HABISLA .. KDN DAH BUAT GILA , NAK DEDAH NAMA KUMPULAN GANGSTER !!

on Monday, August 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ia akan diumum dalam waktu terdekat selepas proses pewartaan selesai dibuat.
“Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.
“Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah,” katanya.
Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.
“Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak,” katanya.


Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang.
“Tumpuan turut diberikan di seluruh negara dan polis sudah bersiap sedia untuk bertindak kerana telah menghidu beberapa lagi jenayah terancang yang akan dilakukan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan keseluruhan rakyat lebih penting daripada menjaga jumlah mereka yang akan dikenakan pemakaian peranti pengawasan elektronik (EMD).
“Dalam hal ini bukan soal hak asasi manusia tetapi bagaimana identifikasi untuk menentukan keamanan itu dapat dilaksanakan di negara kita,” katanya.
Beliau mengulas mengenai EMD yang akan digunakan ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), menerima kritikan pihak tertentu.
EMD bertujuan mengesan suspek jenayah terancang dan kejam bagi memastikan mereka tidak melakukan jenayah lain semasa dalam jaminan. – Bernama


6 Responses

  1. 04 - penang, kedah & perlis
    05 - perak
    07 - johor
    03 - lembah kelang
    06 - n9
    012 - maxis
    019 - celcom

    negeri2 & telco lain, tambah sendiri la.

  2. Anonymous says:

    Sudah pasti nama waytamoorty paling atas.

  3. Anonymous says:

    Amik ko.. kali ni bru dpt Menteri KDN yg Jantan lagi TEGAS. No more Amaran dan kacau keje Polis mcm KerisModin.
    Syabas buat POLIS dan Menteri KDN. Mana boleh nk hapuskan taring Polis dgn bg rakyat xrasa gerun dgn POLIS. Klu xde gerun jd mcm skrglah sesuka hati langgar undang2. Sama je mcm puak berok BERSHIT, skrg main lah dgn polis Bukit Aman terus. Polis2 Negeri mana2 pegawai2 yg main duit dgn Taukeh2 kongsi Gelap tunggulah akan terbongkar jugak..

  4. Anonymous says:

    .
    ..
    ...

    Tahniah KDN.
    Senaraikan dan publisitikan nama Kongsi Gelap yang membawa mudarat kepada negara. Berikut adala petunjuk agar KDN dapat kenal pasti senarai utama harus di tangkap.

    1. Kongsi Gelap.
    2. Kongsi Terang ( Rasuah )
    3. Kongsi Kelabu ( Cronies )
    4. Kongsi Sex ( Ambiga & Gang LBGT)
    5. Rumah Kongsi 
    6. Kongsi Kongkek ( Rumah Perlacuran )
    7. Kongsi Tunjuk ( Alvin & Vivian )
    8. Kongsi Kurang Ajar ( Namawee anak haram )
    9. Kongsi Fitnah ( DAP Red Beans )
    10. Kongsi Tipu ( Ketua Umum Aljubs )

    Definasi Kongsi ini banyak - jika perhalusi hanya Salleh Yaakop sahaja yang merupakan Ahli Kongsi yang halal dan patut di contohi...Kongsi Suami.

     Apa pun...tahniah.

    .

    .

    ...

  5. Anonymous says:

    .
    ..
    ...

    Tahniah KDN.
    Senaraikan dan publisitikan nama Kongsi Gelap yang membawa mudarat kepada negara. Berikut adala petunjuk agar KDN dapat kenal pasti senarai utama harus di tangkap.

    1. Kongsi Gelap.
    2. Kongsi Terang ( Rasuah )
    3. Kongsi Kelabu ( Cronies )
    4. Kongsi Sex ( Ambiga & Gang LBGT)
    5. Rumah Kongsi 
    6. Kongsi Kongkek ( Rumah Perlacuran )
    7. Kongsi Tunjuk ( Alvin & Vivian )
    8. Kongsi Kurang Ajar ( Namawee anak haram )
    9. Kongsi Fitnah ( DAP Red Beans )
    10. Kongsi Tipu ( Ketua Umum Aljubs )

    Definasi Kongsi ini banyak - jika perhalusi hanya Salleh Yaakop sahaja yang merupakan Ahli Kongsi yang halal dan patut di contohi...Kongsi Suami.

     Apa pun...tahniah.

    .

    .

    ...

  6. Anonymous says:

    102 tu lagi cekek darah, mengenakan caj yang tak manasabah. tu genster berdaftar dah halal.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.