Archive for July 2009

default

Blog Malaysiawaves hina Mufti Perak

on Friday, July 31, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Kalau ada ulama yang boleh dikategorikan sebagai pelacur, namanya ialah Harussani Zakaria. Beliau adalah "pelacur" kelas atas untuk UMNO.


Kalau kita baca tulisan2 ulama2 muhaqiqin yang terdahulu, tiada perkara yang baik yang diungkap mereka bagi menerangkan kedudukan ulama2 yang menjual maruah dan agama mereka demi kepentingan pribadi mereka. Ulama seperti Harussani ini adalah antara ulama2 yang dikeji oleh ulama2 muhaqqiqin yang terdahulu.

Harussani ini TIDAK LAYAK MEMBUAT FATWA kerana beliau tiada ilmu untuk membuat fatwa. Beliau tidak pernah belajar dan menyambung pelajaran beliau untuk melayakkan diri beliau membuat fatwa.

Siapa Harussani Berbandin Tok Guru Nik Aziz

Juak2 UMNO mencuba untuk menaikkan taraf Harussani kononnya lebih tinggi dari Tok Guru NIk Aziz.

Padahal Harussani ni, pegi Universiti pun tak pernah. Berbanding Tok Guru Nik Aziz yang mendapat MA dari Al Azhar.

Harussani, cakap Arab pun tak boleh. Tok Guru Nik Aziz, bukan setakat fasih bahasa Arab, tapi fasih bahasa Urdu dan beberapa bahasa lain

Jadi, berhentilah menaikkan taraf Harussani. Harussani adalah pembohong dan penipu.

Harussani, Ulama Menyokong Dosa Besar klik di sini untuk selanjutnya

sumber : http://www.malaysiawaves.com/2009/07/harussani-ulama-yang-melacurkan-diri.html

Komen PB

PB menyeru kepada Pemuda,Kerajaan negeri Perak ,UMNO dan kerajaan pusat ambil tindakan @ saman terhadap blog malaysiawaves ini kerana sifat nya yang cukup kurang ajar ,tak tahu hormat kepada ulama .

Kepada blogger kurang ajar itu ,Insaf lah jangan jadi sesat seperti Nik Aziz .Tak payahlah kamu memburukkan orang lain.Allah melihat segala-galanya dan Allah lebih mengetahui.

default

Isu penyalahgunaan wang peruntukan di Selangor lagi

on Thursday, July 30, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Gerakan Rakyat dan Antikorupsi Malaysia (GERAK), hari Khamis menyerahkan dokumen yang dikatakan bukti dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan wakil rakyat oleh seorang ADUN pakatan pembangkang Selangor itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusinya Mohd Nazree Yunus memberitahu, selain ADUN terbabit, empat lagi individu didakwa terbabit dengan penyalahgunaan peruntukan berkenaan dengan membuat tuntutan palsu. Ditanya ADUN berkenaan daripada parti mana, beliau menyatakan ADUN tersebut bukan daripada parti DAP. Pakatan pembangkang membentuk kerajaan campuran di negeri Selangor antara tiga parti iaitu PKR, DAP dan PAS. – 30/7/2009

Menurut sumber daripada rakan blogger Selangor ,Gerak melaporkan kepada SPRM bersertakan bukti ini mengesahkan laporan itu tidak ditujukan kepada wakil rakyat dari DAP. Ini bermakna ia menjurus kepada wakil rakyat PAS dan PKR di Selangor . Selain itu ,sumber itu juga menyatakan bahawa dokumen yang diserahkan itu adalah merupakan pengaduan berkaitan peruntukan dana sebuah DUN yang habis dibelanjakan secara tidak berhemah melebihi suku jutaan ringgit dalam tempoh beberapa bulan sahaja….., juga beberapa transaksi berkaitan perbelanjaan dan tuntutan [claim] yang sangat meragukan.

Syabas GERAK dan Ezam !! Jika sebelum ini SPRM cuma siasat Adun DAP ,kini Adun2 PAS dan PKR pulak kena. Mungkin jangan terkejut sudah muka yang kita tengok baik,pijak semuat tak mati itulah penyamun. Mahu tahu cerita orang PKR yang kecewa dengan kerajaan Selangor sendiri klik sini !!


Link

Khalid lemah tangani kemelut lantikan ahli Majlis

default

Khairy Jamaluddin -Satu Enigma

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Saya selalu menyatakan ada dua jenis pemimpin politik, satu jenis pemimpin politik ialah yang banyak menghabiskan masa untuk menghadiri program-program parti, mereka ini sentiasa berada ditempat yang betul pada masa yang tepat, dimana sahaja Boss berada, dia akan muncul. Satu jenis lagi pemimpin adalah individu yang banyak membaca dan berusaha untuk memperkayakan diri dengan ilmu dan kemahiran, mereka ini selalunya nampak serius dan tidak mempunyai banyak masa untuk bersosial.

Walaupun kedua-dua mereka jenis pemimpin ini penting tetapi bagi saya mesti ada keseimbangan, malangnya di Malaysia ahli politik yang paling berjaya adalah mereka dari golongan yang pertama, dimana mereka tak banyak buat kerja tetapi selalu pandai muncul tepat pada masanya, iaitu bila Boss ada.

Khairy Jamaluddin merupakan ahli politik kelas kedua iaitu individu yang banyak membaca, rajin memperkayakan diri dengan ilmu dan kemahiran, tetapi malangnya ini juga merupakan sifat-sifat yang kurang disenangi kerana beliau kurang menghabiskan masa untuk bersosial dengan ahli parti, pergi karaoke, bawa ahli pergi makan lewat malam dan bersuka-ria.

Budaya memilih pemimpin yang hanya pandai berada pada tempat yang betul pada masa yang tepat akan merugikan parti, bangsa dan negara. Dan kesediaan untuk pemimpin memberi lebih banyak ruang kepada ahli sebegini akan membentuk satu budaya yang tidak akan mengalakkan lebih ramai ahli yang mempunyai kemahiran, ilmu dan perwatakan yang serius dan berfokus meluangkan masa untuk berjuang bersama parti.

Hari ini kalau kita lihat balik barisan kepimpinan yang berada dihadapan , kita boleh menilai jenis pemimpin yang diberi tempat. Kalau kita hendak melihat pemimpin politik seperti saudara Khairy Jamaluddin diberi tempat kita harus menuntut satu perubahan sikap, sesuai dengan saranan Dato’ Seri Najib untuk menilai kemampuan mengikut pencapaian KPI.

Malangnya ahli-ahli parti sendiri tidak menilai mengikut presatasi kerja, mereka lebih suka ikut kriteria pemimpin yang dapat bersosial dan bergembira bersama. Saya tidak hairan kenapa ada pemimpin politik tertentu tidak mahu budaya memilih peimipin mengikut syarat MERIT atau kualiti kerja, kerana saya faham mereka ini tidak mahu ada cabaran, dan mereka ini lebih sedar siapa diri mereka dalam cerminan diri mereka.

Khairy Jamaluddin akan tetap menjadi perhatian bukan hanya kerana beliau merupakan enigma tetapi kerana beliau meletakkan ‘standard’ untuk pencapaian yang sentiasa menjadi halangan kepada pemimpin yang hanya pandai berada di tempat yang betul pada masa yang tepat.

Kenapa saya mengelar Khairy Jamaluddin seorang enigma?


Kerana hingga ke hari ini, ramai masih bertanya-tanya siapakah Khairy Jamaluddin yang sebenarnya. Belum pun soalan ini terjawab sepenuhnya, sudah ada musuh yang membuat andaian tanpa merujuk kepada sebarang penilaian berasaskan bukti.

Tetapi yang nyata beliau seringkali membuat lawan politiknya cemas, beliau mempunyai ramai yang mengkagumi kebolehannya. Suka atau tidak, lawan atau kawan, kebolehannya tidak dipertikaikan; lawan politiknya hanya merujuk kepada usia dan pengalaman sebagai alasan melawan.

Sayang kerana beliau tak pandai berada ditempat yang betul pada masa yang tepat.

Namun syukur, beliau tidak perlu.

- From KJFC's Guest Columnist, Sdr. StephenDoss.


KJ adalah seorang pemimpin muda dalam UMNO berkempen di PRK Manik Urai cukup mesra dengan penyokong parti PAS serta mengamalkan semangat perpaduan Melayu dan sikap hormat-menghormati terhadap pemimpin mereka .

default

Misteri Kematian Teoh kini sudah dapat hint terbaru

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang ahli exco Selangor, diberitahu hari ini bahawa satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.

