Datuk Zaini jadi mangsa spin oleh pakar spin Malaysiakini !

on Sunday, July 15, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Jika kita berada di dalam dewan Hotel Regency Kuala Lumpur pagi Sabtu dalam mengikuti forum bertajuk Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat, kita akan dapati ia merupakan forum biasa yang topiknya dibahaskan oleh dua ahli panel yang pakar dalam bidang masing-masing. Ada Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan dan seorang lagi Ulama muda Ustaz Fathul Bari Mat Yahaya. Tiada siapa yang menyedari peliknya forum itu sehinggalah portal pro pembangkang Malaysiakini melaporkan dengan tajuk besar

"Wartawan Utusan ajar 'putar' (spin) fakta". 

 Saya yang berada di dalam dewan tersebut tidak pulak sedar di mana yang Datuk Zaini 'ajar' putar fakta? Datuk Zaini dalam ucapannya memberitahu kepada para peserta, sebarang berita sebenarnya boleh digunakan untuk menimbulkan persepsi, kaedah itulah yang digunakan oleh jentera propaganda PR selama ini termasuklah kaedah blatant-lie.

 Malaysiakini petik sebiji-sebiji apa yang orang lama dalam dunia kewartawanan tersebut cakap adalah "Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan. Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini. 

Di mana salahnya?

 Seperti dalam dewan itu juga, ada macam-macam perkara yang dibangkitkan oleh pembahas juga peserta, tapi Malaysiakini PILIH untuk 'spin' isu spin tu juga.

 Seronoknya portal berita yang selalu kaki spin isu dimainkan pembangkang untuk gambarkan Malaysia ini negara haru biru pilih untuk spin soal itu. Yang pertama program tersebut namanya Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan, dan forum tersebut adalah mengenai macam mana hendak menangani persepsi yang ditimbulkan pembangkang.

 Program sepagi itu kumpul lebih kurang 600 peserta dari seluruh Wilayah Persekutuan dan ini merupakan konvensyen yang ke sepuluh seumpama itu di seluruh negara. Datuk Zaini dijemput kerana dia pakar media, beliau terangkan macam mana pembangkang bohong, kaedah-kaedahnya dan minta pengguna media sosial pro BN jangan menipu macam pihak pembangkang buat.

 Zaini terang-terang cakap "jangan ikutlah blatant lie" (yang dimaksudkan beliau adalah pembohongan berterusan pembangkang). Macam pembohongan pembangkang selama ini konon Felda bangkap, bertahun-tahun menipu kata Felda bangkap alih-alih Felda disenaraikan di bursa saham dan bagi 'durian runtuh' kepada peneroka, tiba-tiba spinnya sudah berubah, dari Felda bangkap kepada 'durian runtuh' itu patut bagi lebih lagi. Aik... kata bangkap, macam mana hendak bagi lebih... Apa yang Datuk Zaini kata sefaham saya adalah, dalam kita hendak menangani persepsi, ada caranya, kita boleh spin isu, supaya ia memihak kepada kita.

 Spin tetapi tidak bohong. Contoh mudah spin tapi tidak bohong ini adalah dalam bab video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita spin jika lelaki itu bukan Anwar siapa dia? adakah dia pelakon? orang pakai topeng? atau siapa?

 Itu spin, tetapi kita tidak bohong, video itu memang ada, dan satu dunia boleh tengok, lelaki dalam video itu memang seiras sangat dengan Anwar, kita hanya spin isu, bukannya kita reka video tersebut. Atau kita spin, jika Anwar tidak puas hati, mari buat Suruhanjaya Diraja, siasat seiapa lelaki misteri yang seiras sangat dengan dia tapi tibai amoi itu.

 Itu spin isu, tetapi tidak menipu. Masalah dengan pembangkang ini mereka bukan sahaja spin tetapi menipu gambar palsu pun pernah. Ingat kes Tian Chua yang mengaku reka gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tengah 'dinner' dengan Altantuya dan Razak Baginda guna photoshop?

 Tian Chua mengaku selepas heboh diperkatakan mengenai gambar tersebut, dia kata, dia buat suka-suka. Itu dari segi etika, memang tidak beretika langsung.

 Spin atau putar itu memang kerja mana-mana media, tak payah buat bodohlah, tengok CNN, BBC, macam mana mereka SPIN isu perang Iraq, Arab Spring dan lain-lain. Lagi terang bila bercakap dalam ruang lingkup media Pakatan Rakyat atau yang pro mereka, memang spinnya gila-gila sampai benda yang biasa dalam etika kewartawanan tidak lapor pun mereka lapor.

 Ingat lagi kisah wartawan sebuah portal pro pembangkang yang menyamar masuk dalam majlis Puteri UMNO dan lapor apa yang dibicarakan dalam majlis tersebut?

 Itu 14 kali lagi teruk dari spin yang betul. Malaysiakini kerjanya spin saja, dari awal sehinggalah berita pagi tadi, pun spin juga, kerana ada banyak lagi yang diperkatakan oleh kedua-dua ahli panel, tetapi mereka memilih untuk spin isu spin. Sebabnya kita faham-fahamlah sendiri.-14/7/2012- AGENDA DAILY


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.