TERKINI ! Rumah sarang pengganas Sulu akan dimusnahkan di Semporna #LahadDatu

on Monday, March 11, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Sembilan rumah yang disyaki menjadi sarang kumpulan pengganas dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul pada 2 Mac lepas, mungkin diroboh, kata Ketua Kampung Ramlee Saraman. 

Ramlee berkata beliau difahamkan ada pemilik rumah yang mungkin terperdaya dengan kumpulan itu sehingga 'menjualkannya' tanpa menyedari ia mungkin dijadikan sarang operasi pengganas. 

bot pancung pengganas yang dimusnahkan 

Beliau berkata tindakan meroboh premis itu akan dilaksana pihak berkuasa seperti majlis daerah selepas pihak keselamatan mengesahkan ia dijadikan sarang pengganas. 

"Kalau benar, rumah-rumah ini akan dirobohkan. Bagi saya, ia dapat mengembalikan kepercayaan penduduk di sini bahawa perkampungan mereka selamat," katanya ketika meninjau kampung itu bersama wartawan Bernama hari ini. 

Beliau berkata sejak pembukaan Kampung Simunul pada 9 Mac 1939, kejadian 2 Mac lepas, yang menyaksikan enam anggota pasukan keselamatan terkorban dalam insiden serangan hendap itu, adalah yang pertama berlaku di kampung itu. 

Ramlee, 56, yang menggalas tugas Ketua Kampung sejak 2006, memberitahu kira-kira 1,000 penduduk meninggalkan perkampungan itu berikutan insiden tersebut. 

Beliau berkata antara modus operandi anggota kumpulan pengganas 'menyusup' ke perkampungan air itu ialah menetap di situ dan bergaul dengan segelintir penduduk. 

"Saya ada mendapat berita, ada penduduk kampung memanggil seorang daripada mereka (enam pengganas yang terbunuh) sebagai Imam, tetapi saya hendak tegaskan dia bukan imam yang sah dilantik," katanya. — Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.