Peguambela dan peguamcara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan ketika prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas berkata, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Sementara itu, satu lagi profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui.

Tan berkata, seramai 102 orang telah diuji bagi menentukan sama ada DNA mereka menyamai DNA lelaki yang tidak diketahui itu.

"Saya diberitahu oleh ahli kimia bahawa keputusan ujian 90 orang telah pun siap dan ujian bagi 12 lagi individu lelaki akan dijalankan.

"Saya juga diberitahu oleh pegawai penyiasat, dua orang enggan memberikan spesimen contoh DNA mereka," katanya. Gobind Singh Deo yang bertindak sebagai peguam mewakili keluarga Teoh kemudiannya meminta pihak pendakwaan supaya memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui tersebut.

www.mstar.com.my

Komen PB

Siasatan kes ini hampir ke kemuncaknya dan jika sampel DNA seorang lelaki yang tidak diketahui yang dijumpai pada baju kot dan tali pinggang Teoh sama dengan 102 individu yg diambil sampel DNA mereka maka kita akan dapat jumpa PEMBUNUH nya .

Cuma yang PB musykil ialah kenapa 2 orang lelaki ini iaitu Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing takut hendak memberi sampel DNA mereka untuk membantu siasatan polis sedangkan ramai lagi pegawai SPRM sanggup menjalani ujian DNA untuk membantu siasatan polis.
klik sini

Adakah mereka ini takut kerana mereka yang melakukan pembunuhan ini ?? Berani kerana benar ,kalau anda tidak lakukan perbuatan buat apa nak takut bagi sampel DNA.Adakah benar laporan dari blog Truth For Teoh mengatakan Gobind dan Karpal nasihat mereka supaya tidak memberi sample DNA kepada polis

The MACC and Police officers have given their DNA samples to Forensic but Tan Boon Wah and Lee Wye Wing have refused. Both Tan and Lee have been advised by Gobind Singh Deo and Karpal Singh not to give their DNA sample to the Police.Truth For Teoh Beck Hock

Jika betul seperti dilaporkan seperti di atas, PB nak tanya mengapa Gobind Singh dan Karpal Singh menasihat mereka ini supaya tidak memberi sample DNA kepada polis ?? Selalunya dalam penyiasatan kes pembunuhan ,orang terakhir yang nampak @ berhubung dengan mangsa merupakan hint cukup penting kepada siasatan polis. Tan Boon Wah mengaku dia orang terakhir yang jumpa mendiang selain pegawai SPRM tetapi beliau takut untuk bantu siasatan polis . Selepas itu pula bila beliau tidak mahu memberi keterangan kepada Polis dan beliau menyaman SPRM.Persoalan siapa yang membunuh Teoh semakin hampir dijawab.

Jika Tan Bon Wah ini sangkut ,maka ia pasti akan membuat DAP dan PKR akan menanggup kesannya cukup besar kerana mereka inilah merupakan pembela hebat kematian mendiang. Ronnie Lie dan Ean dan seluruh pemimpin DAP Selangor pasti tak akan duduk senang ..

default

Kongsi Gelap Dalang Rumah Urut,Curi Pasir ,Judi

on Wednesday, July 29, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Gerakan Bawah Tanah Dalangi Rumah Urut, Curi Pasir Dan Judi, Dakwa Khir


KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mendakwa kebanyakan kegiatan mencuri pasir, perjudian, spa dan pelacuran di Selangor didalangi "gerakan bawah tanah" atau kongsi gelap.

Dr Mohamad Khir turut mendakwa kumpulan tersebut yang aktif membantu memenangkan calon pada pilihan raya lepas di negeri itu diberikan akses untuk meneruskan kegiatan haram tersebut tanpa sekatan sebagai habuan.

Beliau berkata, ketika beliau menjadi Menteri Besar, hanya 700 lesen premis perjudian, siber kafe dan spa diluluskan tetapi mengikut perangkaan Majlis Keselamatan Negara, Selangor kini dianggarkan mempunyai lebih 4,000 premis seumpama itu yang beroperasi secara haram.

"Kalau melihat muka depan surat khabar hari ini, mungkin ada hubungan antara politician (ahli politik) dengan gerakan underworld (bawah tanah)...," katanya mengulas tajuk muka depan Utusan Malaysia "Kongsi gelap taja YB (Yang Berhormat) kepada pemberita selepas melancarkan Kad E-Amal U-Pay oleh Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKMM) di sini.

Beliau turut mendakwa operasi rumah urut atau spa kini bukan sahaja tertumpu di kawasan pusat bandar malah di luar bandar.

"Bukan di Puchong saja, malah di Sabak Bernam pun tumbuh, di Sungai Besar hari ini pun dah ada tiga pusat urut besar. Saya tak tahulah kalau orang di Sungai Besar tu selalu sakit lutut. Sekincan pun dah tumbuh," katanya.

Ini semua akan mendatangkan masalah sosial yang besar dan beliau mahu tindakan sewajarnya diambil pihak berkuasa.

Dr Mohamad Khir turut mempersoalkan mengapa hasil jualan pasir negeri Selangor hanya menyaksikan kemasukan RM4 juta sedangkan kerajaan pimpinannya dulu mensasarkan pendapatan RM200 juta setahun.

Menurutnya, beliau bangkitkan semua ini hanya untuk menegur dan membaiki kelemahan kerajaan negeri dan bukan kerana cemburu.

Selain itu, Dr Mohamad Khir juga berpendapat bahawa Selangor akan bankrap sekiranya usaha menarik pelabur di negeri itu terus gagal.

Katanya, kerajaan negeri Selangor hanya mampu menarik kurang dari RM4 bilion pelaburan pada tahun lepas sedangkan semasa beliau menjadi Menteri Besar kerajaan negeri dapat menarik pelaburan RM11.8 bilion.

-- BERNAMA

Komen PB

Dulu PAS Selangor cakap akan banteras maksiat ,arak ,judi di Selangor tetapi kini sudah tumbuh bagai cendawan di Selangor. Kawasan Sabak Bernam dan Sg Besar yang boleh dikatakan majoriti Melayu dan agak luar bandar sendikit kawasannya di Selangor telah pun ada pusat urut ini semua. Apa kejadah nya semua ini ???

default

KHALID, EXCO SELANGOR MERANCANG UNTUK KAUT DUIT BAITUMAL SELANGOR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


TIDAK WAJAR GUNA DANA BAITULMAL

KUALA LUMPUR 27 julai - Pengagihan dana Baitulmal Selangor perlu mengutamakan umat Islam di negeri itu terlebih dahulu kerana mereka yang sebenarnya masih jauh ketinggalan dan tercicir berbanding penganut agama lain.

Sehubungan itu , Persatuan Peguam syarie Malaysia (PGSM) tidak bersetuju dengan langkah kerajaan negeri Selangor mahu menggunakan dana Baitulmal untuk menampung kos pentadbiran negeri kerana kemaslahatan umat Islam amat perlu diutamakan.

berita penuh di utusanmalaysia online bertarikh 28 julai 2009

komen penulis,

Seperti kata Dr Maamor Osman, Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kecewa dengan sikap kerajaan Selangor yang mengambil jalan mudah untuk terus menggunakan dana Baitulmal, katanya lagi tindakan itu jelas menunjukkan kerajaan Selangor gagal mentadbir dengan baik kerana kerajaan BN sebelum ini telah meninggalkan dana kerajaan yang agak besar bersesuaian dengan statusnya sebagai sebuah negeri maju.

Hah.... ini lah dia bentuk kepimpinan Khalid Ibrahim dan barisan Exco dan Wakil Rakyat nya yang sentiasa menunding dan mencaci kerajaan BN dengan berbagai - bagai tuduhan, ini lah yang dikatakan satu jari menunjuk kepada orang lain ada 4 jari lagi yang menunjuk diri sendiri.

Dibawah kepimpinan Menteri Besar dari DS Abu Hassan, DS Muhammad Taib hingga kepada DS Mohd Khir Toyo, Selangor dikenali sebagai sebuah negeri yang termaju, terkaya dan bernasib baik kerana negerinya berhampiran dengan Wilayah Persekutuan yang mendapat berbagai limpahan kekayaan, tidak langsung menggunakan dana Baitulmal untuk digunakan sebagai modal suntikan pengurusan kerajaan negeri, malah Baitulmal Selangor memungut wang zakat dengan banyak kerana ramai orang Islam mampu dan kaya di negeri tersebut.

