Archive for October 2010

default

KTMB cipta sejarah lancar tren kargo terpanjang di Asia Tenggara

on Tuesday, October 26, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Kita lari sedikit daripada isu politik seketika . PB selaku peminat Keretapi cukup tertarik dengan artikel ini iaitu Tren 26 Buatan China milik KTMB telah mencatas sejarah d Asia Tenggara apabila menjadi tren pertama kargo boleh menarik sehingga 50 gerabak .

Syabas KTMB !!


PADANG BESAR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatat sejarah apabila melancarkan Tren Kargo Terpanjang Menggunakan Lokomotif Tunggal yang menarik 50 gerabak di Stesen KTMB Padang Besar di sini semalam.

Pengurus Besar Perkhidmatan Kargo KTMB, Azman Ahmad Sharabi berkata, kargo terpanjang di Asia Tenggara itu membawa 100 TEU (unit bersamaan 20 kaki) sepanjang 900 meter itu berlepas dari Stesen KTMB di sini ke Pulau Pinang.

Katanya, itu mengambil masa sembilan jam untuk sampai ke Pulau Pinang dan tempoh itu dapat disingkatkan kepada di antara empat dan lima jam apabila landasan berkempar Ipoh-Padang Besar siap sepenuhnya pada 2013.

"Lazimnya sesebuah lokomotif menarik sehingga 20 gerabak dan boleh ditingkatkan kepada 25 gera- bak atas permintaan pada satu-satu masa.

"Namun, dengan pemilikan aset baru dengan loko- motif yang lebih berkuasa tinggi kelas 26 dan 29, ia dapat ditingkatkan dan boleh membawa sehingga 50 gerabak pada satu-satu masa," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kargo Terpanjang Asia Tenggara di sini.

- KOSMO!

default

Live dari Dewan Merdeka - sesi pergulungan

on Saturday, October 23, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

3.15 pm

Ucapan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dimulakan ucapan dengan surah Al-Imran ayat 51. Memuji kejayaan Makmal Pemuda.

Berpuas hati dengan hasil usaha Makmal Pemuda BN sehingga idea2 yang dicetuskan makmla telah mendapat perhatian PM dalam Budget 2011 . KJ juga mencadangkan program institusi pemikiran Umno ditubuhkan bagi membantu Umno untuk menang dalam peperangan mind ini a. Ia dapat menjadi titik sentuh sebagai nadi yang mengerakkan jentera kerajaan.


Sebelum menamatkan ucapannya . KJ selaku Ketua Pemuda UMNO menggelarkan Pakatan Rakyat sebagai raksasa hodoh 3 kepala yang ingin menguasai negara.

Dengan penuh bersemangat , Pemuda UMNO sanggup menjadi pahlawan bagi mempertahankan Putrajaya serta untuk menawan semula Dun Galas dan pertahankan Parlimen Batu Sapi .

default

Gambar - gambar sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2

on Friday, October 22, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

KJ sedang live online dengan golongan muda di bilik media NST

perwakilan dari Pemuda PP



Datuk Muhkriz cukup mudah didekati rakyat .. Pakcik ini memang peminat
kepada Tun M , tak pa dapat bergambar dengan anak dia pun tak pa

Apa yang diperkatakan Dr Novandri kepada Datuk Muhkriz ?




suasana di gerai2 aras 3 PWTC


default

6000 jemaah solat Jumaat di surau Ar Rahman ,PWTC

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

lebih 6000 orang hadir solat Jumaat di Surau Ar Rahman ,PWTC





Alhamdulillah PB pertama kali bersolat Jumaat di Surau Ar Rahman , PWTC bersama 6000 orang jemaah . Surau ini bukan hari ini diadakan solat Jumaat seperti yang blog2 totok PAS sebarkan tetapi telah dimulakan pada 2 Julai 2010 lagi . klik di sini

Khutbah dan imam Solat Jumaat ini oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom . Semua perwakilan serta barisan kepimpinan UMNO termasuk Presiden UMNO dan Timbalan Presiden hadir menunaikan solat Jumaat sebelum menyambung sesi perbahasan pada jam 3.00 petang .

Mengikut dalam mazhab Syafie ,syarat sah solat Jumaat ialah dilakukan dalam banggunan yg dikhaskan untuk solat jumaat dan sekurangnya oleh 40 orang lelaki yang mustautin dan dikerjakan setelah membaca dua khutbah.klik di sini . Jadi tiada masalah diadakan solat Jumaat di PWTC ini kerana ia telah dikhaskan yang telah bermula 2 Julai lalu dan buat pertama kali dalam sejarah ia dilakukan ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO .

default

Benarkah calon PAS Galas pernah ditangkap khalwat ???

