Kolej Insaniah : Mr Bean PAS hanya banyak cakap bukan selesai masalah !!

on Wednesday, August 21, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments

Tidak perlu mengulas tohmahan pembangkang yang mengaitkan kerajaan negeri dengan isu Kolej Universiti Insaniah (Insaniah).

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, tidak mahu memberi tindak balas kepada dakwaan kononnya kerajaan negeri lemah dalam mengurus Insaniah kerana mahu memberi tumpuan kepada gerak kerjanya.

“Saya rasa kita tidak perlu respon kepada kenyataan mereka. Saya cuba tidak terlalu banyak bercakap.

"Saya ingat, rakyat dapat menilai apa prestasi kerja kita dan bukan menilai apa yang dicakap oleh pembangkang.

“Mereka boleh bercakap dan bercakap, tetapi tidak boleh menyelesaikan masalah,” katanya pada sidang media, semalam.



Ketika mengulas dakwaan pembangkang untuk mendedahkan minit mesyuarat yang didakwa ada kaitan kerajaan negeri dan Insaniah Holdings, beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan terhadap perkara itu.

“Mereka boleh mengeluarkan minit mesyuarat itu tetapi kalau ikut prosedur, ia adalah rahsia.

“Mereka juga lebih tahu sebenarnya mereka yang menjadi punca masalah ini (Insaniah). Kita cuma mewarisi masalah dan sekarang ini tanggungjawab menyelesaikan masalah terletak pada bahu kerajaan negeri,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah turut menasihati pembangkang tidak membangkitkan banyak perkara kerana tidak mahu mengaibkan mereka dengan pendedahan pada masa akan datang.


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Mahfuz aka badut ni keja dia sbg wakil rakyat buat keja guna ayaq lioq basi dia je. Kepala hotak tonggong dialah yg kata kerajaan negeri skrg lemah. Dh le baru 100 hari lebih je memimpin takkan le dah boleh selesaikan taik yg depa buat? gila punya org...

  2. Anonymous says:

    BETUUL....
    EMPTY VESSEL MAKES THE MOST NOISE....
    COME GO FOR LAUNCH.......

  3. Anonymous says:

    as salam

    seorang rakan sekerja di pejabat (dia orang PAS) sebok mengatakan bahawa mukhriz akan jual KUIN...betul ke??

    dia kata "susah payah azizan perjuangkan KUIN dulu - now mukhriz pulak nak jual legacy azizan"

    yg saya tahu - azizan ada berpesan kepada mukhriz utk menjaga dan memajukan KUIN serta meneruskan aktiviti ceramah mingguan di kediaman rasmi MB kedah semasa mukhriz melawat azizan di hospital penang

    dan saya pasti mukhriz akan menjaga amanah azizan tersebut

    tapi kaum PAS akan percaya ke dgn pertemuan serta komunikasi yg berlaku diantara mukhriz dan azizan tersebut (yg nampak sungguh akrab seumpama seorang anak dan bapanya)??

    ~wangsa~

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.