Apa dah jadi, mana kebijaksanaan yang di war - war kan, mana bantuan dan janji - janji sebagainya yang dihebohkan dalam manifesto Pilihanraya Pakatan Pembangkang sehingga Pakatan Pembangkang terpaksa nak menggunakan wang zakat Baitulmal untuk belanja kos pentadbiran kerajaan negeri, sehingga sanggup nak menggunakan wang yang digunakan untuk membantu orang Islam yang termaktub kepada beberapa asnaf seperti fakir, miskin, amil, hamba yg bebas, musafir, penghutang dan mualaf.

Dimana kekayaan yang dikumpul selama ini?, dan mana kekayaan yang diusahakan ketika ini sebagai kerajaan negeri, apa kerja Khalid dan Exco selama ini, jelas kerja tak buat, tapi anjoi segala duit yang ada, sebab itu Exco dan Wakil Rakyat dituduh seleweng duit peruntukan dan beri kepada kroni, benar lah apa yang dikata kongsi gelap berkuasa di Selangor.

Bangkit lah wahai umat Islam Selangor, kerja ini wajib di tentang, wang zakat yang diniatkan harus digunakan untuk pembangunan, kebajikan, pendidikan orang melayu dan Islam sendiri, jangan di biar mereka - mereka dari kumpulan KONGSI GELAP ini merompak harta umat Islam tanpa tahu mencari sumber lain yang terbentang luas di Selangor.

Ini bukti bukan semua parti mampu mentadbir dan membangunkan negeri kecuali kerajaan Barisan Nasional saja yang berpengalaman dan terbukti mampu untuk bangunkan negeri malah negara.

Buka mata, buka hati dan buka otak, adakah pemimpin dan parti yang begini hendak kita sandarkan harapan untuk bangunkan diri kita, anak kita, cucu kita, cicit kita, baru diberi peluang sudah tak mampu untuk bangunkan negeri malah sanggup merompak dana orang Islam sendiri. maka rakyat keseluruhannya kita wajib tolak PAKATAN PEMBANGKANG DI PILIHANRAYA KE 13 KELAK, untuk kesejahteraan kita dan waris kita kelak di masa hadapan, walaupun kita tiada di dunia tetapi kubur kita akan dipelihara oleh waris kita kelak, bukannya pusara kita hilang entah kemana tanpa di lindungi oleh mereka.


sumber : http://ddinbunga.blogspot.com

default

Perhimpunan PRO ISA dan ANTI ISA : Polis beri amaran

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


1 Ogos depan akan menjadi hari penentuan. Bertempur atau tidak, semuanya mengundang rasa resah di kalangan masyarakat. Mana tidaknya, Gerakan Mansuh ISA (GMI) tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pada masa yang sama Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) juga tetap akan menganjurkan perhimpunan bagi mempertahakan ISA.

Tujuan perhimpunan kedua-dua kumpulan ini ialah Istana Negara bagi menyerahkan memorandum Ke Bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Satu memorandum membantah, satu lagi mahu akta itu terus dikekalkan.

Melihat kepada kempen kedua-dua pihak yang semakin rancak menjelang tarikh penentuan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Sabtu Osman hari Selasa tampil memberikan amaran akan bertindak tegas termasuk membuat tangkapan awal terhadap perancang dan individu dari dua kumpulan menyokong dan membantah.

"Polis akan mengambil tindakan berhemah, kecuali tidak ada cara lain. Polis tidak ingin melihat berlakunya kecederaan, luka atau dalam keadaan yang terdesak. Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya," katanya yang tidak menolak kemungkinan tangkapan awal dibuat sebagai langkah pencegahan pada sidang media di ibu pejabat polis kontijen KL.

Berdasarkan rancangan kedua-dua kumpulan, GMI akan berhimpun 1 Ogos ini di beberapa lokasi iaitu kompleks membeli belah Sogo, Masjid Jamek KL dan Masjid Negara yang kemudiannya berarak ke Istana Negara.

Manakala Pewaris pula akan mula berkumpul di Padang Merbok, Pasar Seni dan Masjid Negara sebelum berhimpun di Dataran Merdeka dan seterusnya berarak juga ke Istana Negara.

Menurut Mohamad Sabtu, polis telah menemui wakil Pewaris memaklumkan kepada mereka supaya membatalkan perhimpunan berkenaan dan akan bertemu dengan GMI hari Rabu bagi memberitahu perkara yang sama.

Pewaris dilaporkan hanya akan membatalkan perhimpunan jika GMI juga membatalkan perhimpunan mereka. Jika GMI terus dengan rancangan mereka, Pewaris dikatakan akan terus dengan perhimpunan tersebut.

Menjelaskan mengenai langkah polis bagi menghadapi kemungkinan perhimpunan tersebut, Mohamad Sabtu berkata, polis akan mengadakan sekatan jalan dua hari lebih awal bagi menahan bas-bas yang disyaki membawa peserta ke demonstrasi berkenaan.

Polis juga tambah beliau akan akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan atau undang-undang lain sekiranya masih ada pihak-pihak yang mengambil bahagian pada perhimpunan berkenaan sambil menambah jika perhimpunan berkenaan tetap diadakan, pihak polis telah bersedia dengan kekuatannya berhadapan dengan kemungkinan yang berlaku. – 28/7/2009

Komen PB

Tangkap saja kepala dua kumpulan ini ,bikin kecoh Malaysia saja dan memalukan negara.

default

Pemuda UMNO Bukan Lahir Sebagai Pejuang Jalanan

on Tuesday, July 28, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 12 Comments


Pemuda UMNO Bukan Lahir Sebagai Pejuang Jalanan

Sabtu ini, penyokong Pro dan anti ISA , masing masing akan berarak bagi menyatakan pandangan mereka mengenai ISA. Jelas kita akan sama sama mengira berapa ramaikah penyokong Pro ISA dan penyokong anti ISA yang akan dikumpulkan. Apabila dua penyokong Pro dan anti berada di jalanan dan masing-masing akan cuba menunjukkan kekuatan masing-masing dan seandainya ada hilang kawalan , maka akan tercetuslah satu keganasan.


Yang susah adalah orang awam yang tidak berminat dengan politik , peniaga yang mahu mencari rezeki terpaksa menutup kedai yang merupakan punca rezeki mereka. Pelancong akan melihat betapa rakyat Malaysia yang mengamal budaya jalanan. Apakah dengan berdemonstrasi di jalanan akan mengubah keputusan kerajaan, Ini Malaysia dan bukan nya Thailand atau Indonesia. Sejarah penunjuk perasaan kita belum sampai ke tahap yang mereka berani merengkok didalam penjara lagi. Mereka tidak mungkin memilih penjara apabila tidur malam di rumah dalam bilik berhawa dingin dan makan makanan yang lazat lazat.


Apa keuntungan mereka ini berdemonstrasi melainkan menunjukkan ke tidak matangan mereka dalam mencari penyelesaian.Pastinya pihak Polis akan memberikan amaran dan pastinya yang bersalah akan ditahan dan direman beberapa hari. Siapa yang rugi. Pastinya juga kita tidak akan dapat memasuki Bandar Raya minggu ini kerana sikap yang tidak bertanggung jawab mereka yang mahu melakukan demonstrasi ini. Siapakah mereka ini. Majoritinya yang akan berada di jalanan ini adalah bangsa Melayu.


Nampaknya Anwar Ibrahim tersenyum kerana budaya yang dipupuknya kini telah menular di kalangan orang-orang Melayu yang anti beliau sebelum ini. Jelas orang-orang ini juga yang mahu mencari penyelesaian dengan jalan yang lakukan oleh Anwar Ibrahim selama ini.Jika ini dilakukan setiap minggu . Siapa yang akan menanggung akibatnya nanti. Rakyat yang tidak berdosa , kerana ini akan meruntuhkan juga ekonomi negara dan membayangkan bahawa kerajaan kita sekarang tidak stabil.


Apa yang diseru oleh Khairy Jamaluddin kepada Pemuda UMNO adalah satu yang waras dan bijak. Kita bukan hanya mahu menjadi hero dijalanan. Pemuda bukan beridentitikan demonstartor jalanan. Pemuda bukan bangsat dan hingusan mencari publisiti murahan secara yang tidak waras. Pemuda bukan satu pertubuhan jalanan dan tidak berjuang dij alan raya. Kami bersetuju dengan saranan Khairy Jamalauddin agar Pemuda jangan ikut serta dalam perhimpunan Sabtu ini, Khairy tidak perlu risau dengan kutukan sesiapa ke atas saranan ini , kerana mereka yang mengutuk ini adalah mereka yang sebenarnya mahu mencari publisiti murahan. Tetap kan pendirian dan pastikan pemuda UMNO tidak turut serta menyokong budaya Anwar Ibrahim ini.



kiriman Email: Zainuri (Ketua Pemuda UMNO Klang )

default

Nasib Melayu di bumi Melayu

on Sunday, July 26, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Hantar komen anda mengenai artikel ini ke mingguan@utusan.com.my

Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Komen PB

PB puji Ustaz Dr Riduan Tee kerana beliau memahami perasaan sensitiviti orang Melayu dan nasib bangsa Melayu sebagai kaum pribumi di Malaysia ini . Semoga kita dapat berfikir sejenak apa yang ditulis oleh Dr Redhuan Tee mengenai nasib bangsa mengikut perspektif seorang intelektual seperti beliau .