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Benarkah calon Pas ditangkap khalwat?

Jika benar, ia sesuatu yang mengejutkan. Ini kerana bakal calon Pas khususnya pakatan pembangkang di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Dr Zulkefli Mohamad bukan saja calon kitar semula malah dikhabarkan pernah ditangkap khalwat bersama isterinya sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Memetik laporan beberap blog termasuk theunspinners, dakwaan pernah ditangkap khalwat itu telah dikhabarkan orang setempat di Gua Musang.

Menurut blog ini lagi, perkara itu mungkin dianggap sebagai kisah lama. Hasil perkongsian mereka pun sudah sampai 10 orang. Namun persoalannya adakah calon yang berlatarbelakang ditangkap khalwat ingin ditonjolkan oleh Pas sebagai imej Islam dan penyambung warisan ulama?

Pemilihan Dr Zulkefli ini tidak disenangi ramai pihak di kalangan pemimpin Pas setempat. Malah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dikatakan membuat pembohongan apabila beliau berkata Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Sebenarnya, Nik Aziz sudah berbohong kerana orang sebenar yang melakukan kerja cemerlang yang dikatakan adalah hasil usaha Allahyarham Chek Hashim Sulaima adalah Hussein Awang.

Dr Zulkefli sudah dua kali kalah. Sudah dua kali ditolak pengundi Gua Musang.

Hussein dilihat ramai sebagai lebih layak kerana dia yang menjalankan kerja sepanjang masa arwah Chek Hashim menanggung sakit.

Bukan sahaja, Hussein yang kecewa, seorang lagi yang turut tidak puashati dari senarai calon, ialah Abdullah Husin.

Abdullah telah mengarahkan penyokong-penyokongnya dari kalangan Pemuda untuk mendesak Nik Aziz mencalonnya.

Dia juga telah menghimpunkan Pemuda untuk satu majlis untuk membantah pencalonan Dr Zulkefli tetapi rancangan itu telah dibatalkan.



Mungkin hero Pas, Mat Sabu boleh komen kisah romantik Hotel Perdana, Abang Din Pudu Raya juga kalau berani boleh ulas!.


sumber : umno online


Komen PB

PAS selalu berbangga dengan calon mereka yang dikatakan Islamik dan bersih . Adakah kerana PAS menerusi Nik Aziz hanya mensyaratkan calon mereka bukan perokok sahaja sebagai kriteria utama .

Jika benar calon PAS ini pernah ditangkap khalwat seperti yang dihebohkan sendiri oleh penduduk Gua Musang , bermakna PAS boleh diibarat meludah langit akhirnya terpercik ke muka sendiri .

Ini kerana PAS dulu selalu cakap tentang moral calon seperti di PRK Prmtg Pasir di mana PB masih ingat lagi Nasrudin Tantowi dan Mr Bean Mahfuz menjaja kisah fitnah kononya calon BN mempunyai isteri no 1 adalah tidak benar.


default

Beri pas media kepada Malaysiakini tindakan bodoh !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Semalam , Umno telah membuat kesilapan besar apabila mengeluarkan pas media kepada Malaysiakini bagi membolehkan wartawannya membuat liputan sempena perhimpunan agung parti itu.


2 pas dikeluarkan kepada portal berita yang bukan bebas itu tetapi menyokong Pakatan oleh sekretariat UMNO . PB mendapat maklumat ini semua adalah kerja Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang membangkitkan isu selepas rintihan wartawan kaki spin dan suka memaparkan berita buruk mengenai kerajaan dan UMNO .


Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana wartawan Malaysiakini sentiasa melaporkan berita buruk mengenai UMNO. terbaru klik di sini . Amat bodoh la kita membenarkan tetamu yang tidak diundang ini masuk rumah kita . Ibarat mengajak kaki fitnah masuk ke rumah untuk mencari cerita masalah dalaman dalam rumah kita .

Kepada Ketua Pemuda UMNO dan pemimpin UMNO , jangan terkejut la gambar2 buruk anda seperti tidur dan lain-lain akan ditunjukkan lepas ni dek kerana kebodohan kita untuk menunjukkan kebebesan media .

default

Kerajaan PAS Kelantan macam kerajaan Abu Nawas

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Kerajaan Pas Kelantan diibaratkan sebagai kerajaan Abu Nawas kerana Menteri Besarnya yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang pemimpin yang kuat ‘auta’.

