MyProcument : Kritikan Tony Pua makan diri balik ..

on Friday, April 16, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR 15 April - Seorang penyokong kerajaan membidas tindakan pembangkang yang mengkritik kandungan portal Pusat Maklumat Perolehan Kerajaan (MyProcurement) sedangkan negeri yang diperintah pakatan pembangkang tidak pun menyalurkan maklumat mengenai perolehan negeri kepada rakyat.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata, portal perolehan yang dibangunkan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor ternyata tidak telus manakala Kelantan dan Kedah langsung tidak mempunyai portal berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyelar tindakan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang sewenang-wenangnya menuduh MyProcurement useless atau tidak berguna ekoran sistem itu tidak menyatakan maklumat seperti kuantiti, spesifikasi dan tarikh dalam sesuatu kontrak.

''Petaling Jaya Utara kata MyProcurement tidak disediakan maklumat seperti tarikh, spesifikasi, dan nombor tender. Saya lihat Pulau Pinang juga tidak ada maklumat seperti ini. Jadi itu pun useless juga.

''Portal perolehan Selangor langsung juga tidak ada maklumat seperti itu, useless juga. Hampir-hampir bloody useless sebab Selangor lebih secretive (berahsia) dari Pulau Pinang. Berbeza dengan MyProcurement, sesiapa saja boleh tengok siapa yang dapat tender," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 di Dewan Rakyat di sini.

Khairy berkata, di Selangor hanya mereka yang berdaftar sahaja yang boleh melayari portal berkenaan.

''Jelaslah kerajaan pakatan pembangkang tidak telus dalam menyatakan perolehan negeri masing-masing kerana tidak semua kumpulan rakyat yang boleh melihat nilai perolehan di negeri-negeri terbabit," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin ketika menggulung rang undang-undang tersebut di peringkat jawatankuasa berkata, pihak kerajaan sentiasa memperbaiki MyProcurement supaya ia boleh dijadikan rujukan oleh rakyat.

''Oleh kerana sistem ini baru diperkenalkan sudah tentu ada kesilapan terlebih kosong dan sebagainya. Kerajaan keseluruhannya akan lebih teliti supaya ia tidak berlaku lagi," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu sidang dewan bahawa kementerian telah membuat semakan mengenai dakwaan yang menyatakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempunyai saham di syarikat judi dan hasilnya ia tidak benar.


One Response

  1. Go KJ Go...padan muka Tony Pua.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.