Link
Berbicara soal bangsa dikatakan rasis ,Apa sudah jadi Malaysia ini
Melayu Boleh Bersatu Jika....
Sampai Bila Kemurahan Hati Melayu ?
Melayu dikhianati?
Tun M Rasis ???

default

Rahsia Adun DAP Selangor curi duit RAKYAT terbongkar

on Saturday, July 25, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


oleh blog http://t4tbh.blogspot.com

Teoh Beng Hock sudah mati. Jangan kita biarkan kematiannya dilupakan. Kerana punca sebenar kematian Teoh adalah rasuah berskala besar yang diamalkan oleh DAP sejak mereka mengambil alih pemerintahan kerajaan Negeri Selangor pada Mac 2008.

Dan untuk pertama kalinya, perlakuan tersebut dapat dibuktikan dengan berbagai bahan bukti yang menunjukkan nama-nama, cek, baucer-baucer dan projek-projek yang kini disiasat SPRM.

DAP (bukan PAS atau PKR) telah mencuri wang rakyat di Selangor. Mereka melakukan jenayah ini tanpa pengetahuan parti-parti komponen Pakatan. Mereka menipu bukan sahaja rakyat tetapi juga rakan mereka sendiri.


Jenayah ini sebenarnya bukan rasuah. Rasuah adalah anda mendapatkan wang secara haram daripada seseorang lagi. Seperti UMNO, seseorang mendapat satu projek. Kemudian mereka membayar 10% atau 20% kepada orang tengah, biasanya wang tunai dalam satu beg. Sangat mudah dan juga agak pintar.

Tetapi DAP adalah jenayahnya lebih bodoh lagi. Mereka menubuhkan syarikat-syarikat mereka sendiri, mewujudkan invois palsu, projek-projek palsu dan kemudian mengeluarkan wang kerajaan negeri.

Ini merupakan penyelewengan, bukan rasuah.
Tetapi kerana mereka menyalahgunakan kuasa mereka ia juga melibatkan rasuah.

Teoh Beng yang kini mendiang juga terlibat dalam skandal ini juga tetapi setelah dipaksa oleh Ean Yong dan Ronnie Liu. Beliau tidak menyukai apa yang berlaku. Untuk melindungi dirinya, Teoh membuat salinan semua dokumen-dokumen palsu dan syarikat-syarikat yang menubuhkan oleh DAP. Dan Teoh, kemudiannya menyerahkan hard disk yang mengandungi semua maklumat terperinci tersebut kepada seseorang yang kemudian berazam untuk membongkarkan kegiatan rasuah oleh DAP di Selangor.

Kaedah rasuah DAP di Selangor sederhana dan bodoh. Kawasan yang Masing-masing DUN (seperti Kajang, Teratai, Balakong) adalah diberi RM500,000 supaya ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dapat memanafaatkan kepada orang ramai melalui kegiatan dan program. DAP telah mencuri wang ini - sedikit demi sedikit.
Beberapa ribu ringgit pada satu masa. Tetapi terdapat lebih daripada 300 projek-projek kecil - Teoh menyerahkan satu senarai panjang.

Menurut Kerajaan Selangor mereka yang menerima dana ini hanya sekali sahaja, tetapi mereka berbohong. Dalam senarai yang disediakan oleh Teoh, hanya beberapa orang dan beberapa syarikat yang menyapu bersih kebanyakkan daripada projek-projek itu.

Antara pemain-pemain besar yang terlibat dengan jenayah ini adalah itu adalah WONG CHUAN HOW (dalam Kawasan DUN Sungai Pelek) di bawah YB Ronnie Liu yang diberi 84 buah projek berjumlahkan lebih RM200,000 (Tarian Cina Persatuan Bahasa, Perayaan Buddha, Persatuan Huan Chian Chuen, Kejohanan Bola Keranjang). Menggunakan nama-nama syarikat termasuk Perniagaan Seri Makmur, Era Terbilang Enterprise, Era Gemilang Enterprise dan banyak lagi.

Teoh memberi satu senarai penuh. SPRM telah meneliti beberapa dokumen (daripada kira-kira 100 muka surat dokumen)

Timbul persoalan besar apabila seorang individu mendapat 84 kontrak berbeza?

Amaun-amaun itu kecil tetapi tetapi jika dijumlahkan keseluruhannya amat besar sekali. Ini hanya ada dalam setahun. Bayangkan jika DAP mengambil alih kerajaan persekutuan?

Di sini adalah beberapa contoh bagaimana DAP lakukannya. Nama-nama itu dan projek-projek itu semuanya adalah sebenar.

1. Rombongan Lawatan Penduduk 21/10/2008

WSK ENTERPRISE dibayar RM1,800 oleh negeri Selangor kerajaan menggunakan wang rakyat sebagai kontraktor / penyelaras. Pengeluaran wang adalah seperti berikut:

Invois dihantar oleh WSK: RM1,800
Bayaran 10% untuk DAP ADUN: 180
Bersih: RM1,620
Bayaran pembelian 'Buku-buku': RM600 (Duit ini masuk akaun DAP Malaysia)
Bersih: RM1,020
Untuk Invoices / Stationery: 50
Baki RM 970 dibayar kepada Lee Sau Lan cek Public Bank 254059 - cek tidak jelas)

2. WSK Services

Menghantar invois berjumlah: RM3,455.00
Bayaran 10% DAP ADUN: RM345.00
Invois-invois: RM 50.00
Kepada Lee Sau Lan: RM3,059.00

3. Hong Chae Enterprise

Menghantar invois menjadi: RM 10,000.00
Kurang 5% DAP ADUN: RM500.00
Bersih: RM9,500.00

4. WSK Services


Menghantar invois berjumlah: RM 1,665.00
Bayaran 10% DAP ADUN: RM166.50
Bersih: RM1,498.50
DAP Serdang Aman: RM379.15
Kepada Hong Chae Enterprise: RM1,119.35
Bayaran kepada Teoh Beng Hock: RM112.00
Bayaran untuk Dana DAP: RM1,007

5. WSK Services

Jumlah invois: RM4,200.00
Bayaran 10% ADUN DAP: RM420.00
Bersih: RM3,780.00
DAP Serdang Aman: RM3,754.76

Untuk Tahun 2008 (ADUN Sg Pelek) di bawah YB Ronnie Liu sahaja terdapat 172 projek serupa

Jumlah ini, Items No. 89 Hingga 172 (83 buah projek dalam Sg Pelek) telah diputuskan Wong Chuan Chow yang bernilai RM216,950 untuk tempoh setahun.

sumber asal yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia : http://t4tbh.blogspot.com/2009/07/daps-corruption-modus-operandi-in.html

dipetik dari : Parpukari

Komen PB

Lubang -lubang kegiatan haram DAP kini sudah hampir pecah dan sampai ke kemuncaknya.Kita tunggu siapa akan ditangkap dan didakwa ..

default

Laman blog http://t4tbh.blogspot.com dedahkan penyelewengan Adun DAP Selangor

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


SPRM terima maklumat

KUALA LUMPUR 24 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima maklumat mengenai sebuah laman blog yang mendedahkan dakwaan penyelewengan seorang Exco kerajaan negeri Selangor yang mempunyai kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

‘‘Saya ada dimaklumkan berhubung laman blog itu namun saya belum lagi melihatnya,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dalam pendedahannya hari ini mendakwa berlaku penyelewengan lebih 300 projek kecil bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Exco berkenaan.

Dakwa laman blog itu, Exco berkenaan dikatakan telah mencipta projek, syarikat dan invois palsu bagi membolehkan mereka mengeluarkan peruntukan ADUN sebanyak RM500,000.

“Ini sebenarnya kes kecurian kerana jika rasuah, seseorang itu memperoleh duit secara haram daripada individu yang lain,” dakwa blog itu.

Antara lain, blog itu mendakwa seorang individu telah memperoleh sehingga 84 projek berlainan bernilai lebih RM200,000 secara rundingan terus bagi tahun 2008 di kawasan DUN Exco tersebut.