Datuk Alwi Che Mat yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden mendedahkan bagaimana beliau menjadi mangsa kepada Nk Aziz pada persidangan Dewan Undangan (DUN) Negeri Kelantan.

“Saya tanya kenapa terlalu marahkan UMNO hingga sanggup berkawan dengan syaitan dan iblis, malah hingga sanggup mendoakan perkara yang tidak baik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w ketika ditanya bagaimana untuk masuk syurga, baginda menjawab sebanyak tiga kali iaitu jangan marah. Bagaimanapun Nik Aziz kata beliau akan menjawabnya pada sebelah petang.

“Ketika menjawab soalan berkenaan, Nik Aziz kata nafsu tidak boleh ditahan. Ia mesti dikeluarkan. Sebab itulah tok-tok guru semuanya kena kahwin…kalau tidak kahwin tidak ada maknanya dan jadilah macam paderi.

“Saya kemudiannya bangun. Saya kata , yang saya tanya adalah nafsu amarah dan jawapan yang diberikan adalah nafsu syahwat. Saya tanya buah oren kenapa pula dijawabnya buah epal. Tengok bagaimana dia pusing,” katanya .

Alwi yang juga Ketua Penerangan UMNO Kelantan menegaskan, kerajaan Pas Kelantan bukan sahaja gagal dalam pengurusan, malah turut gagal meningkatkan mercu syiar Islam.

“Saya juga pernah bertanya di dalam dewan persidangan..Apakah kegemilangan Islam yang telah dicapai oleh kerajaan Kelantan. Lalu dijawab oleh Nik Aziz kegemilangan Islam yang dibawa ialah bahawa pemindahan akaun kerajaan negeri kepada Bank Islam.

“Saya kata, letak duit di dalam Bank Islam itu bukanlah kecemerlangan Islam tetapi penubuhan Bank Islam itu sebenarnya kejayaan dan ia adalah hasil usaha UMNO. Naik kapal bukan kejayaan tetapi bina kapal itu adalah satu kejayan,” katanya sambil mednapat tepukan gemuruh para perwakilan

default

PAS + SYAITAN VS UMNO

on Thursday, October 21, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

gambar oleh : DET

Perwakilan Umno Kelantan yang menarik perhatian PB hari ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden .Datuk Alwi Che Ahmad dari Bahagian Ketereh mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini.

Timbalan Ketua Umno Ketereh Datuk Md Alwi Che Ahmad juga berkata, Menteri Besar Kelantan itu pernah bercakap dengan mendakwa sanggup berkawan dengan syaitan pun daripada berkawan dengan Umno.


“Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan. “Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno,”

Juak2 PAS memang terasa betul bila Alwi Che Ahmad sendiri balun PAS Kelantan diketuai Nik Aziz . Klik di sini blogger pencacai PAS marah betul bila tok guru depa diserang .

Mereka memang selalu tuduh UMNO kafir dan jahat , nah sekarang wali selipar mereka banggakan itu pulak cakap PAS sanggup kawan denga syaitan pun asalkan menang ..


PAS + syaitan VS UMNO

default

Gambar-gambar menarik Perhimpunan Agung UMNO 1

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

pose istimewa dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin. gambar ini
di ambil kamera bro semut hitam


Pemuda & Puteri sayap penting untuk survival UMNO

Najib memikirkan bagaimana mahu pertahankan Putrajaya daripada
jatuh ke tangan Pakatan

Presiden dan Timb Presiden



celoteh Pengerusi Tetap Datuk Paduka Amiruddin sentiasa menarik
perhatian perwakilan dan pemerhati

ribuan perwakilan memenuhi Dewan Merdeka



perwakilan khusyuk mendengar sesi perbahasan




Tun M dan Tun Abdullah bersalaman di perasmian Perhimpunan Agung UMNO

Presiden UMNO memeriksa perbarisan Pemuda , Puteri dan Wanita


default

Live dari Dewan Merdeka - sesi perbahasan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Wakil Kelantan Datuk Alwi Che Ahamad menarik perhatian PB ketika mengikuti sesi perbahasan ini . Beliau dengan sinis menggelarkan kerajaan PAS Kelantan seperti Kerajaan Abu Nawas . Beliau banyak menekankan UMNO perlu mempromosi apa yang telah dibuat untuk kebaikan rakyat dan mengikut cara Islam .

