PAS meroyan bila timbul isu PAS For ALL

on Friday, April 23, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Ramai tahu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang turut dikaitkan dengan Kumpulan Erdogan adalah antara penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam isu Apco Worldwide yang dituduh pembangkang 1Malaysia ciplak 1Israel, Mahfuz antara yang lantang menyerang kerajaan dalam dan luar Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, apabila ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Ketua Pemuda UMNO, KhaIry Jamaluddin mengaitkan PAS mirip sebuah parti politik yang menganggotai pakatan 1Israel, beliau betul-betul melenting.

Malah, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli dan Kuala Selangor, Zulkifli Ahmad turut bangun meminta Abdul Rahman menarik balik kenyataan itu.

Menurut Abdul Rahman, 1Israel adalah pakatan ketika pilihanraya Israel pada 1999.

“1Israel terdiri daripada parti Buruh, parti Meimad dan yang terakhir Gesher yang berjuang untuk agama sama seperti PAS,” kata beliau menyebabkan ahli-ahli Parlimen terlibat dalam pertikaman lidah.

Ahli-ahli Parlimen PAS mendesak agar Abdul Rahman menarik balik kenyataan itu tetapi enggan berbuat demikian kerana kedua-dua parti menggunakan agama sebagai platform mereka.

Bagaimanapun Abdul Rahman akhirnya menarik balik kenyataan itu apabila kekecohan bertambah buruk.

Isu kaitkan PAS dengan Israel tidak berakhir di situ apabila Khairy sekali lagi menyentuh slogan PAS For All sama dengan Israel For All.

Mahfuz yang ditemui pemberita di luar Dewan ketika minta ulas perkara itu, cuba mengelak dengan jawaban berbolak balik.

“Israel For All itu syarikat pelancongan, tak sama dengan PAS For All. PAS parti politik. Itu berbeza dan tidak berkaitan. Itu hujah kebudak-budakkan,” katanya.

Beliau menafikan PAS ciplak slogan dan logo Israel For All.

Malah, katanya beliau tidak tahu pasal isu itu kecuali sejak timbul isu 1Israel dan !Malaysia.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa PAS mencipta sendiri logo PAS For All.

Beliau beri alas an tidak ingat bila PAS For All duujudkan.

Senang cakap cara Mahfuz jawab beliau nak elak PAS dikaitkan dengan Israel kerana bimbang dijadikan isu memakan diri pari itu. -22/4/2010 Agenda daily


3 Responses

  1. Anonymous says:

    PB-nak tutup pekong sendiri,mulalah kaitkan yang bukan-bukan.walau bagaimana pun tak dapat tutup sebab pengetahuan kurang.orang ikut perkembangan dunia,yang merepet ini habok pun tara.
    ukurlah baju dibadan sendiri wahai ahli parliment yang lantang mengutuk 1 Malaysia ini.

  2. Nak tergelak aku semalam tengok lives perbahasan diparlimen melalui TV S'gorr..

    1. Monyet Hitam sipenjual roti Gopala..terjerit2 mengganggu ucapan KJ dan Dato Abd Rahman..dia terdiam setelah speaker menggelarnya sebagai budak kecil tak harus dilayan..kah kah kah..

    2. Si Poko Sena membebel lari daripada tajuk tapi bila ditempelak balik tersengeh sengeh malu..

    3. Sikhalid gereja nak tunjuk lagak..dengan mengganggu percakapan daripada wakil bn..lepas tu dia tersengeh sorang dikerusi bila provok nya mendapat sokongan daripada si mamak roti..dr hatta dan mampus pokok sena..

    Last sekali Nuar terpaksa menarik balik perkataan najib melutut didepan obama setelah didesak oleh wakil BN...tetapi kesimpulan daripada perkara yang berlaku diparlimen melihatkan betapa sempitnya pemikiran MP barisan pembangkang..mereka ini tiada isu untuk diperbahaskan cuma berlagak pandai dan suka mengganggu setiap apa yang diucapkan oleh mp bn ataupun menteri. Meraka tidak menjalankan tugas sebagai saorang wakil rakyat kerana tiada sebarang isu untuk kepentingan rakyat yang diutarakan..cuma diparlimen mereka berlagak lebih terok daripada monyet dizoo negara.

  3. pakngah santan says:

    mahfuz memang cakap macam budak sekolah pasal kelulusan dia pun rendah. kita cuma nak tahu maknanya slogan pas 4 all. apa yang saya faham, slogan ni bermaksud yang pas boleh jadi islam dan jadi kafir dalam sekelip mata.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.