Uncle Seekers rupanya penagih dadah Morfin ..

on Friday, July 6, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Hussein mendapati beliau positif dadah jenis morfin. Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Syed Abdullah pada pukul 1.25 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

 "Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan itu.

 Dua hari lepas, Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya. Penangkapan beliau yang turut dikenali dengan gelaran ’Uncleseekers’ bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya. - BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.