Seperti contoh beliau menceritakan pengalamannya apabila di dalam sidang Dun Kelantan dan bertanya kepada Nik Aziz apa yang dibuat oleh kerajaan negeri yang mencontohi kewangan ekonomi berteraskan Islam . Puak2 PAS ini menjawab apa yang mereka buat ialah menyimpan duit kerajaan negeri dalam Bank Islam . Sedangkan sistem perbankan Islam dibuat oleh kerajaan BN hasil perjuangan UMNO . Ini menunjukkan PAS hanya pandai cakap sahaja mengikut cara pemerintahan Islam tetapi gagal melaksanakannya






3.00 petang - Semua perwakilan memenuhi Dewan Merdeka bagi mengikuti sesi perbahasan bagi menyokong ucapan dasar Presiden .



default

Walau apapun terjadi , Putrajaya mesti dipertahankan - Najib

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Selesai pagi tadi ucapan dasar Presiden dan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2010 oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak . Najib dalam amantnya tasi banyak mengingatkan kepada ahli UMNO agar tidak lupa kepada sejarah asal perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu .

Selain itu , beliau juga mahu ahli ahli UMNO teguh berdiri mempertahankan negara kita daripada gangguan adu dumba sang petualang serta pengkhinat negara yang mahu menghancurkan keharmonian yang sudah dibina oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Presiden UMNO juga secara sinis menyelar pihak Pakatan yang sedang ditunggang oleh "Saudagar Mimpi" kini berusaha keras mengelirukan rakyat dengan pelbagai janji janji kosong demi mahu mencapai cita cita peribadi kununnya mampu menawan Putrajaya...

Diantara isu isu yang cuba dikelirukan kumpulan "Saudagar Mimpi" ialah meniup api pergaduhan dalam Perkara 153 Perlembagaan.

Diakhir ucapan Datuk Sri Najib berjaya meraih sokongan daripada laungan lantang seluruh hadirin dari dalam dan luar Dewan berjanji walau apa pun terjadi , beliau akan mempertahankan Putrajaya !!

default

Dr Asri sokong UMNO kerana berbangsa Melayu beragama Islam

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments






" Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat berada didalam ruang perhimpunan Agung Umno semasa perasmian serentak Perhimpunan Perwakilan Wanita,Pemuda dan Puteri Umno Malaysia oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apabila ditanya wartawan adakah Dr Asri sudah masuk umno sambil tersenyum Dr Asri menjawab sebagai orang Melayu dia sepatutnya menyokong parti yang sentiasa membela orang Melayu. Sebagai seorang islam tidak salah kita sebagai bangsa Melayu berjuang atas nama bangsa kerana orang Melayu juga beragama Islam katanya.-PSSR



Ketika perasmian Persidangan Pergerakan Wanita , Pemuda dan Puteri oleh TS Muhyiddin , dilihat kelibat Dr Asri telah hadir bersama ke majlis itu . Kenyataan Dr Asri apabila ditanya wartawan mengenai kehadirannya ke PWTC ini seperti di atas jelas memberi pukulan Knock Out kepada juak-juak PAS seperti Nik Aziz .

PAS selalu hantam UMNO ini parti yang mempejuangkan nasionalis dan bangsa tetapi pandangan seorang ulama seperti Dr Asri yang menyatakan sebagai orang Melayu dia sepatutnya menyokong parti yang sentiasa membela orang Melayu. Ini menunjukkan parti UMNO sentiasa berada di landasan tepat mempejuangkan agama dan bangsa.

PAS sebaliknya sekarang sibuk mempejuangkan hasrat DAP dan PKR dan sudah hilang idealisme perjuangan mereka yang sebenar .

default

Kaki spin Malaysiakini dihalau dari bilik media di Perhimpunan Agung UMNO

on Wednesday, October 20, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Menarik perhatian PB di PWTC hari ini , wartawan portal pembangkang Malaysiakini telah dipaksa keluar dari bilik media di perhimpunan agung Umno kerana tidak memiliki pas media yang dikeluarkan oleh sekretariat parti.

Semua mereka ini yang suka spin berita buruk mengenai UMNO tidak dibenarkan menggunakan bilik media oleh urusetia perhimpunan agung UMNO . Sudah lah buat cerita buruk mengenai UMNO ,ada hati nak kemudahan bilik media yg dikhaskan untuk media yang mempunyai pas dan diiktiraf oleh sekretariat pengurusan perhimpuan agung UMNO .