Penulis blog itu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘T4TBH’ atau ‘truth for Teoh Beng Hock (kebenaran untuk Teoh Beng Hock)’ turut mendakwa mendiang telah meninggalkan salinan bukti berupa senarai lebih 300 projek kecil tersebut.

“Bagi menyelamatkan diri, Beng Hock telah membuat salinan semua dokumen, lengkap dengan nama syarikat yang mempunyai kaitan langsung dengan parti pembangkang dan Exco Selangor.

“Mendiang kemudiannya meninggalkan maklumat lengkap mengenai aktiviti penyelewengan tersebut yang disimpan di dalam cakera keras kepada seseorang,” dakwa blog itu lagi.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah menafikan dakwaan beliau terlibat dalam aktiviti mengelapkan wang peruntukan pembangunan ADUN.

Katanya, dakwaan tersebut yang disiarkan dalam laman blog hari ini adalah tidak berasas dan satu cubaan untuk memburukkan imej beliau serta ADUN DAP di Selangor.

“Saya nak jelaskan dakwaan dalam blog mengenai saya adalah tidak benar, tidak berasas dan hanya mahu memburukkan nama saya serta ADUN pakatan pembangkang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hian Wah yang juga Exco kerajaan negeri menjelaskan mungkin ada pihak tertentu yang mahu mengenakannya dengan mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa Beng Hock

sumber : utusan malaysia

Komen PB

Rahsia besar kegiatan penyelewengan DON -DON DAP dalam kerajaan negeri Selangor sudah semakin PANAS !! Dari hari ke hari kegiatan mereka dibongkarkan dan kini yang terbaru oleg sebuah blog Truth For Teoh Beck Hock . Bongkar terus semua masalah ini SPRM !!! Mereka telah salahgunakan peruntukan dengan merekacipta projek ,syarikat ,invoice palsu untuk guna peruntukan RM 500,000 duit rakyat .

default

Amaran dari Perkasa untuk GMI

on Thursday, July 23, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






KUALA LUMPUR 22 Julai - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi kata dua kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) supaya membatalkan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara bagi membantah akta itu pada 1 Ogos ini.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika ia dipersetujui, pihaknya akan merayu Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) supaya membatalkan demonstrasi menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadual berlangsung pada tarikh dan kawasan yang sama.

Sekiranya tidak diendahkan GMI, Ibrahim menegaskan pihaknya akan turun padang menyertai demonstrasi Pewaris dan menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menyertainya.
Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa memastikan rancangan GMI itu digagalkan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

"Perkasa tak pernah turun ke jalan raya tunjuk perasaan, namun apabila kita komited kita akan genggam bara api sampai jadi arang, kita bukan turun (berdemonstrasi) untuk main- main.

"Saya sendiri sudah lama tak berucap pada acara tunjuk perasaan tapi kalau saya sudah mula, saya tidak akan berhenti," tegasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pada 1 Ogos ini, GMI yang membantah ISA dan Pewaris yang mempertahankan akta itu akan berdemontrasi dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum mereka.
Kedua kumpulan yang berbeza pandangan itu dijangka bertembung di jalanan kerana mereka menggunakan laluan yang sama ke Istana Negara.


Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, penglibatan Perkasa dalam isu itu bukannya untuk mengeruhkan keadaan sebaliknya kerana mahu melihat demonstrasi dan perarakan itu tidak berlaku demi kestabilan dan keamanan.

Katanya, Perkasa bimbang ia akan mencetuskan keadaan huru-hara memandangkan terdapat pelbagai isu berbangkit seperti kematian pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang kini dieksploitasi pihak tertentu sehingga berbaur perkauman.

Katanya, jika tidak bertembung dengan kumpulan penyokong ISA sekalipun, perhimpunan GMI itu terdedah kepada provokasi oleh pihak yang bertanggungjawab.

"Saya syak mungkin ada dalang di sebaliknya, ia bukan soal ISA sahaja tapi mereka mungkin ada niat untuk cetuskan sesuatu yang tidak baik bagi mengalihkan perhatian rakyat dalam isu tertentu," katanya.

Ditanya sama ada tindakan pihaknya yang turut berdemonstrasi akan memburukkan keadaan, Ibrahim dengan tegas berkata: "Terpulanglah kalau itu dikehendaki GMI yang mahu himpunkan 40,000 orang.
"Dia kena ingat penduduk Malaysia semuanya ada 26 juta, GMI tak boleh paksa semua orang ikut kehendak dia,'' katanya.

Komen PB

Buat Datuk Ibrahim,Datuk Fuad, Dato Maamor Osman ,sdr Rahimuddin , teruskan pejuangan membela bangsa,agama dan negara!! Anda adalah Pewaris dan Pejuang kepada perjuangan datuk ,nenek kita .


Link
Pewaris, 10 NGO Melayu ke Istana Negara sokong ISA

PRO ISA tambah lokasi dan bertambah sokongan NGO Melayu

default

Nik Aziz dan PAS takut hendak ulas isu pegang lilin Nizar

on Wednesday, July 22, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



INILAH BAHAYANYA APABILA ISLAM JUGA HENDAK DI LIBERALKAN



RANTAU PANJANG: Pas menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Dr Mohd Nizar Jamaluddin, yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, berkata pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama Pas untuk kemukakan sebarang pandangan. "Kita serah sahaja kepada Dewan Ulama Pas untuk tentukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek fasa kedua di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zambry yang mahukan ulama Pas memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar yang menyalakan lilin untuk memperingati kematian Teoh. Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, enggan mengulas tindakan Nizar itu. Ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir, kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi. "Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun dia (Zambri) tak pakai... Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim. - Bernama

Komen PB

haha nak ketawa juga aku Parti Islam takut nak keluar fatwa mengenai upacara memegang lilin oleh pemimpin mereka Nizar Jamaluddin .Kenapa Nik Aziz takut hendak keluarkan kenyataan ??? Tuduh UMNO parti ajaran sesat Ayah pin ,komunis pandai pulak dan cepat . Ini nak main tolak hang aku pulak .Apa semua ini ?? Kalau dah orang PAS cakap Nik Aziz seorang Ulama , mengapa takut nak katakan kebenaran tentang islam. Bimbang hilang sokongan politk ? Atau takut DAP marah ke ??

Tapi memang aku puji la Jeneral Erdogan Husam Musa orang terawal yang keluarkan fatwanya pertahankan Nizar iaitu Pegang lilin boleh, tetapi pegang lilin dan menunduk-nunduk tidak boleh

Cuma nak tanya Husam dan Nik Aziz apa hukum Anwar dan Azmin membongkok seperti sembah ke colok dan limau cina tu dan gambar mendiang . Tak haram ke?

default

Jika berlaku kes ini kepada orang Melayu ,mana perginya PR ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Apabila menjenguk blog rakan saya rbf mengenai isu kematian Siti Farihan , terdapat persamaan antara kes beliau dengan teoh kerana mereka terbunuh di dalam kawasan jagaan tempat kerajaan . Siti Farihan terbunuh di dalam kawasan UKM dan Teoh terbunuh di dalam kawasan SPRM .

Apabila ada orang mati dalam kawasan bangunan SPRM seperti teoh maka terus dituduh SPRM sebagai pembunuh oleh DAP dan Anwar Ibrahim

Bagaimana pula dengan Siti Farihan ? Mana pergi nya pejuang2 keadilan melayu seperti salahuddin ayub , Sam AMK , Khalid Ibrahim ,anwar ibrahim ??
Dimanakah Pas dan Pakatan Penipu Rakyat apabila pada 22 Jun 2009, pelajar Melayu Wan Siti Farihan telah terjatuh dari tingkat empat Kolej Kediaman Pendeta Za'aba.

seperti rakan saya rbf cakap Apakah kita boleh gelarkan UKM sebagai pembunuh ? klik di sini beritanya

Bila Anwar dok kelentong cakap semasa memberi ucapan di Sunway Hotel iaitu " Anak Melayu anak saya ,anak cina anak saya,anak india anak saya , anak iban/kadazan anak saya " seperti di bawah ,

kenapa anak Melayu di UKM ini mati tidak dibela pun seperti teoh ??? Aku ingat kalau yang jatuh dari bangunan SPRM itu adalah Melayu tentu confirm Pakatan rakyat tidak akan ambil tindakan apa-apa tindakan ...Fikir-fikirlah la...

default

Kematian Beng Hock alihkan pandangan dari rumah Khalid dipersoalkan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Kematian Beng Hock alihkan pandangan dari rumah Khalid dipersoalkan
Monday, July 20 @ 16:58:21 MYT

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim merasa rimas apabila ADUN Sekincan menimbulkan isu mengenai rumah Dato Seri Dr Khir Toyo. Dia tahu akhirnya orang akan menimbulkan persoalan mengenai rumahnya.

