiden. Jangan dok jadi batu api," katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), di sini, hari ini.

Menurutnya, ahli-ahli Umno telah letih dengan kemelut yang melanda parti itu apabila orang nombor satu dan nombor dua parti asyik berperang.

"Di bawah ini ada penyokong presiden, timbalan presiden dan majlis tertinggi tapi kami sebulat suara mahu yang di atas ini baik semula.

"Selepas ucapan penangguhan, kita nak presiden, timbalan presiden dan naib presiden berpeluk di atas ini, di depan kami," katanya yang disambut sorakan dari para perwakilan.

Beliau turut menasihatkan Muhyiddin agar tidak lagi menjadikan Najib, 1MDB mahupun derma RM2.6 bilion sebagai modal 'roadshow' sebaliknya memikirkan cara untuk memastikan BN menang dalam pilihanraya akan datang.

"Kami perwakilan minta supaya (ada) perpaduan di dalam ini. Dulu yang di atas ini nasihat kita, saya nak pinjam perkataan daripada Tok Mat Hassan, Pengerusi perhubungan Negeri Sembilan. 'Jadilah garam, jangan jadi langau'. Ketam ini dia suruh anak jalan betul tapi tapi sendiri jalan tak betul.

"Timbalan presiden, selepas keluar dari bilik ini, jangan ada 'roadshow' lagi. Nak buat 'roadshow', datang ke negeri-negeri. Jangan cakap soal presiden, 1MDB, cakap soal nak perkasakan Umno, macam mana nak bagi menang pilihanraya.

"Kalau bercakap lagi, balun lagi, kami boleh balun 10 kali. Jangan sampai kami buat keputusan buat mesyuarat khas," katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli Umno agar tidak mempertikaikan cara Najib mencari dana untuk parti itu.

"Presiden nak jadi presiden, cari duit bagilah pada kita. Tapi bila dia cari duit, tak payah pertikai dia nak ambil mana...kuda nak bagi ke, dunia luar ke, dunia atas langit ke, 'biaq pi kat dialah'. Dia jaga kita, sudah. Kita ada sistem, tak payah nak pertikailah.

"Presiden pun tak payah dok cakaplah duit ambil mana. Kami pun tak nak tahu. Tak payah dok cerita tentang 1MDB, RM2.6 bilion. Buat rugi masa kami saja nak dengar. 'Cemuih' dengar.

"Yang tak faham itu bukan tak faham tapi buat-buat tak faham. Tiap-tiap perdana menteri, presiden ada cara sendiri. Cara presiden dulu, cara presiden dululah cari duit. Cara presiden sekarang, cara presiden sekaranglah, cari duit. Yang kita nak pertikai sebab apa?," katanya.

Beliau juga memberitahu selama menyertai PAU sejak awal penglibatannya dengan Umno, beliau akui hari ini pertama kali merasakan debaran menantikan apa yang bakal berlaku di atas pentas susulan ketegangan antara du pemimpinnya itu.

Beliau sempat memohon maaf kepada Muhyiddin sebelum mengingatkan agar Muhyiddin tidak membawa penyokong untuk bersorak kepadanya seperti yang berlaku pada persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri, semalam.

"Saya pergi tengok semalam, Pemuda, Wanita, Puteri. Minta maaf timbalan presiden, saya orang lama. Saya ikhlas apa yang saya cakap untuk kebaikan parti.

"Ini semalam, saya lihat Tan Sri Muhyiddin...tak payahlah...Timbalan presiden orang nombor dua dalam Umno, betul tak? Nak masuk ke (persidangan) Pemuda, Wanita Puteri, tak payah dok bawa penyokong 'huhahuha', malu kita," katanya.

Semalam, kemunculan Muhyiddin ke persidangan ketiga-tiga sayap disambut dengan meriah dek sorakan dan laungan 'hidup Tan Sri' serta 'ALLAHUAKBAR'.-SH


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Dia pukul sama rata. Semua dia boh. Duit haram pun dia nak sapu jugak. Dah ada pepatah dr dulu... jumpa bangsa gelap ni dan ular, balun depa dulu !! Ular... biaq lepas p..

  2. aku melayu says:

    Orang tua nama MUSA ni dia tak adil bila bercakap pasal najib TSMY,, kenapa cakap pasal penyatuan bila menyebelahi sebelah pihak jee...kenapa asyik hentam TSMY JER...dan kenapa sebelah najib tahap dewa,,,persoalan nya apa tuan presiden tiada langsung melakukan kesalahan..kaji balik punca permasalahan ini terjadi,,,bukankah persengketaan ini berlaku dari perangai sang presiden yang tidak telus....dan wahai orang tua MUSA sebagai seorang yang dikatakan expert berpolitik katanya..tidak anda sepatutnya menjadi orang yang paling layak untuk memberi nasihat yang berguna kepada mereka berdua..anda terlalu menghrapkan di sebelah pihak sahaja kerana disebelah sana ada kuasa....SEdarlah pak musaa umno kini telah berpecah dua ..sebelah pihak menyokong sebelah pihak tidak...kalau diikut pada pandangan tuan kalau begini berterusan bolehlah umno memerintah kembali selapas pru 14,,,ramai orang diluar meramalkan mereka tidak akan memangkah umno seandainya mereka masih dalm raguragu lagi,,dan ada segolonggan orang umno secara terangterangan akan memangkah pas,,,jadi pak musa dinasihat kan untuk menjadi orang tua yang kami pandang tinggi pandagannya dari bersifat BATU API...

  3. Unknown says:

    Kalau tak kau tahu dari mana duit mari.
    Apa nak jawab di hadapan ALLAH swt di kemudian hari.
    Jangan pandang ringan.

  4. Anonymous says:

    malang sungguh mentaliti ketua bahagian ni.dapat duit ahli jangan sibuk2 tanya.klau macam tu duit haram pun boleh.nak cakap piak pikir guna otak.bebal betullah.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.