Selain daripada tidak dibenarkan mengunakkan bilik media , mereka ini juga dilarang memasuki dewan persidangan yang berlangsung . Selepas dihalau , melihat dilihat berada di aras 5 dan sedang update berita spin di dalam portal apa yg sedang berlaku di perhimpunan agung UMNO .

default

Live dari Dewan Merdeka : Persidangan Pemuda UMNO Malaysia 2010

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

4.30 petang

Wakil daripada Pulau Pinang mendedahkan pembohongan dan putar belit Lim Guan Eng, KM paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang.

Di antaranya ialah isu Kampung Pala, isu tanah di Balik Pulau sekarang untuk dibina IPT dan lain-lain. Siri pembohongan Guan Eng jelas menunjukkan Ketua Menteri PP ini telah menunjukkan siapa sebenarnya dirinya yang bertopengkan Khalifah Umar Abd Aziz di depan penyokong PAS



3.30 petang

Sekarang pembahas dari Kedah telah menyampaikan ucapan perbahasan Wakil dari Kedah itu menyatakan bahawa sokongan kepada KP Negeri Kedah sepenuhnya dan menentang sebarang bentuk usaha memecahbelahkan perpaduan dalam Pemuda UMNO Kedah .

Selain itu , kes Memali yang menggemparkan negara suatu ketika dulu pun turut disentuhnya dan beliau menyalahkan amanat Hj Hadi dari PAS kerana menyatakan perjuangan mereka menentang kerajaan ketika itu merupakan jihad. Beliau juga membangkitkan isu Pengerusi Perhubungan Negeri di negeri2 pembangkang supaya dikaji semula oleh kepimpinan UMNO bagi memberi peluang kepada pemimpin negeri2 ini menerajui sendiri .

Isu air juga turut disentuh oleh beliau dan Pemuda UMNO Kedah merasakan ia zalim dan menindas kepada rakyat. Pemuda UMNO Kedah berazam dan tekad untuk membantu parti untuk merampas semula Kedah dari pembangkang .

Selain itu, beliau juga menegur kepimpinan Pemuda diketuai KJ serta barisan exconya supaya turun padang membantu Pemuda Kedah dan juga negeri2 yang diperintah pembangkang .

default

Live dari PWTC : Persidangan Pemuda UMNO bermula hari ini

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







PB membawa berita live perhimpunan Agung UMNO ke 61 di PWTC . Hari ini ketiga-tiga sayap Umno iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri telah memulakan perhimpunan agung masing-masing hari ini .

Fokus utama ucapan2 perbahasan di perhimpunan dijangka menumpukan kepada usaha mengukuhkan jentera parti bagi membolehkan ketiga-tiga sayap menjadi barisan hadapan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Di persidangan Pemuda sehingga jam 12.00 tengahari , selepas ucapan dasar Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin ,diikuti Ketua Penerangan Pemuda dan perwakilan Sabah banyak menumpukan agenda memperkasakan parti serta . Di samping itu , menjelang PRK Galas dan Batu Sapi juga menjadi topik utama dalam perbahasan serta ucapan dasar Ketua Pemuda .


default

Fairus curi tumpuan sebagai orang baru UMNO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Semalam kemunculan pertama kali, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini mencuri tumpuan ramai termasuk Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para perwakilan .

Menurut sumber , ketika Najib menyampaikan taklimat di atas pentas di dalam dewan merdeka , beliau sempat menyapa Mohammad Fairus yang lengkap berpakaian kot, duduk di barisan depan sebelah kanan Dewan Merdeka.

Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata ketika disoal wartawan , sebagai orang baru dalam UMNO, beliau menyifatkan amanat Presiden tersebut sebagai azimat penting untuk memastikan kejayaan perjuangan parti.

Menurutnya, apa yang disampaikan oleh Najib amat penting untuk setiap ahli UMNO menghadapi realiti senario politik sekarang.

"Taklimat ini merupakan saat-saat paling penting untuk setiap pemimpin dan ahli UMNO menghayati asas perjuangan parti.

"Ia sebagai formula atau garis panduan kepada setiap perwakilan dalam merancang strategi perjuangan parti selepas ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas taklimat tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.


Biar apa pun orang hendak kata kepada beliau dengan pelbagai tuduhan fitnah oleh monyet2 dalan PKR , kini beliau lebih selesa bersama UMNO dan tidak perlu lagi difitnah dan hendak dicantas oleh geng 6 jahanam dalam PKR PP . PKR yang sedang menghadapi pemilihan sekarang jelas sebuah parti yang cacar marba dan kini boleh diibaratkan retak menanti bela .

default

Bila Tun M mula menyerang Anwar Ibrahim

on Tuesday, October 19, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusannya mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan meliwat kira-kira 10 tahun lalu merupakan satu tindakan tepat.

