MELAYOKINI CUBA BALAS DENDAM DENGAN ZAHID ??

on Monday, October 7, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Selepas teruk dihentam di dalam satu sidang media,Malaysiakini dilihat masih tidak berpuas hati dengan Zahid Hamidi.Bermula dengan kenyataan bahawa Zahid Hamidi tidak profesional dan yang terbaru mereka dilihat cuba burukkan Zahid Hamidi dengan pertubuhan 3 LINE.

Dipetik dari portal tersebut,Zahid Hamidi ada membuat kenyataan tersebut dalam satu acara di Melaka pada Jumaat lalu, di mana beliau mengugut para wartawan yang hadir bahawa beliau akan menutup akhbar masing-masing sekiranya mereka melaporkan kenyataannya.

Malaysiakini bagaimanapun berjaya mendapatkan rakaman ucapan selama 20 minit di mana beliau mendakwa sedang berucap kepada perwakilan Umno, dalam majlis yang kelihatan seperti acara kerajaan.

Ahmad Zahid memulakan ucapan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Air Keroh itu dengan mengisytiharkan bahawa Ops Cantas yang dijalankan pasukan polis tidak mengenal warna kulit.

Katanya, polis memeriksa seramai 178,217 orang Melayu, 77,104 orang Cina dan 73,505 orang India serta 51,517 kaum lain dalam operasi memerangi kumpulan kongsi gelap itu.

Tambahnya, dari jumlah itu, seramai 14,511 orang didapati anggota kongsi gelap – 6,171 orang Melayu, 1,701 Cina, 3,685 India dan 2,954 kaum lain.

Kemudiannya, beliau menyebut mengenai kumpulan Tiga Line dan mengumumkan bahawa kumpulan itu bukanlah “samseng betul” tetapi hanya “gengster kenduri-kendara”.

“Tapi yang Melayu 6,171 ini, bukan samseng betul. Mereka dulu anggota Pekida, mereka merupakan kumpulan Tiga Line, Geng 30, Geng 7, ini gengster kenduri kendara...

“Saya beritahu kawan-kawan Tiga Line itu, jalankan apa yang patut,” katanya yang disambut sorakan dari para hadirin.

Tiga Line merupakan antara 47 kumpulan kongsi gelap yang dikeluarkan oleh Kementeri Dalam Negeri pada Ogos lalu dan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram. - utara news - 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.