Nepotisme dihalalkan , Najib pertahan anak Nazri jadi Pegawai Khas Menteri !!

on Friday, August 16, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjelaskan mengenai kedudukan anak, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Nadem yang disenaraikan sebagai seorang Pegawai Khas di pejabat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
Kata Perdana Menteri beliau difahamkan anak menteri itu bukan pembantu rasmi yang dibayar kerajaan.
"Saya difahamkan bukan pembantu rasmi, hanya membantu secara tak rasmi. Takde pun dalam senarai sebagai pembantu menteri yang dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan," katanya
Beliau memberitahu tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan.
Perdana Menteri berkata, apa yang tidak dibenarkan adalah sekiranya ia melibatkan pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan.
"Kalau sukarela dan bukan anggota pejabat menteri, kita tiada halangan.
(Boleh jika) dia bantu dari segi program dan tak melibatkan sebarang pembayaran kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan, Pelancaran Pelan Integriti Felda dan Majlis Hari Raya di Felda Sungai Tiang di Pendang Jumaat.
Menjawab soalan lain Najib menjelaskan tiada keperluan untuk Ahli Parlimen mengisytiharkan harta.

Ini,katanya kerana mereka tidak mempunyai kuasa eksekutif.

Menurut beliau hanya anggota pentadbiran diminta untuk mengisytiharkan aset mereka supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuat pemeriksaan.

Perdana Menteri kata Ahli Parlimen boleh menjalankan aktiviti perniagaan selagi ia tidak melibatkan sebarang konflik kepentingan

Najib diminta ulas kenyataan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Datuk Johan Jaaffar yang mencadangkan semua ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) perlu mengisytiharkan harta setiap tahun kepada SPRM bagi membuktikan komitmen terhadap perang melawan rasuah.-


Komen GPB

Kalau anak Nazri tak dibayar elaun kerajaan  dan hanya menjadi pegawai tak rasmi , mengapa namanya ada di dalam senarai lengkap pegawai di Kementerian Pelancongan ?? 


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Lepas ni boleh la semua menteri letak anak masing2 kat pejabat. Pengarah2 atau bos jabatan letak anak masing2 kat pejabat. Amalan dan sikap menteri mcm ni amat bertentangan dgn komitmen MB Kedah yg tidak mau mlibatkan keluarga wp bagi peluang perniagaan. Zaman Dr. M memerintah dulu pun, selama 22 tahun pun xde langsung anak2 beliau ditonjolkan atas prinsip kepemimpinan melalui teladan. Rakyat langsung x kenal anak2 beliau selama beliau mjadi PM.

  2. Anonymous says:

    Emak,bapak, anak dalam PKR, DAP dan PAS tak ada pulak orang bising?

  3. Anonymous says:

    Si Ah Jib Gor tak kata salah tak kata okay,PM yang lembik ni cuma bagi guideline polisi kerajaan sahaja. Dia kata kalau tak official tak pa tapi nama anak Nazri dalam portal Kementerian as the 8th powerful guy in the ministry.

    Biasa lah golong elitist akan cover sesama sendiri. Ah Jib Gor pun naik sebab nama bapa dia jadi dia faham Nedim pun nak naik guna nama Nazri.

  4. Anonymous says:

    Si Ah Jib Gor dah buka 'floodgate' kepada semua menteri untuk bagi jawatan2 kepada semua kaum kerabat mereka dan membubuh nama2 mereka dalam laman portal official kementerian jawatan2 mereka. Nanti bila rakyat complain kepada PM terlalu banyak bini2 dan anak lelaki dan perempuan menteri dalam pejabat,menteri akan jawab 'tapi boss bini2 dan anak2 saya tak ambik gaji dari gomen!!! Sial lu Ah Jib Gor,lu sudah menghalalkan kan sistem Feudal,bila golongon bangsawan boleh mewariskan jawatan dan kuasa kepada anak2 mereka. Kalau macam tu buat apa ada PAU oktober ini kerana mereka dah di pilih dahulu kala dan boleh transfer jawatan mereka kepada anak2 mereka.

  5. kepada yang sebut emak bapak takda orang bising..kesian plak kat anda. boleh tak bezakan KERAJAAN MALAYSIA dengan PARTI POLITIK? kalau boleh tahniah..anda berjaya keluar dari kelompok itu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.