Ketika bercakap pada sesi dialog di hadapan 63 wakil daripada 22 parti dari 20 negara yang hadir pada program forum antarabangsa hari ini beliau turut menegaskan kes yang melibatkan bekas timbalannya itu bukan satu konspirasi.

Sebaliknya beliau berkata, usaha itu dilakukan secara berhati-hati iaitu dengan bersandarkan kepada fakta serta bukti yang ada kerana ia melibatkan perbicaraan di mahkamah selain turut membabitkan maruah seseorang.

“Sebagai seorang yang rasional mustahil kes Anwar ini hasil daripada konspirasi. Kes Anwar membabitkan institusi kehakiman dan di dalam institusi ini konspirasi sukar dilakukan kerana kita terpaksa berhadapan dengan banyak pihak.

“Kita bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan satu dua orang tetapi lebih 100 orang. Antaranya hakim, pendakwa, polis, saksi-saksi dan mangsa. Ini bukan kerja mudah kerana banyak pihak yang akan terlibat,’’ katanya pada sesi soal jawab itu.

Terdahulu Dr. Mahathir diberi penghormatan menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa Mengenai Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-64, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dr. Mahathir sebelum itu telah ditanya mengenai kes yang melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu oleh salah seorang peserta forum berkenaan.

Sehubungan itu Dr. Mahathir mahu semua pihak perlu berfikir sebelum membuat sebarang tuduhan apatah lagi Anwar di dalam kes terbarunya turut disabitkan tuduhan yang sama.

“Memang kita akui seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sehinggalah dia disabitkan bersalah oleh mahkamah tetapi dalam kes terbaru Anwar jelas ia sama seperti kesnya yang terdahulu.

“Ini menggambarkan seolah-olah kes ini ada asas kebenarannya. Kes yang terkini disabitkan pada era pemerintahan orang lain dan bukannya zaman pemerintahan saya. Persoalannya mengapa kesnya sama? Tidak mustahil wujud asas-asas kebenaran dalam kes yang melibatkan Anwar itu,’’ katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir ketika menjawab soalan tersebut turut menarik perhatian peserta bahawa sepanjang 22 tahun memimpin negara, beliau tidak pernah sekali mempelawa hakim hadir untuk majlis-majlis rasmi sama ada di kediamannya atau di tempat lain.

Sekiranya ada beliau berkata, ia hanya untuk Ketua Hakim Negara.

“Saya faham kedudukan hakim dan etika yang harus mereka patuhi. Sebagai hakim mereka perlu bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk golongan pemimpin kerana akhirnya mereka yang akan membuat keputusan bagi satu-satu kes,’’ katanya.

Menjawab satu soalan lain, beliau menegaskan, semua negara termasuk kuasa-kuasa besar perlu menghapuskan penggunaan senjata nuklear kerana ia bakal memberi kemusnahan kepada beribu-ribu nyawa manusia dalam sekelip mata.

Beliau berkata, adalah satu perkara yang tidak adil apabila hanya negara tertentu sahaja dilarang memiliki tenaga nuklear sedangkan kuasa-kuasa besar bebas menggunakannya.

“Adakah ini yang kita katakan demokrasi tulen? Bagi saya semua negara mesti dilarang daripada membangun dan menggunakan senjata nuklear kerana ia langsung tidak memberi faedah kepada keamanan dunia sejagat.

“Senjata nuklear hanya akan merosakkan bumi dan akan menyebabkan nyawa manusia terbang umpama tiada harga. Hentikanlah perang, hapuskan senjata nuklear. Insya-Allah dunia akan aman,’’ ujarnya.

default

Adakah orang ini warganegara yang setia ??

on Wednesday, October 13, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Lihat sendiri video dibawah. Cuba kita nilaikan apakah orang cina di dalam video ini layak dikatakan warga Malaysia yang setia kepada negara??? Penjawat awam iaitu Polis dianggap seperti sampah saja dan beliau menghina ikut suka hati mak bapa dia saja .

Ambil gambar konon sebagai rakyat Malaysia ... BASTARD !! STUPID !!!

default

Benarkan budak ini dari Marikh ??

on Friday, October 8, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





BORISCHA, kanak-kanak Rusia yang menggemparkan saintis dengan pengetahuannya yang terperinci tentang bumi dan Marikh.


