Lokman hentam Presiden Umno , calon macam ini nak diangkat NKP ?

on Sunday, October 6, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Dari awal lagi GPB memang tak berapa suka  dengan ex-PKR bernama Lokman Adam ni yang sedang dok jaja seluruh negara  bahawa dirinya  nak jadi Naik Ketua Pemuda UMNO .

Perwakilan Pemuda UMNO cuba bayangkan seorang pemimpin  nak jadi   NKP UMNO   boleh menghentam  Perdana Menteri & Presiden UMNO sendiri  disebabkan tak setuju kenaikan harga minyak ?

Selepas itu ,dia  menggunakan cadangan  pembangkang pulak  iaitu  gaji & elaun menteri  termasuk PM hendaklah dipotong untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan  .

GPB nak tanya Lokman , hang  ni nak bertanding Naib Ketua AMK PKR ke Naib Ketua Pemuda UMNO ??

 Belum memegang jawatan sudah tak boleh sealiran dengan keputusan kerajaan & Presiden parti ??

Tahukah  Lokman bahawa Najib bukannya  suka2 nak naikkan harga minyak ini. Tak kan seorang pemikir JASA tak tahu  sebab kenapa minyak dinaikkan .

Kalau sekarang dia sudah berani Langgar dan hasut perwakilan Pemuda supaya menjadi penentang keputusan Presiden menaikkan harga minyak , ini bukan ciri-ciri pemimpin yang layak diangkat NKP Umno .

Ini sudah seperti  musang berbulu ayam dalam Umno .

Malah hasrat KJ mahukan Pemuda Umno dilihat penyelesai masalah generasi muda nampaknya berbeza sekali dengan style dan visi tora-tora opportunis ini .

Jadi , kepada perwakilan Pemuda , jangan buang undi anda kepada pemimpin seperti ini demi masa depan parti .



SHAH ALAM: Kerajaan sepatutnya menunjukkan contoh dengan mengurangkan perbelanjaan dan gaji menteri terlebih dahulu daripada membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak.

 Bakal calon Naib Presiden Pemuda Umno, Lokman Noor Adam memberitahu The Star Online bahawa terdapat beberapa pendekatan munasabah yang berupaya mengukuhkan kedudukan ekonomi negara berbanding mengambil jalan mudah dengan mengurangkan subsidi.

 "Sebagai contoh, mereka boleh memotong gaji menteri dan timbalan menteri, mengurangkan elaun pengangkutan dan membekukan majlis semua acara yang tidak sepatutnya anjuran jabatan kerajaan.

 "Mereka juga boleh membatalkan kunjungan ke luar negara yang tidak penting dan mungkin boleh memulakan majlis rasmi di hotel yang lebih murah," kata ahli politik kelahiran Batu Pahat, Johor itu dalam satu temu bual di sini. Lokman berkata kenaikan harga minyak mula memberi gambaran negatif kepada kerajaan terutamanya persepsi golongan muda kerana ia jelas melanggar janji untuk tidak menaikkan harga barang selepas Pilihan Raya Umum.

 "Golongan muda kebanyakannya mudah memberontak, mereka akan berjuang terhadap apa jua bentuk ketidakadilan dan ketidaksamaan. "Dalam perkara ini, kerajaan telah melanggar janji mereka walaupun berpegang teguh kepada prinsip dan amalan 'janji ditepati'," katanya. Beliau berkata kerajaan harus mengambil pendekatan yang munasabah dalam menangani masalah itu daripada membuat pengumuman yang akan mencetuskan kemarahan rakyat.

 "Saya amat kecewa apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak. Ia seperti memberi ganjaran kepada rakyat bersempena 100 hari pentadbiran mereka," katanya.

 Justeru, Lokman berkata beliau berharap dalam mengemudi sayap Pemuda yang boleh menjadi 'kumpulan pendesak' daripada hanya menjadi 'penyelesai masalah'.

 "Saya yakin golongan muda akan menyertai kami sekiranya kami terus menyuarakan masalah mereka. Itulah yang sebenarnya dilakukan 'kumpulan pendesak'," kata Lokman. Lokman yang akan menentang tiga pencabar untuk jawatan itu pada pemilihan parti yang akan datang turut berkata, beliau akan berjuang untuk kaum bumiputera. Beliau berkata, ini kerana peningkatan kewujudan pertubuhan bukan kerajaan sayap-kanan Melayu yang mengambil alih peranan mereka.

 "Oleh itu, sayap Pemuda dilihat sebagai lemah apabila hak Melayu dicabar oleh orang lain," katanya. Ahli politik berusia 40 tahun itu berkata, keutamaan harus diberikan kepada kaum Melayu kerana mereka adalah deposit tetap Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu. PRU-13 pada Mei lalu menyaksikan peningkatan ketara undi kaum Cina kepada pembangkang yang disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'tsunami Cina'.

 Meskipun situasi itu mengejutkan Barisan Nasional, Umno berjaya merampas kembali sembilan kerusi yang tewas pada pilihan raya umum 2008, satu bukti sokongan Melayu yang kuat, kata Lokman. "Kini kita harus fokus terhadap 'deposit tetap' kerana apabila kaum Melayu kuat dan bersatu, kaum-kaum lain tiada pilihan selain menerima hakikat bahawa mereka bergantung kepada kaum Melayu atau mereka akan kehilangannya. ~Sumber


5 Responses

  1. Anonymous says:

    lerrr...ex pkr ke......buang jer .....jgn msuk senarai pun....

  2. Anonymous says:

    saya sokong kenyataan Lokman ni. apa yg Najib buat tak sama seperti apa yg dia janji...dia sama saja dgn Anwar yg cakap tak serupa bikin. tapi najib lagi teruk kerana dia memegang tampuk pemerintahan negara.

    sri hartamas

  3. Anonymous says:

    mcm zahid hamidi dlu la jd kuda anwar... sejarah berulang?

  4. Anonymous says:

    Saya sokong pemuda berani macam ni.. Nak harap yang lain, semua kecut.

  5. Unknown says:

    Bodoh sungguh la admin blog ni, ko pi baca kenyataan tu betui2. Dia bukan hentam PM tp sekadar menegur PM sbb semua tu akan kembali balik kat dia masa ceramah nanti rakyat akan bertanya. Ko masyuuk ke bro? Berapa riban ko dapat utk buruk2kan Lokman Adam?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.