Adun PAS kurang ajar dan biadab pertikai kuasa Raja

on Tuesday, April 27, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Adun PAS yang kurang ajar dan biadap !!
Anak didik Nizar Penderhaka ...



Rakyat Kedah cukup sayang Raja mereka...

ALOR SETAR 26 April – Tindakan seorang wakil rakyat Pas mengemukakan dua soalan kontroversi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini dilihat sebagai seolah-olah cuba mempertikai kuasa Sultan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.

Perbuatan itu dapat dilihat apabila Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) mengemukakan dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu:

# Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?

# Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?

Menyedari perkara itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail kemudiannya bertindak menarik balik soalan tersebut dan mengakui beliau mungkin terlepas pandang selepas menerima bantahan pembangkang.

Bagaimanapun, sebelum soalan itu ditarik balik, sidang DUN menjadi kecoh selama 20 minit akibat pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang.

Ia bermula apabila soalan tersebut disanggah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mencadangkan kepada Abdul Isa supaya membatalkan soalan tersebut.

Ini kerana, menurut Mahdzir, tidak pernah berlaku dalam sejarah sidang DUN Kedah yang membahaskan tentang sejauh mana kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam di negeri ini dan soalan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam.

“Kita tidak perlu penjelasan mengenai sejauh mana kuasa Tuanku Sultan dan kita seolah-olah hendak melibatkan Tuanku dalam masalah ini. Oleh itu, saya cadangkan agar soalan ini ditarik balik,” katanya.

utusan



Komen PB

Nampaknya penyakit kurang ajar iaitu mempertikai kuasa Raja kini merebak kepada PAS Kedah. PB menyeru semua rakyat Kedah membuat bantahan kepada Adun PAS yang biadab ini bagi menunjukkan taat setia kita kepada Tuanku Sultan Kedah .

Cuba kita bayangkan bagaimana kalau Pakatan dapat perintah negara?. Sedangkan zaman BN perintah pun mereka berani mahu menyeret Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke mahkamah untuk disaman kerana tidak puas hati dengan perlantikan Datuk Seri Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak,

Hari ini Kerajaan negeri Kedah sendiri melalui Adun PAS Kubang Rotan pulak pempertikai kuasa Sultan di Sidang DUN Kedah dan juga sebelum ini di PKR HS iaitu Nik Aziz mempertikai larangan ceramah politik dalam masjid oleh Sultan Selangor.

PAS kini sudah buta sejarah bangsa sendiri dek kerana terlampau gila kuasa dan mahu tawan Putrajaya sehinggakan sanggup kurang ajar dengan Tuanku Sultan Raja-Raja Melayu.
PB tahu rakyat negeri Kedah cukup sayang kesultanan Melayu Kedah kerana hingga kini gambar Almarhum Sultan Abd Hamid masih lagi terpampang di kedai2 dan dijual .

PAS dan Pakatan Rakyat harus ditolak rakyat KEDAH !!



4 Responses

  1. Tiada apa yang harus dihairankan..memang daridapa dahulu lagi mereka tidak menghomati sultan..tetapi tidak tersebar luas disebabkan puak mereka kekurangan ahli didalam dewan undangan negeri melainkan di kelantan. sebab itu bila pengaruh mereka dah mula muncul didewan undangan negeri..belang sebenar mereka akan timbul..

    Dahulu kita cuma melihat dikelantan sahaja..tetapi bila perak...selangor ...penang..dan kedah jatuh ketangan mereka...taring yang disimpan mula keluar...pada golongan ini hanya puak mereka sahaja yang betul

  2. Ini roopanya Graduan Universiti Nik Aziz.
    Profesor dia besa cakap,'manusia tak payah cakap terima kasih kepada manusia lain yang buat baik/bagi apa2 kat dia'. Depa ni stakat sambung saja ajaran dia; boleh biadab dengan sapa saja.

  3. Pembangkang sebenarnya saki baki penjajah

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.