LAPORAN akhbar minggu ini tentang pakar astrofizik Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman dicadangkan sebagai individu pertama untuk berkomunikasi dengan makhluk asing sememangnya mencuri perhatian.
Bagaimanapun, Mazlan berkata, tugasan yang didakwa diberikan kepadanya itu sebenarnya tidak wujud.
"Memang menarik menjadi orang pertama berkomunikasi dengan entiti luar, namun saya perlu menafikan kesahihannya," katanya melalui e-mel kepada akhbar The Guardian di London.
Sebelum itu, laman web berita media Australia, www.news.com.au melaporkan Mazlan dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk berinteraksi dengan makhluk asing jika kewujudan entiti itu disahkan secara saintifik.
Walaupun berita itu turut disangkal oleh Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB (UNOOSA): hal ini sekilas menerbitkan kembali tanda soal di minda kita. Wujudkah makhluk asing? Hakikatnya saintis-saintis juga masih menyelongkar jawapannya.
Malapetaka
Apabila berbicara tentang makhluk asing atau hidupan di angkasa lepas, kisah seorang kanak-kanak lelaki Rusia, Boriska Kipriyanovich atau Borischa sangat menarik untuk dikongsi. Kanak-kanak itu mendakwa dirinya berasal dari Marikh, planet yang terletak sekurang-kurangnya 55 juta kilometer dari bumi.
Bukan setakat itu, Borischa juga bertegas masih ada hidupan di Marikh dan mereka terpaksa tinggal di bawah tanah serta bernafas dengan gas berasaskan karbon.
Dilahirkan pada 11 Januari 1996, Borischa membuat dakwaan itu ketika usianya tujuh tahun. Berita tentang Borischa mula berlegar di Rusia pada tahun 2004 apabila media Truth Report Russia melaporkannya.
Dunia semakin mengenali kanak-kanak aneh itu apabila sebuah badan mengkaji misteri, Camelot Project dari Amerika Syarikat menemu bualnya pada tahun 2007 dan videonya dimuat naik di laman Youtube pada awal tahun 2008.
Kini, jika dihitung, kanak-kanak itu sudah berusia 14 tahun.

LENSA teropong NASA pernah merakam imej seperti manusia di planet Marikh. Mungkinkah makhluk itu berketinggian tujuh meter seperti yang digambarkan Borischa?


