NUR JAZLAN SAMAN MALAYSIAN INSIDER KERANA TUDUHNYA TERBABIT KONGSI GELAP !!

on Wednesday, October 9, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed akan mengemukakan saman terhadap penulis artikel, Kim Quek kerana memuat naik artikel yang didakwa memfitnah dirinya mempunyai hubungan dengan kongsi gelap "Tiga Line."
Ahli Parlimen Pulai itu berkata, artikel yang bertajuk 'Will PM Najib exert leadership over errant minister Zahid?' dan dimuat naik The Malaysian Insider semalam tidak mengandungi fakta yang tepat kerana penulis berkenaan hanya mendapatkan maklumat daripada rakaman video yang dimuat naik oleh sebuah portal berita lain.
"Dia (penulis) tidak berada pada majlis itu, dan menulis artikel berkenaan semata-mata berdasarkan video yang dimuat naik dalam portal berita Malaysiakini dengan terus mengaitkan saya terbabit dalam kumpulan kongsi gelap, Tiga Line.
"Saya berada di situ, atas jemputan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan keseluruhan ucapan beliau tidak seperti yang ditulis dalam artikel berkenaan," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Nur Jazlan berkata, beliau juga sudah membaca artikel berkenaan.
Selain Nur Jazlan, penulis artikel itu turut mengaitkan nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah terbabit dalam kumpulan kongsi gelap, Tiga Line.
Nur Jazlan berkata, Taklimat Keselamatan yang diadakan Ahmad Zahid di Ayer Keroh itu adalah untuk pemimpin akar umbi di Melaka dan ia perlu bagi memberikan maklumat terus kepada golongan berkenaan mengenai usaha yang diambil kerajaan dalam memerangi jenayah.
Katanya, taklimat keselamatan berkenaan adalah usaha berterusan Kementerian Dalam Negeri dalam memberikan gambaran sebenar kepada masyarakat akar umbi mengenai tahap keselamatan terkini di negara ini.
"Sebagai Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid jelas memperjudikan keselamatan beliau dan keluarganya, apabila terang-terangan berdepan dengan kumpulan kongsi gelap di negara ini, dalam usaha memastikan ketenteraman awam dipelihara.
"Namun, ada pihak yang cuba menangguk di air keruh, dengan memutarbelitkan keseluruhan fakta dalam ucapan berkenaan dan mendakwa saya serta tiga rakan lain bersama Ahmad Zahid terbabit dalam kumpulan kongsi gelap," katanya.
Beliau turut menyuarakan rasa kesal apabila ada pihak yang cuba bermain sentimen dengan isu keselamatan sedangkan kerajaan berusaha keras dalam memerangi jenayah.
Katanya, beliau sudah berbincang dengan peguamnya dan akan mendapatkan nasihat terperinci sebelum tindakan undang-undang dimulakan terhadap penulis artikel berkenaan. 


One Response

  1. Anonymous says:

    saman dari org UMNO BN biasanya tak berjaya @ kalah .....lain la kalau pembangkang yg saman....10000% boleh menang...
    standard mahkamah kita di mlesia ni...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.