Orang biasa mungkin boleh dijawab dengan alasan dia dahulu orang korporat dan kononnya dia mampu. Bolehkah alasan itu digunakan? Itukah sebenarnya?

Saya pernah memasuki rumah Khalid semasa ianya dalam pembinaan pada akhir tahun 90an. Pada mulanya, saya terdorong atas perasaan ingin tahu rumah yang dikatakan kepunyaan seorang ahli korporat Cina. Rumah yang terletak atas bukit di Damansara itu kelihatan dari bawah seolah-olah rumah rekabentuk Siam.

Kami meminta izin dari Pengurus Tapak untuk tengok sedikit-sedikit. Dia agak keberatan tetapi kami nyatakan kami dari industri pembinaan dan minat ingin melihat rekabentuk rumah. Sedikit pun kami tidak bertanya siapa tuan punya rumah itu tetapi hanya berbincang mengenai reka bentuk dan pembinaan rumah.

Sempat juga kami bertanya harga pembinaan. Kami diberitahu harga RM6 juta buat setakat itu kerana ada lagi tambahan, ubah suai dan ini tidak termasuk hiasan dalaman. Katanya, semua sekali termasuk harga tanah sudah mencapai RM16 juta beberapa tahun lepas.

Rumah itu banyak menggunakan kayu dan mahal kerana banyak kos ukiran dan menggunakan cara pertukangan rumah lama kurang menggunakan paku.

Semasa melihat-lihat pelan, kami ternampak sebuah lukisan logo besar dalam tulisan Jawi yang akan diukir ke atas kayu. Tertulis nama Khalid Ibrahim. Tahulah kami tumah itu kepunyaan Khalid.

Anwar membuat kenyataan mempertahankan Khalid supaya rumahnya tidak dipersoalkan. Mungkin Anwar boleh menjawab dimana Khalid dapat duit sebanyak itu untuk membina rumah sedeikian rupa? Berapakah gaji Khalid semasa memegang jawatan Pengurus dan naik hingga menjadi CEO PNB untuk dapat menyimpan duit untuk membina mahligat dan membeli saham Guthrie?

Kita tahu bahawa Khalid berhutang untuk mengambil peruntukkan saham Guthrie sebanyak 5% dan jumpah tawaran sebanyak 15%. Malah baru-baru ini, Khalid disaman Bank Islam kerana tidak dapat membayar hutang sebanyak RM66.6 juta. Dengan demikian, Khalid berhutang puluhan juta semasa memegang jawatan Executive Chairman Guthrie.

Jadi bagaimana Khalid biayai pembinaan rumah itu? Tunai atau hutang? Jika tunai, dimana dia dapat duit tunai sedemikian banyak jika dia masih berhutang dnegan Bank lagi? Kalau hutang, bolehkah dia bersikap telus dan tunjukkan dokumen-dokumen sebagaimana Dr Khir sedia lakukan?

Untung Khalid diselamatkan oleh kontroversi berkenaan kematian Teoh Beng Hock yang sengaja ditimbulkan oleh DAP. Padan Khalid bersungguh-sungguh dalam demonstrasi di depan Plaza Masalam. Selagi ini berterusan, hilanglah cerita rumah Khalid.

sumber : Selangordaily.com

Komen PB

Bila lihat seorang lagi anak ibrahim yang sedang menjadi MB di negeri yang kerajaanya dikontrol oleh kongsi gelap ,memang kaya dan dasyat juga rumahnya seperti istana. Bila hang tuduh orang lain ada rumah besar ,tak sedaq ke rumah hang tu pun kaya raya dan megah seperti istana.

default

Pengorbanan Melayu mesti dihargai - Tun M

on Tuesday, July 21, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


KAKI DALAM KASUT

1. Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

3. Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

4. Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

5. Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

6. Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

7. Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

8. Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

9. Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

10. Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

11. Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

12. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

13. Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

14. Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

15. Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

16. Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

17. Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

18. Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

19. Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

sumber : blog chedet.cc

LINK

MELAYU MESTI BERANI BERUBAH
Wacana : Perjuangan Belum Berakhir
Wacana : Melayu Bermaruah Berjaya Hebat

Komen PB

Oleh kerana PB juga berada di Wacana Kedudukan Institusi Beraja,Melayu ,Perlembagaan Persekutuan di PWTC dan mendengar ucaptama oleh Tun M dan memang betul ada seorang pensyarah UIAM ,perempuan bertanya soalan yang agak kontroversi itu tetapi Tun M telah menjawab dengan baik bahawa kita hanya hendak pertahan Hak-hak kita saja bukan kita hendak kacau hak orang lain dan mendapat tepukan gemuruh hadirin semua. Mungkin Tun M tertarik dengan soalan itu dan terus beliau menulis di blognya untuk menjelaskan lebih mendalam maksudnya itu yang diberi tajuk Kasut dalam Kakinya..

default

Dr Asri tegur sikap PAS cerca orang lain kerana perbezaan pendapat

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Dr Asri tegur sikap PAS cerca orang lain kerana perbezaan pendapat

Oleh ZIEMAN

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menegur parti PAS agar tidak terus mencerca orang lain hanya disebabkan perbezaan pendapat.

Menurut beliau, PAS yang memperjuangkan Islam sepatutnya tahu bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan diadili oleh Allah di akhirat kelak.

"Perkataan Islam disebut dalam PAS, adakah mereka lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat.

"Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?," katanya kepada mStar Online.

Dr Asri juga menyifatkan isu 'Kerajaan Perpaduan' adalah satu contoh yang menunjukkan PAS bukan hanya mencerca pihak lain malah pemimpin-pemimpin mereka yang menyokong konsep tersebut turut menerima nasib yang sama.

"Sehingga kepada sesama sendiri pun dicerca dan dihina. Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu 'Kerajaan Perpaduan'," katanya.

Tegasnya, ada pihak dalam PAS sendiri yang menghalalkan cercaan itu dengan memberikan alasan 'orang lain' lebih teruk.

"Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?

"Apa akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya 'jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki'," ujar belia lagi.

Dr. Asri juga tidak menolak kemungkinan PAS akan bertindak menghina beliau selepas kenyataannya ini dikeluarkan.

"Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

"Mereka maki Tan Sri Harussani (Mufti Perak) apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya... dulu, mereka juga pernah memaki saya," katanya.

Dr. Asri menjelaskan, beliau bukan bermusuh kepada PAS tetapi ia hanya sebagai teguran seperti mana yang pernah dilakukannya terhadap parti Umno.

Beliau berharap pemimpin tertinggi PAS dapat menasihati ahli-ahli mereka terutama yang menjadikan laman blog sebagai medium untuk mencerca orang lain supaya lebih berakhlak.

Jelasnya, generasi muda pada masa ini semakin bijak menilai bahawa budaya politik maki hamun dan carut-marut hanya kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam.

sumber : mstar

default

Mengesan dalang komplot Teoh

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Oleh NTanwar, AIDCclub

Kematian Teoh Beng Hock umpama senjata baru kepada Anwar Ibrahim (penasihat PKR), Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor-PKR), Ronnie Liu (Exco Selangor-DAP), Ean Yong Hian Wah (exco Selangor-DAP).

Kalau sebelum ini, Anwar Ibrahim, kerajaan Selangor dan DAP Selangor dilanda kemelut dalaman, Anwar dengan kes liwatnya, Khalid Ibrahim dengan kecaman sesama sendiri (Azmin Ali), DAP Selangor pula dengan penyelewengan dan kongsi gelap, kini semuanya 'terhenti' dengan matinya seorang Setiausaha politik exco Selangor bernama Teoh Beng Hock.


Anwar, Khalid, Ronnie Liu, Ean Yong Hian Wah, cepat-cepat bingkas menuduh kematian Teoh angkara SPRM. Sehari selepas mati, PR yang diketuai oleh Anwar telah menjatuhkan hukuman, SPRM bersalah. Belum ada siasatan, belumpun mayat dikebumikan, tetapi Anwar sudah tahu siapa pembunuhnya. Macam mana Anwar tahu ?

Siapa Anwar, nak menjatuhkan hukuman ikut kepalanya sendiri ?

Sebelum rakyat Malaysia diasak minda dengan propanganda 'racist' Anwar Ibrahim, sekarang mari kita jejaki kes ini secara lebih terperinci.

Siapa Teoh ?