Borischa bukan tiba-tiba muncul ke bumi dari Marikh sebaliknya dia dilahirkan seperti anak yang lain, daripada rahim ibunya, Nadezhda Kipriyanovich di Zhirinovsk, Volgograd, Rusia.
Borischa mendakwa dia merupakan seorang penduduk Marikh yang berketinggian tujuh meter dalam kehidupan masa lalu.
Bunyinya seperti lucu tetapi teruskan membaca.
Kanak-kanak berwajah menarik itu mula mendedahkan 'pengetahuannya' tentang Marikh ketika menyertai satu ekspedisi di zon anomali, Medvedetskaya Gryada dekat Volgograd.
Di hadapan para peserta ekspedisi yang rata-ratanya orang yang berpengetahuan tinggi dan berfikiran terbuka, dia yang ketika itu berusia tujuh tahun memukau dengan bicaranya tentang tamadun Marikh, bandar-bandar megalitik, kapal angkasa mereka, penerbangan ke planet-planet lain dan tamadun purba Lemuria di bumi seperti dia benar-benar menyaksikannya.
"Boleh anda bayangkan, apabila semua orang duduk mengelilingi kem api, tiba-tiba seorang budak berusia sekitar tujuh tahun meminta semua orang memberi perhatian kepadanya. Ramai orang terkejut tentang dua perkara.
"Pertama, kanak-kanak itu benar-benar berpengetahuan. Daya intelektualnya sangat jauh jika dibandingkan dengan kanak-kanak tipikal.
"Profesor di universiti pun belum tentu mampu bercerita tentang sejarah Lemuria dengan begitu terperinci. Anda takkan menemuinya dalam buku teks sekolah.
"Kedua, kami semua tertawan dengan ucapan budak itu. Bahasa yang digunakan tidak seperti kanak-kanak biasa.
"Pengetahuannya tentang terminologi yang spesifik serta terperinci berkenaan Marikh dan bumi mengagumkan semua orang," kata seorang profesor universiti, Gennady Belimov, antara saintis yang mula-mula melaporkan keluarbiasaan Borischa.
Tamadun Lemuria merujuk kepada tamadun purba yang dipercayai wujud di bumi 800,000 tahun yang lalu.
Kisah Borischa menarik perhatian para saintis Rusia tahun 2004.Profesor Vladislav Lugovenko lantas menyifatkan kanak-kanak itu sebagai kanak-kanak indigo iaitu yang mempunyai keupayaan mental yang luar biasa.
"Borischa salah satu daripadanya. Kanak-kanak indigo juga seperti mempunyai misi khas untuk mengubah masyarakat bumi," katanya.Ibu Borischa yang merupakan seorang dermatologis di klinik awam serta bapanya, seorang pegawai bersara juga berasa aneh tentang anak mereka itu.
Nadezhda atau Nadya berkata, dia tidak berasa sakit semasa melahirkan Borischa dan bayi itu merenungnya seperti pandangan seorang dewasa kala ditunjukkan kepadanya.Permainan Huruf
Pada usia satu tahun, Borischa memberinya permainan huruf-huruf dan pada usia setahun setengah dia sudah boleh membaca surat khabar bercetakan besar. Pada usia dua tahun pula dia boleh melukis dan mewarna.
Belum pun umurnya mencecah tiga tahun, Borischa sudah bercerita kepada ibu bapanya tentang alam semesta
"Dia boleh menamakan semua planet dalam sistem suria termasuk satelit-satelitnya. Dia menyimbah saya dengan nama-nama dan bilangan galaksi.
"Pada mulanya, saya berasa takut dan fikir anak saya mungkin hilang akal, tetapi apabila saya periksa apa yang dikatakannya memang benar wujud.
"Saya cari buku-buku berkenaan astronomi dan terkejut apabila mendapati anak saya tahu banyak mengenainya. Tidak ada sesiapa yang mengajarnya.
""Apabila saya bawa anak saya kepada banyak saintis termasuk ufologis, ahli astronomi dan sejarahwan, mereka setuju bahawa adalah mustahil untuk menyatukan semua ini menjadi satu cerita.
"Terma-terma asing dan saintifik yang digunakannya hanya diguna pakai oleh mereka yang pakar dalam bidang sains itu sahaja," tambahnya.
Kebijaksanaan Borischa turut menyulitkannya untuk belajar di sekolah. Selepas interbiu pertama, dia dipindahkan ke gred kedua, tetapi pihak sekolah seperti cuba untuk menyingkirkannya.
Dia dikatakan terus menerus mengganggu pengajaran cikgu dan sering menyatakan yang mereka salah. Kemudian, dia berguru dengan tutor persendirian.
Semasa ditemu bual pada Oktober 2007 oleh Camelot Project, Borischa berusia hampir 12 tahun. Dia ketika itu dikatakan sedang belajar di sebuah sekolah berdekatan Moscow yang dikhaskan untuk kanak-kanak genius.
Sebagai seorang yang meniti usia remaja, penemu bual daripada Camelot Project menyifatkannya sebagai seorang yang mempesona, ceria, malu-malu, peka dan sensitif.

KAPAL angkasa manusia sering gagal mendarat di Marikh kerana, menurut Borischa, terdapat signal khas yang dikeluarkan oleh planet itu.


Jurnal cuba untuk menjejaki perkembangan terbaru Borischa di laman Internet, namun gagal mendapatkan sebarang maklumat.
Maklumat terakhir yang diperoleh adalah pada September 2008 apabila Kerry Cassidy daripada Camelot Project yang pernah menemu bualnya meninggalkan mesej di sebuah forum di Internet:
"Borischa berada dalam keadaan yang amat baik dan membesar dengan baik. Dia akan memulakan persekolahan di Moscow dalam masa terdekat dan akan menetap di tempat baru.
"Kami akan lihat sama ada dia mempunyai akses Internet di rumahnya.
"Amat sukar untuk mereka mempunyai Internet di dalam apartmen mereka tetapi ia boleh berubah jika mereka mendapat tempat tinggal yang lebih baik.
"Kami ada menghubunginya beberapa bulan lalu. Dia dan ibunya ketika itu sedang kembali ke kampung halaman mereka untuk mengemas barang bagi perpindahan ke Moscow."
Kanak-kanak ini juga nampaknya bukan seorang yang pandai bercakap tentang sains astronomi tapi juga mempunyai perspektif yang murni tentang kehidupan.
"Anda perlu menjadi seorang yang berbelas kasihan kepada orang lain. Kalau seseorang menyakiti anda, peluklah dia, minta maaf kepadanya dan berlutut kepadanya."Jika seseorang itu membenci kamu, sayangi dia dengan sepenuh hatimu dan minta keampunan," ujar Borischa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.