Khairy bidas janji populis Rafizi turunkan harga kereta

on Thursday, July 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Tawaran pembangkang untuk menurunkan harga kereta sekiranya berjaya mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti akan melumpuhkan sektor pengangkutan awam negara. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, langkah berkenaan sekaligus akan membantutkan usaha yang sedang dijalankan kerajaan bagi menaiktaraf sektor pengangkutan awam.

 "Kerajaan pada hari ini sedang berusaha meningkatkan kualiti pengangkutan awam melalui proses penambahan kepada Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) serta sistem perkhidmatan komuter dan bas.

 "Perkara ini tidak dikaji oleh pembangkang. Mereka hanya beri janji populis untuk kurangkan harga kereta," katanya pada sidang media di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

 Selain itu Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berkata, cadangan itu akan turut mengakibatkan kadar kesesakan lalulintas meningkat secara mendadak apabila rakyat tidak lagi memilih untuk menggunakan pengangkutan awam.

 "Saya ingin melihat lebih ramai yang menggunakan pengangkutan awam supaya kita dapat mengurangkan kesesakan di jalan.

 "Tetapi mereka (pembangkang) tidak fikir kepada implikasi kesesakan. Ini menunjukkan janji yang dibuat ini adalah secara spontan semata-mata untuk memancing undi dan populis yang saya yakin merupakan janji yang tidak bertanggungjawab," katanya.

 Pada Selasa, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berkata, pembangkang akan melakukan rombakan terhadap Dasar Automotif Negara dalam usaha untuk menurunkan harga kereta sekiranya berjaya mentadbir Putrajaya selepas PRU-13. Katanya, menerusi penstrukturan semula dasar itu ia akan mengurangkan beban hutang rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah rakyat.


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Satu cadangan BOBOOOOOO!!!!!!!!!!!!sekarang pun jalanraya dah sesak oi!pengangkutan awan dah x berapa boleh cari makan,nampak je cerdek,fikiran macam orang darjah 5 tahun 1959.Ingat orang Malaysia ni gila kereta ke,benda lain pun ada yang amat perlu wahai bakal pemimpin berotak palsu!

    Daripada menurun buah kelapa
    Baik kita memburu kelawar
    Daripada menurunkan harga kereta
    Baik turunkan BENDERA PKR.

  2. Anonymous says:

    pengangkutan awam ni cekap kat bandar saja,kat luar bandar macam mana??memang BN tak pentingkan langsung kebajikan rakyat.Keta viva dah jadi lebih mahal dari subaru impreza,apa cerita.

  3. Danial says:

    Saya pun orang UMNO juga tapi cuba fikirkan sebab AP isu ni kereta Proton dan Perodua pun dikenakan cukai eksais sampai harganya 85% dpd harga sepatutnya. Sepatutnya harga Saga SE tu 20k lebih jer, paling tinggi pun patutnya 30k. Apa halnya rakyat sendiri pun kena cukai eksais 85%?

    Kereta import jangan cakap la, sampai 150%(kena cukai import dan duti eksais)



    Kalau korang nak tau termasuk korang yang kuat menyokong BN (aku pun sokong BN juga tapi bukan semua dasar-dasar BN aku sokong, majoriti aku sokong tapi kita kena fikir juga, mana yang tak baik tu kondem la, takkan nak terima semua, kalau korang diam diri, sokong membabi buta , tunggulah kejatuhan BN)

    Pengangkutan awam tu yang gah tapi belum effisyen sepenuhnya tu cuma ada KL saje, kat bandar lain mcm JB, Alor Star, Ipoh mana ada?

    khidmat bas pun masih takuk lama, kalau korang nak tau kat tempat asal aku, Bas datang 45 minit skali tu pun kalau datang, biasanya bas datang sejam lebih skali.

    Itupun kalau drebar bas tak buat lencongan ke tempat lain. Itu kat bandar besar, macam mana pulak kat pekan kecil macam Rembau, Jelai, Pekan Nanas, Pontian, Batang Berjuntai, Sabak Bernam, Bagan Laut, Bagan Lalang, Morib, Segamat, dan lain-lain macam Semporna, Tawau dll?

    Itu la pasal teksi sapu ni beratus kat pekan-pekan kecil. Bas tak cekap, terpaksalah naik kereta sapu.

    Kepada sesape penyokong BN jangan la

    Memang patut kerajaan hapuskan duti eksais pada kereta lokal macam Proton dan Perodua tapi bukan mendadak terus slash 150% pada kereta import.

    Memang kesan buruknya akan jadi hebat. Macam Pak Lah naikkan harga minyak daripada rm1.90 kepada rm2.80, meletup naik harga barang-barang keperluan, bukan tu aje semua naik.

    Apa yang kerajaan patut buat ialah turunkan dari tahun ke tahun contohnya tahun pertama 15%, tahun kedua 15% lagi dan seterusnya.

    Beli Viva pun bayar RM35,000, kalau takda eksaiz korang boleh bayar rm25,000 jer, baki rm10,000.00 tu boleh buat downpayment beli rumah kos rendah, sewakan tiap-tiap bula ada gak income-taraf hidup pun bertambah baik

    Korang tak kira lagi hutang rm35,000 total hutang kena bayar rm45,000. Korang rugi rm20,000 berbanding kalau hrga Viva lebih rendah. Aku cakap pasal Viva sebab ramai yang mampu beli motor jer, boleh beli Viva kalau harganya basic Viva RM20k++

    Korang tak tengok ke kat kg-kg dan pekan kecil, yang naik motor bertiga mak , bapa dan anak kat tengah tu ramai? KL jangan la ckp memang ada LRT, MRT, Komuter, ERl, tempat lain?

    Itu yang patut kerajaan buat, korang jangan la terima bulat2 apa yang KJ tu cakap, Soi Lek atapun Shafie Apdal tu cakap, walapon korang ni penyokong BN , buka la mulut sikit, bagi suara, kalau korang tak bersuara Pakatan la yang bersuara.

    Korang tau tak yang paling takut kalau kerajaan turunkan eksais dan cukai ni ialah tokeh-tokeh kedai kereta dan pemegang AP yang dah pun kaya-raya hasil keistimewaan AP yang diorang dapat.

    Agaknya si KJ tu tak tengok pengangkutan awam kat Rembau tu macam mana. Kobau pun banyak kat sana...

  4. Anonymous says:

    HARGA MOTOR MEMANG KENA TURUNKAN SAMPAI BILA RAKYAT SENDIRI HARUS DITINDAS ..TURUNKAN HARGA KERETA MALAYSIA BARU BOLEH BERSAING KESIAN ORANG MALAYSIA MATI KERANA GUNA KENDERAAN TAK BERKUALITI DEMI UNTUK SUPPORT INDUSTRI YANG TAK MENGUNTUNGKAN.
    BAYANGKAN CIRI KESELAMTAN YANG ADA PADA KENDERAAN MOTOR KERETA IMPORT YANG PADAN DENGAN HARGANYA.

  5. Anonymous says:

    janganla dijadikan isu politik sedangkan rakyat makin tertindas. pada pendapat saya sememangnya patut dasar automotif diperbaik termasuklah dasar pemilikan rumah. pernahkan anda terfikir kenapa kita perlu membuat pinjaman perumahan sehingga 40 tahun bagi harga rumah yang sama harganya dengan sebuah kereta camry?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.