Teoh adalah Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah (DAP). Berumur 30 tahun dan berasal Melaka. Ada yang mempertikaikan status Setiausaha politik yang disandang oleh Teoh, kerana taraf exco kerajaan negeri tidak memperuntukkan jawatan sebagai 'Setiausaha Politik' tetapi hanya diberi jawatan hakiki sebagai 'pembantu khas' sahaja, tetapi biarkanlah jika exco DAP itu ingin mengangkat status pembantu khasnya sebagai Setiausaha Politik, suka hati dia lah.

Teoh adalah bekas penuntut UKM. Di kampus itu dia mengenali tunangnya,Soh Cher Wei. Selepas tamat belajar, dia bekerja sebagai wartawan di Sin Chew Daily (Sin Chew Jit Poh, Chinese Daily) berpejabat di Kajang.

Sebagai wartawan, dia banyak berkenalan dengan tokoh-tokoh politik Cina khususnya dari DAP. Maka tidak hairanlah, dari wartawan, dia menjadi pembantu khas kepada Tony Pua, Ahli Parlimen DAP, Petaling Jaya Utara dan pembantu khas (Setiausaha Politik) kepada ADUN DAP Sri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, 29 tahun.

Kawan baik Teoh di Chinese Daily, Tan Yu Chyan berkata Teoh berhenti sepenuhnya sebagai wartawan pada April 2008 setelah bekerja dengan Ean Yong Hian Wah.

Teoh digambarkan oleh kawan-kawan rapatnya, mula bosan dengan karenah kekotoran politik setelah berkhidmat selama satu tahun tiga bulan (sehingga tarikh kematiannya) kepada Ean Yong Hian Wah.

Teoh juga terdedah dengan permainan politik kotor yang ditanggung oleh bosnya, Ean Yong Hian Wah yang memegang jawatan sebagai ADUN Sri Kembangan, Pengerusi DAP Selangor dan exco kerajaan Selangor yang memegang bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor.

Bidang kuasa Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram ini akan menghubungkan Ean dan Teoh kepada kancah kumpulan-kumpulan Cina cauvanis (Kampung Baru) dan kumpulan gangter dan kongsi gelap Cina yang sering menjalankan perniagaan secara haram.

Sebab itu, seminggu sebelum kematian Teoh pernah meluahkan perasaan tertekannya terus terlibat dalam kancah politik kepada Daniel Chong, (pembantu khas kepada Ronnie Liu). Daniel Chong mengakui Teoh pernah meluahkan kepadanya untuk meninggalkan dunia politik dan menyambung pengajian ke peringkat master dalam bidang undang-undang.

Oleh itu mudah difahami kenapa bapa Teoh, How Meng Hui, 60, tidak begitu gembira anaknya berkecimpung dalam politik. Menurut bapanya, dia sekeluarga pernah meminta mendiang supaya tidak bekerja sebagai Setiausaha Politik kerana menganggap ia berisiko tinggi.

Bapanya juga yakin anaknya bukannya membunuh diri, tetapi telah disabotaj oleh pihak lain.


Teoh bukan suspek, tetapi saksi SPRM


Teoh dipanggil ke SPRM pada 15 Julai, bukan kerana dia didakwa melakukan penyelewengan, tetapi sebagai saksi kepada bosnya Ean Yong Hian Wah yang didakwa antara empat exco Selangor yang menjadi suspek penyelewengan dana kerajaan negeri.

Selain Ean, exco Selangor lain yang turut menjadi suspek menyelewengkan wang peruntukan negeri adalah Ronnie Liu, exco Selangor yang memegang Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.

Menurut Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul, Teoh datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang 15 Julai untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi itu.

“Dia adalah saksi untuk kes itu dan kami selesai merakamkan percakapannya bagi membantu siasatan berhubung salah guna wang peruntukan ADUN Selangor itu" kata Mohd Shukri.

"Dia berjanji akan datang kembali ke pejabat SPRM Selangor pada 16 Julai untuk membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan", katanya lagi.

Mohd Shukri berkata, semasa siasatan dilakukan, Teoh memberi kerjasama sepenuhnya dan tidak menunjukkan sebarang rasa tertekan pada riak wajahnya.

Selepas habis siasatan, Teoh dikatakan memohon untuk tidak balik ke rumahnya, sebaliknya pohon untuk berehat di bilik tetamu pejabat SPRM. Pada pukul 6 pagi, dia masih kelihatan tidur di atas sofa dan selepas itu SPRM tidak melihatnya.

Pada jam 1.30 tengahari (16 Julai), mayat Teoh ditemui dalam keadaan terlangkup di tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam.


Persoalan-persoalan berbangkit

1. Kenapa selepas habis siasatan, 3.45 pagi, Teoh memohon untuk tidur di bilik tetamu SPRM sehingga jam 6.00 pagi ? Adakah Teoh takutkan 'sesuatu' dan mengambil keputusan untuk tidak terus balik ke rumah pada jam 3.45 pagi serta mengambil keputusan untuk balik selepas jam 6.00 pagi (16 Julai) kerana waktu itu lebih selamat kerana telah ada orang datang bekerja ?

2. Seandainya 'ketakutan' itu menghantui Teoh, siapakah 'orang yang ditakutkan' itu. Adakah Teoh dapat menjangkakan, kehadirannya di pejabat SPRM pada jam 5 petang, 15 Julai tidak begitu disenangi oleh bosnya Ean Yong Hian Wah ?

Ean, bos mangsa tahu SPRM sedang menyiasat kesnya. Foto menunjukkan pegawai penyiasat SPRM sedang bersalaman dengan Ean di pejabat exco Selangor itu. Teoh (kanan) sedang menelefon


3. Apa perasaan Ean Yong Hian Wah apabila pembantunya telah diwajibkan hadir ke pejabat SPRM, Selangor, pada jam 5, 15 Julai. Adakah Ean gelisah, takut dan bimbang jika sekiranya pembantunya membocorkan segala rahsia penyelewengannya dalam kerajaan negeri.

4. Jika Ean takut sangsi dengan pembantunya yang dibimbangi akan membocorkan segala rahsianya yang menjadi suspek SPRM, apakah tindak balas Ean seterusnya untuk menutup mulut pembantunya ?

5. Ketakutan Ean pula kerana apa ? Adakah takut pendedahan penyelewengan dana kerajaan negeri yang sedang disiasat oleh SPRM atau bimbang terbongkarnya penglibatannya dengan tali temali kegiatan kongsi gelap yang di bawah jagaan jawatankuasanya ?

6. Ketakutan Ean, jelas kelihatan, apabila dia bersama-sama dengan Ronnie Liu, kawan baiknya menyerbu ke pejabat SPRM, sebaik sahaja mendapati Teoh telah mati dibunuh. Kenapa hanya Ean dan Ronnie Liu sahaja yang datang menyerbu ke pejabat SPRM, kenapa tidak exco-exco lain, Teresa Kok, Elizabeth Wong, misalnya ?

Tan Boon Hwa, aktivis DAP, ahli Majlis Perbandaran Kajang, turut disiasat SPRM tetapi enggan berkerjasama. Malah ketika ditemui polis untuk mendapat keterangan kematian Teoh, dia juga menolak untuk bekerjasama. Tan Boon Hwa adalah kroni Ronnie Liu

7. Kalau Teoh 'takut', dan sanggup tidur di bilik tetamu SPRM, bagaimana pula dengan Tan Boon Hwa (ahli majlis perbandaran Kajang) yang turut disoalsiasat oleh SPRM pada tarikh sama, dan selesai siasatan pada jam 2.00 pagi. Ke mana Tan pergi selepas siasatan itu, adakah terus pulang ke rumah atau berlegar di sekitar plaza itu, kerana tidak maklumat mengatakan Tan bermalam di pejabat SPRM. Teoh dikatakan bekerjasama dengan SPRM, manakala Tan pula menyatakan kepada media, dia tidak akan sesekali bekerjasama dengan SPRM ataupun polis.

8. Kenapa mayat Teoh dijumpai di Tingkat 5, Plaza Masalam, bukannya di Tingkat 14, atau 15 Plaza Masalam yang boleh dikaitkan dengan SPRM ?

9. Untuk makluman, Plaza Masalam, Shah Alam mempunyai banyak tingkat, dan hanya tingkat 14 & 15 adalah kepunyaan SPRM Selangor, manakala tingkat-tingkat lain dimiliki oleh pihak lain termasuk pelbagai agensi kerajaan lain, swasta dan badan persendirian.

10. Plaza Masalam juga mempunyai bangunan berkembar dengan pusat membeli belah yang sering dikunjungi ramai. Dalam pusat membeli belah Plaza Massalam, terdapat 'Old Town Coffee' yang turut didakwa dibiayai oleh sumber kewangan kongsi gelap dan Ah Long.

