PENGANTIN WANITA ISLAM MAHU KAHWIN IKUT ADAT HINDU DISERBU JAIS !!

on Sunday, June 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, pagi tadi.
Tinjauan wartawan Harian Metro ke lokasi majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan.
Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut.

Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.

“Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan,” kata sumber.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    wanita melayu ke?klu wanita melayu x menghairankan krn mmg wanita melayu minat dgn lelaki non malay.

  2. Anonymous says:

    Orang islam tak semestinya melayu je.. Hak agama islam bukan orang melayu je.. Bangsa lain pun ada.. Dont jump to conclusions

  3. Unknown says:

    Is that correct to force people to do things that they not interest?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.