11. Seseorang yang ingin pergi/keluar dari SPRM mesti melalui pintu pusat membeli belah Plaza Masalam dan mendaftarkan diri di pondok pegawal tingkat 5 untuk naik lift ke tingkat seterusnya.

12. Apa yang ingin disimpulkan di sini, adalah apabila disebut Plaza Massalam bukan semuanya dimiliki oleh SPRM, tetapi plaza itu digunakan oleh pelbagai pihak lain, seperti agensi kerajaan lain, pihak swasta dan pesendirian, termasuk juga para peniaga seperti "Old Town Coffee".

13. Di Plaza Masalam itu, SPRM menyewa dua tingkat (14 & 15) sebagai pejabat SPRM Negeri Selangor. Ibu pejabat SPRM dalah di Putrajaya.

14. Jadi berdasarkan kedudukan lokasi Plaza Masalam yang digambarkan di atas, logikkah Teoh ditolak dari tingkap SPRM (tingkat 14 & 15) hingga jatuh ke tingkat 5 (atas bumbung) sedangkan mangsa tidak menunjukkan pendarahan teruk ?

15. Beza ketinggian antara bumbung tingkat 5 dengan tingkat 14 & 15, milik SPRM adalah 9 tingkat. Jadi jika benar mangsa ditolak dari tingkap SPRM, tingkat 14 & 15 apakah rupa bentuk yang sepatutnya mangsa alami, sebagai orang yang terjatuh dari ketinggian 9 tingkat ? Adakah kepala mangsa retak/pecah, kerana kedudukan kematiannya dilaporkan terlungkup ?

16. Berdasarkan foto yang disiarkan oleh Kosmo, mangsa tidak mengalami kecederaan teruk di bahagian bawah (muka, tangan dan dada), tetapi mengalami pendarahan di bahagian punggung. Kenapa terjadi begitu ? Sepatutnya jika mangsa jatuh terlungkup dari atas ke bawah, bahagian yang paling mengalami kecederaan adalah bahagian bawah (muka, tangan dan dada) dan bukan sebaliknya.

17. Apakah benar, sebenarnya mangsa sebenarnya 'takutkan' sesuatu, sebab itu dia mengambil keputusan untuk keluar dari pejabat SPRM (Tingkat 14 & 15) pada jam 6.00 pagi, dengan harapan ketika itu orang mulai datang membuka pejabat/kedai masing-masing ?

18. Apakah benar, 'orang yang ditakuti' Teoh, sebenarnya sudah menunggu di dalam bangunan Plaza Masalam (di luar bangunan SPRM) dari jam 3.45 pagi hingga ke 6 pagi ? Mungkin orang itu datang berkumpulan menunggu kelibat mangsa di setiap tingkat, sehinggalah mangsa ditemui mati di tingkat 5, Plaza Masalam, jam 1.30 tengahari (16 Julai) ?

sumber : anwaribrahimdotcom.blogspot.com

default

Pemuda UMNO Bantah Pelan Kenaikan Tarif Elektrik

on Monday, July 20, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Pemuda UMNO Bantah Pelan Kenaikan Tarif Elektrik


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui baru-baru ini membayangkan akan kemungkinan kenaikan tarif elektrik yang melibatkan kesemua pengguna elektrik domestik, baik pihak komersil dan pengguna biasa, sekiranya kertas kerja berkenaan diluluskan oleh mesyuarat Kabinet pada Rabu depan.

Sungguhpun Kerajaan menjelaskan bahawa kenaikan ini didorong oleh bebanan subsidi yang meningkat akibat kenaikan harga bahan api dan gas di pasaran, Pemuda UMNO beranggapan bahawa kenaikan tarif elektrik bagi semua kumpulan pengguna tatakala rakyat dan komuniti industri serta perniagaan masih lagi bergelut dan dibebani dengan impak kelembapan ekonomi dunia dan negara adalah amat tidak wajar.

Disamping itu, jika kos subsidi akibat kenaikan minyak menjadi sandaran, Pemuda UMNO ingin menjelaskan bahawa harga proksi minyak mentah iaitu West Texas Intermediate telah jatuh daripada harga purata bulannya pada Januari 2008, iaitu USD92.97 kepada USD69.64 pada Jun 2009 - yang menunjukkan penurunan harga sebanyak USD23.33 atau 25.1 peratus.

Malahan, kalau dianalisa pula kedudukan kewangan syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), selaku penjual akhir elektrik kepada pengguna, TNB merekod kenaikan jualan sebanyak 56.4 peratus daripada RM16.5 bilion pada tahun 2003 kepada RM25.8 bilion pada tahun 2008. Bukan sekadar itu, TNB juga mencatat purata keuntungan sebelum cukai tahunan sebanyak RM3.0 bilion dari tahun 2003 hingga 2008.

Pokoknya, jika sandaran kenaikan tarif dibuat berdasarkan kepada harga minyak - ianya sudah turun dan ironinya di sini adalah golongan awam dan peniaga terpaksa membayar harga elektrik yang lebih tinggi pada masa TNB mencatat jualan dan keuntungan berbilion ringgit, apatah lagi apabila Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) telah membuat beberapa cadangan agar kelonggaran tarif elektrik diberi kepada pengilang-pengilang untuk menolong mengurasi kos operasi mereka, dalam belanjawan 2010.

Dalam aspek ini, mungkin pihak Kerajaan dan TNB akan menjelaskan bahawa TNB kini mengalami kos kenaikan operasi setinggi 25.6 peratus menyebabkan keuntungan sebelum cukainya jatuh dari RM4.8 bilion pada 2007 kepada RM3.0 bilion pada 2008. Dalam hal ini, Pemuda UMNO ingin mengutarakan bahawa kenaikan komponen terbesar kos operasi TNB bukannya harga minyak tetapi kos Penjana Kuasa Bebas (IPP) yang meliputi 38.7 peratus atau RM8.7 bilion daripada kos operasinya, dan kos ini dijangka terus meningkat apabila IPP Jimah beroperasi pada tahun hadapan, dan menaikkan rizab tenaga elektrik negara daripada 40.8 peratus sekarang ini kepada 47 peratus.

Selama manakah beban IPP ini akan ditanggung dan apakah kita memerlukan rizab tenaga setinggi ini?

Sehubungan dengan itu, sebagai nadi dan aktivis pembelaan rakyat, Pemuda UMNO menggesa Kerajaan meletakkan kepentingan umum terlebih dahulu dengan mengkaji semula pelan menaikkan kadar tarif elektrik bagi seluruh pengguna awam, komersil dan industri berdasarkan senario semasa. Kerajaan hendaklah memastikan rundingan antara TNB dan IPP bagi penstrukturan semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dan menilai akan keperluan menyimpan rizab tenaga elektrik setinggi 47 peratus.

Janganlah kita hanya mendahulukan kepentingan akaun untung rugi korporat syarikat-syarikat gergasi terutama apabila rakyat masih lagi dibelenggu kemelut ekonomi semasa.

YB Khairy Jamaluddin

sumber : Rembau.net.my

default

UMNO akan terus menjadi harapan orang Melayu

on Sunday, July 19, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Kerajaan tidak pinggir Melayu

KUALA KANGSAR 18 Julai - Dasar liberalisasi ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak pernah meminggirkan kedudukan orang Melayu dan bumiputera seperti didakwa oleh pakatan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tanggapan UMNO dan kerajaan tidak lagi memperjuangkan hak orang Melayu ekoran pemansuhan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah tidak benar dan perlu diperbetulkan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menegaskan, hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa dan budayanya serta institusi raja seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan terus dipertahankan selagi UMNO berkuasa.

"Sebab itu apabila kita umumkan kelonggaran peraturan dalam Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), kita juga umumkan untuk wujudkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dengan modal sebanyak RM10 bilion, bermula dengan RM500 juta satu institusi bagi membantu masyarakat Melayu khususnya bumiputera menguasai ekuiti dalam negara.

"Ekuinas akan bertanggungjawab memastikan hak milik dan ekuiti bumiputera tidak akan berkurangan dan diharapkan dengan mekanisme baru ini, bumiputera akan dapat menguasai saham lebih daripada apa yang ada hari ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Padang Rengas di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, ia merupakan antara usaha kerajaan untuk membantu orang Melayu, tetapi telah diputarbelitkan oleh pembangkang kononnya kerajaan tidak lagi mempertahankan hak orang Melayu sehingga bumiputera tidak mampu berhadapan dengan persaingan.

Link

PERKASA MAHU LIBERALISASI TERPIMPIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.